Sebelum ini, memang ada cara daftar i-Lestari yang memerlukan i-Akaun untuk buat pengeluaran duit simpanan. Namun, tak semua orang boleh daftar kerana ada langkah yang menyukarkan seperti pendaftaran nombor telefon. Ramai ahli mahukan cara permohonan KWSP iLestari secara online tanpa i-Akaun.

Langkau artikel ini untuk baca cara mohon i-Sinar KWSP yang baru.

Sistem KWSP iLestari

Alhamdulillah.

Bermula pada April 2020, KWSP telah buat satu penambahbaikan yang sangat-sangat memudahkan ahli dengan mewujudkan sistem untuk buat permohonan secara online.

Ini sudah tentu akan memudahkan ahli membuat permohonan tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat KWSP.

Tambahan lagi dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan untuk membendung wabak Coronavirus COVID-19, segala-galanya terbatas.

Antara kebaikan menggunakan sistem ini ialah:

  • Tidak perlu mengisi apa-apa borang pengeluaran
  • Tidak perlu pergi ke cawangan KWSP
  • Tidak perlu beratur di kaunter KWSP
  • Tidak perlu login i-Akaun
  • Tidak perlu email permohonan i Lestari
  • Boleh buat semakan status permohonan secara online
  • Juga boleh buat semakan pengeluaran secara online
  • Segala-galanya adalah secara online sahaja

Maka, izinkan kami kongsikan cara untuk permohonan pengeluaran iLestari menggunakan sistem yang baru ini.

Permohonan KWSP iLestari

Berikut adalah perkongsian mengenai sistem i-Lestari tanpa i-Akaun yang terkini. Ia adalah alternatif kepada permohonan yang mewajibkan melalui i-Akaun.

Kelayakan permohonan

Sebelum itu, izinkan kami berkongsi apakah antara kelayakan untuk buat permohonan pengeluaran duit KWSP i-Lestari ini.

Pengeluaran ini adalah layak kepada ahli yang menepati syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan bukan warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

 

 

Permohonan baru pengeluaran KWSP iLestari (Tanpa i-Akaun)

Ingin kami ingatkan sekali lagi, ini ialah cara buat permohonan pengeluaran KWSP i-Lestari tanpa i-Akaun. Pastikan duit dalam Akaun 2 cukup untuk dikeluarkan.

Sekiranya nombor telefon anda tidak pernah didaftarkan dalam sistem KWSP, anda perlu mendaftar i-Akaun.

Dan anda hanya boleh memilih satu saluran sahaja untuk membuat permohonan.

Ini bermakna, jika anda pilih untuk buat pengeluaran dengan i-Akaun, maka guna i-Akaun sahaja. Sebaliknya, jika anda pilih iLestari, masa iLestari sahaja. Tidak boleh kedua-duanya.

  1. Layari portal rasmi i-Lestari di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik PERMOHONAN BAHARU KWSP
  3. Isikan Nombor MyKad.
  4. Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun dibuat.
  5. Isikan Nombor Telefon Bimbit
  6. Isikan Alamat Email
  7. Isikan Alamat Rumah
  8. Isikan Poskod
  9. Isikan Bandar
  10. Pilih Negeri
  11. Pilih Amaun di bahagian Amaun Dimohon Sebulan (RM)
  12. Untuk permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun, sila pilih amaun mengikut baki yang ada dalam Akaun 2 EPF
    • RM50
    • RM100
    • RM150
    • RM200
    • RM250
    • RM300
    • RM350
    • RM400
    • RM450
    • RM500
  13. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  14. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-Lestari online adalah seperti berikut:
    • Affin Bank Berhad
    • Agrobank
    • Al Rajhi Bank (M) Berhad
    • Alliance Bank
    • Ambank (M) Berhad
    • Bank Muamalat (M) Berhad
    • Bank Rakyat
    • Bank Islam (M) Berhad
    • BSN
    • CIMB Bank Berhad
    • Citibank Berhad
    • EON Bank Berhad
    • HSBC Bank (M) Berhad
    • Hong Leong Bank
    • Kuwait Finance House
    • Maybank
    • OCBC Bank (M) Bhd
    • Public Bank Bhd
    • RHB Bank BHd
    • Standar Chartered
    • UOB (M) Bhd
  15. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Lestari online ini
  16. Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif akan menyebabkan duit i-Lestari tidak masuk
  17. Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, akan menyebabkan masalah
  18. Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
  19. Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
  20. Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  21. Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
  22. Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
  23. Jika tidak ada gambar, klik langkau
  24. Pastikan pilihan semua selesai
  25. Klik Hantar
  26. Permohonan baru pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

 

Semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari

Sila ikuti panduan ringkas di bawah untuk buat semakan permohonan secara online ini, iaitu pengeluaran i-Lestari KWSP tanpa i-Akaun.

Untuk panduan yang lebih lengkap, sila rujuk semakan i-Lestari online.

  1. Sama juga, layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik SEMAK PERMOHONAN
  3. Pastikan anda berada di bahagian Semakan Status KWSP
  4. Isikan Nombor MyKad sama seperti dalam kad pengenalan
  5. Isikan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat untuk semakan permohonan pengeluaran i-Lestari online ini
  6. Tick Saya bukan robot
  7. Selepas tick, akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  8. Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
  9. Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
  10. Jika tidak ada gambar yang berkaitan, klik langkau
  11. Pastikan pilihan gambar telah selesai untuk meneruskan semakan pengeluaran iLestari online
  12. Klik Semak
  13. Anda akan dapat masuk melihat status permohonan KWSP i-Lestari
  14. Permohonan untuk buat semakan pengeluaran KWSP i-Lestari online tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
  15. Bayaran akan dimasukkan ke dalam bank pilihan.
  16. Jika semakan status LULUS, anda tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu tunggu duit masuk sahaja.

 

Soalan lazim

Macam mana nak tahu sudah dapat kelulusan?

Jika mendapat kelulusan, anda akan dapat melihat Status Permohonan seperti di bawah.

 

Bila boleh dapat duit KWSP iLestari?

Bagi pemohon yang ada buat permohonan pengeluaran sebelum akhir bulan, anda dibayar pada bulan seterusnya.

Ini bermakna, bukan duit akan diterima bukan dalam bulan yang sama.

Untuk lebih mudah faham, izinkan kami berikan contoh:

  • Tarikh permohonan: April 2020
  • Permohonan diterima: April 2020
  • Permohonan disahkan: April 2020

Maka bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei 2020.

Walau permohonan ini adalah permohonan secara online, ia juga akan ambil sedikit masa untuk diproses oleh pekerja KWSP.

 

Berapa banyak amaun KWSP iLestari yang boleh dikeluarkan?

Amaun duit KWSP i-Lestari yang dibenarkan untuk dikeluarkan adalah bermula daripada RM 50 hingga maksimum RM 500 setiap bulan.

Jika dibuat kira-kira yang mudah:

  • Jika anda keluarkan RM 500 setiap bulan
  • Dan berterusan selama 12 bulan
  • Jumlah amaun yang akan dikeluarkan adalah RM 6,000

 

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada baki yang terdapat dalam Akaun 2 KWSP.

Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara online. Permohonan pengeluaran Akaun 2 ini juga hanya perlu dibuat sekali sahaja.

Ahli boleh membuat permohonan dalam tempoh 12 bulan bermula April 2020 hingga Mac 2021.

Cuma janganlah bertangguh sehingga sudah hampir ke bulan Mac 2021.

 

Kalau tak ada akaun bank, macam mana?

Tidak boleh.

Untuk pengeluaran menggunakan sistem iLestari, anda mesti ada akaun atas nama sendiri. Sila tunggu selepas tamat PKP untuk membuka akaun di mana-mana bank berdekatan.

Walaupun sekarang masih dalam bulan April 2020, masih lagi ada masa yang mencukupi sehingga bulan Mac 2021 untuk buat urusan pengeluaran.

 

Bolehkah guna akaun bank pasangan?

Walaupun permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk suami atau isteri, maklumat bank mestilah sama dengan nama pemohon.

Ini bermakna, jika pemohon ialah suami, maka suami mestilah menggunakan akaun bank yang atas nama sendiri.

 

Akhir kata

Terima kasih KWSP kerana mendengar suara rakyat yang mahukan cara buat permohonan pengeluaran i-Lestari online tanpa i-Akaun yang lebih memudahkan.

Benar, masih ada juga yang tidak mahir untuk membuat permohonan KWSP iLestari menggunakan sistem ini.

Namun, jangan bimbang kerana pengeluaran boleh dibuat selepas tempoh PKP tamat. Tambahan lagi, bulan Mac 2021 itu masih jauh lagi. Masih ada masa yang mencukupi untuk menyelesaikan segala urusan pengeluaran ini.

Bagi yang mendapat status permohonan lulus dan pengeluaran juga sudah diterima, berbelanjalah dengan berhemah. Jangan sesekali membazir.

Duit ini duit hasil titik peluh kita. Hargailah seadanya.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

80 Comments

  1. MOHAMMAd Hafiz abdullah on

    assalam wbt.saya ingin tahu cara utk pengeluaran I lestari pada orang yang tiada akaun bank.
    terimakasih.

    • Assrol bin ariffin on

      Saya dah isi borang i lestari…tapi nak tukar akaun bank lain ,sebab no akaun bank yang saya masukkan masa dftar dah tak aktif..macam mana ya

        • Bagaimana untuk tukar amount i lestari yang dipohon dari rm350 ke rm 500? Dpt x? Dah apply untuk rm350. Dan duit dah masuk pun.. Cuma sekarang nk tukar bulan2 rm500

          • Khairul bin moris on

            Smekom.. Saya suda buat kemaskini tetapi yang keluar sana ” Semakan anda belum diterima / kemaskini . ” Apa yang patut saya buat?

      • Sya pulak daftar atas account saudara tetapi bila saya buat semakan sudah pun di luluskan cuma belum sampai mesej yang pengesahan kemasukkan duit ke dalam account saja.

      • Mohd ezrul bin zul on

        Jika tersilap isi borang rekod permohonan tak diterima..tetapi bila di isa balik. Terdapat rekod permohonan yg telah di daftarkan menggunakan kad pengenalan anda

  2. Nor azian wahab on

    Askum my husben sya nk keluarkan kwsp tapi tiada acc bank, sebab masa sekarang tak dibenarkan buat acc bank, bagaimana cara nk mohon kalau tiada acc bank?

  3. Bagaimana untuk memohon i lestari sekiranya tiada akaun bank, boleh pakai akun ASB atau Tabung Haji? Terima kasih

  4. Azmi bin Sharif on

    Selamat sejahtera. Saya ada membuat permohonan melalui online. Masalahnya saya punya permohonan tidak lulus. Boleh saya tahu apa masalahnya l.

  5. INTAN FATIHAH BT MOHD RASHID on

    permohonan sdh dluluskan…tp mcm mne nk mntak tukar bank…sbb bru dpt tahu bank yg didaftarkn tu tidak aktif.

  6. Fauze bin laili on

    Daftar i listari 2 minggu tiada rekod diterima. Buat permohonan balik .sudah ada rekod permohonan. Beri penjelasan
    Call kwsp tak dapat.

  7. Sharifah Nor Shapura bt Syed Abdullah on

    Saya dh apply I lestari pd 20.4.2020 sampai sekarang pd 27.4.2020 masih dlm proses knpe…

    • Takboleh langsung.maknanya rakyat malausia yg nk kluarkan duit kwsp WAJIB ada akaun bank…paling murah bank rakyat,rm20 tapi nak mcm2 dokumen.yg dok kampung kerja sendiri bank rakyat tak terima..bamk rakyatkah namanya???? Bank lain nak kna ada rm200-rm509….semua mau untung duku,keperluan rakyat kemudian lah….hampeh

  8. Mohd hazri bin tambah on

    Saya dah apply ilestari pada 03/04/2020 lagi..tapi sampai sekarang masih dlm proses..bila apply balik btau no ic tlh digunakan sblm ini..knp lama sgt..tlg bg respon

  9. Mastura Sagundok on

    Permohonan sda d luluskn tapi mcm mna nak tukar bank sbb baru dapat tau bank yang d daftarkn masa bt permohonan pengeluaran i-lestari akaun 2 bln April sda tidak aktif lagi …tolong beri pencerahan

  10. Mastura Sagundok on

    Permohonan sda diluluskn tapi mcm mna nak tukar bank sbb baru dapat tau bank yang didaftarkn masa bt permohonan pengeluaran i-lestari akaun 2 sda tidak aktif lagi,tolong beri pencerahan..terima kasih..

  11. Saya tak mempunyai Bank Akaun kerana telah diistiharkan bank rap. Bagaimanakah cara untuk saya mohon jika tak ada bank Akaun? Mohon rujuakan tuan/puan ke alamat email saya [email protected]
    TQ

  12. Mastura Sagundok on

    Saya sda pergi ke bank tapi oleh kerana akaun bank saya yang d daftarkn untuk pengeluaran I -lestari tidak boleh d aktifkn lagi jadi bagaimanakh sia boleh mendapatkn duit i-lestari dari akaun 2 kwsp saya sbb pihak kwsp sda meluluskan permohonan saya pada akaun bank yang teda aktif

  13. Suzainah Binti Harun on

    Boleh tak nak tukar nombor akaun bank sebab akaun bank yang saya masukkan dah tak aktif

  14. nak tnya .. pemohon nama husband .tpi dia guna akaun wife .mohon kwsp . lulus . tpi adkah ia msk ke dlm akau wife tu ..

    • Situasi kita sama, dapat jawapan kena isi semula tukar no acc sendiri sebab kwsp takkan bayar untuk orang ketiga tapi takda langsung dapat info macam mana nak tukarkan no acc tu. Langsung takda nombor untuk dihubungi & takda web yang boleh tukarkan no acc. Bila buat permohonan baru kata no ic telah didaftar.

      TOLONG LAH SESIAPA BAGI INFO YANG TEPAT, PENING DAH NI!!!

  15. Slm saya guna akuan bank ank saya..i lestari saya tarikah pembayaran 18/5 ini..sya tahu mungkin xakan masuk dlm acc ank saya tu..mslahnya sya xbolh buka acc bank..jdi cara mcmna sya nk bgtau kepada pihak kwsp. ..scara online bgaimana caranya..bolh bntu sya

  16. Salam saya nak tanya..

    Saya dah lulus ilestari ke akaun saya.
    Akaun bank saya tak aktiv.
    Mcm mn sy nak selesaikan masalah ini..

  17. NORFASYA IZATI BT RAMIZAN on

    Permohonan saya diluluskan, tp macam mana saya x tukar bank??? Sebab saya baru tahu yg acc bank saya semasa buat pendaftaran hari tu, acc bank tu tak aktif,saya col KWSP x dapat..

  18. Aslmualaikm .encik Sya dh mohon I lestari .tpi mslh Sy Skrg ni sya trma cek Bukn ke akaun bank ,sya duduk di kmpung pendalaman surat menyurat yg di hantar akn smpai di pekan yg pos tentukan.kdang2 surat itu akan org buang org yg tidak bertanggungjawab , bagaimana cara sya nak batal kan cek sejumlah rm5oo yg sya telah mohon HRI itu supaya selamat wang yg sya mohon itu terus ke akaun bank sya harap memerlukan juga itu
    Encik

  19. Noorpah binti raahim on

    Pemohonan saya telah di luluskan, katanya(KWSP) akan di masukan ke akaun pemohon setelah 14 hari, sampai skrg pun jgn bilang sesen habu pun tiada, tolong jelaskan pekara ini.

  20. Muhammad syafiq irwan bin tajul arus on

    Assalam…saya cuma nak tanya kenapa saya belom dapat la lagi duit kwsp tu tapi permohonan saya sudah di luluskan…

  21. irman bin ibrahim on

    salam sejahtera sy nk tya knpa suami sy dh mohon lama dh sb dia x de acc bank .. dh pegi ke kwsp pn sudah tapi call pun x apa jawapan pun x de ..macam mana nak ctc kwsp..nk tya tentang i lestari belum da pa jawapan pun

  22. Hardy bin mohammad@mutalib on

    Saya hardy bin mohammad
    Bulan september saya terima pengeluaran i lestari rm500
    , namun bulan oktober belum masuk, ikut jadual masuk 9 oktober, kerana saya penerima yang di majukan 18mei lulus,

Leave A Reply