Ramai yang tak tahu, ada banyak pinjaman bank untuk memulakan perniagaan di Malaysia. Adakah anda mahu memulakan bisnes atau sekadar perlukan pinjaman perniagaan dari bank? Atau adakah anda antara usahawan yang memerlukan pinjaman bank untuk meluaskan lagi perniagaan?

Apa pun alasan anda, selain pinjaman MARA dan pinjaman TEKUN, memang ada fasiliti pinjaman untuk peniaga kecil dari bank-bank tempatan. Kami akan senaraikannya di bawah.

Kenapa perlu buat pinjaman bank?

Jikalau anda mempunyai kewangan yang kukuh, anda tidak akan ada masalah bagi mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan anda.

Bagaimana pula bagi mereka yang tidak berkemampuan? Mungkin ada yang berkemampuan, tetapi lebih memerlukan wang untuk menyara keperluan peribadi dan keluarga. Jika konflik ini berlaku, anda mungkin perlu meminjam wang untuk memulakan perniagaan. Modal perniagaan memerlukan jumlah yang besar, jadi langkah yang terbaik adalah dengan meminjam daripada bank.

Ya, selain daripada pinjaman peribadi, bank juga menyediakan perkhidmatan pinjaman wang bagi anda yang ingin memulakan perniagaan. Kita akan lihat bank-bank yang menyediakan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan, dan ini dikhususkan untuk perniagaan kecil-kecilan atau dalam kalangan usahawan.

Antara bank yang menawarkan pinjaman perniagaan adalah seperti di bawah ini.

 

Pinjaman perniagaan dari RHB Bank

Bagaimanakah cara membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan?

Sebenarnya, tidaklah sesusah mana. Kalau anda ingin tahu, RHB Bank ada menyediakan khidmat pinjaman wang perniagaan melalui Pinjaman Perniagaan RHB SME.

Klik sini: https://smebanking.rhbgroup.com

Pinjaman ini sesuai untuk anda yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dan ingin memastikan kewangan perniagaan anda kekal stabil untuk beberapa tahun. Terdapat beberapa kategori pinjaman yang disediakan. Anda boleh pilih berdasarkan kepada perniagaan anda.

 

SME Online Financing

Jenis pinjaman perniagaan dari bank ini adalah sesuai untuk bisnes atau perniagaan kecil-kecilan yang baru menapak. Perjanjian pinjaman ini boleh dipersetujui sehingga ke 7 tahun. Selain itu, tiada cagaran dikenakan. Anda akan dibiaya sehingga ke RM1 juta. Antara syarat untuk memohon pinjaman ini termasuklah bisnes anda mestilah sudah beroperasi minimum setahun.

Selain itu, ahli-ahli dalam bisnes anda, terutamanya pengarah/pemegang saham (bagi syarikat), serta pemilik/rakan kongsi mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad. Bisnes yang boleh dimohon perjanjian pinjaman ini adalah terbuka kepada sektor barangan borong, barangan runcit, pembuatan, serta sektor perkhidmatan perniagaan.

Pembayaran balik adalah dari 6 hingga 84 bulan. Anda juga hanya perlu apply secara online, dan anda akan menerima wang pinjaman anda dalam tempoh lima hari bekerja.

 

BizPlus/i

Perjanjian pinjaman perniagaan dari bank ini terbuka hanya untuk perniagaan milikan tunggal, perniagaan secara perkongsian dan juga perniagaan Sdn Bhd. Anda akan mendapat pembiayaan sehingga RM2.5 juta, dan boleh dipersetujui sehingga ke 7 tahun.

Syarat-syarat untuk perniagaan anda memohon pinjaman ini termasuklah perniagaan anda mestilah sudah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.

Selain itu, perniagaan anda perlulah berdaftar di Malaysia. Perniagaan anda juga tidak boleh mempunyai rekod perbankan / pembiayaan yang buruk dengan mana-mana institusi kewangan. Untuk tambahan, pihak pengurusan (bagi Sdn Bhd) mestilah memiliki sekurang-kurangnya 51% daripada syer saham.

Terdapat dua lagi kategori pinjaman yang disediakan oleh RHB Bank, iaitu BizPower SME Business Loan dan juga Commercial Business Loan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pinjaman ini hanya sesuai untuk perniagaan besar yang sudah stabil dan mempunyai kewangn yang sangat kukuh. Bagi anda yang baru sahaja ingin menapak, dua kategori pinjaman di atas adalah yang lebih sesuai untuk anda. Lebih mudah, tiada bayaran atau cas yang dikenakan untuk pemprosesan permohonan anda.

 

Bantuan dari Bank Rakyat untuk perniagaan

Bank Rakyat juga menyediakan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan melalui Skim Pembiayaan Mikro-i ME2.

Klik sini: https://www.bankrakyat.com.my/c/perniagaan/skim_kerajaan/pembiayaan_mikro_i_me2-7

Skim ini menawarkan pembiayaan kepada pengusaha dan peniaga kecil yang menawarkan mikro enterpris dalam bentuk:

  • Modal pusingan – membiayai pembelian/pembayaran perkhidmatan atau stok yang berkaitan langsung dengan produk/perkhidmatan yang dijalankan.
  • Perbelanjaan kapital – membiayai pembelian aset tetap.

 

Ciri-ciri pembiayaan ini termasuklah:

  • Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.
  • Tempoh pembiayaan juga adalah minimum 3 bulan, dan mampu dilanjutkan sehingga maksimum 5 tahun.
  • Margin pembiayaan maksimum adalah 90% daripada modal pusingan dan/atau perbelanjaan kapital. Untuk perniagaan/bisnes kecil-kecilan selain daripada Sdn Bhd, anda tidak memerlukan sebarang penjamin.
  • Kadar keuntungan ialah 5% setahun atas kadar rata (flat rate).
  • Tiada bayaran proses.
  • Cagaran tidak diperlukan.
  • Bayaran Duti Setem perlu dibayar oleh pelanggan akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. Bagi pelanggan Syarikat Sdn Bhd, urusan stamping akan diuruskan oleh pihak peguam.
  • Pembiayaan bertindih tidak dibenarkan.

 

Kelayakan untuk memohon pinjaman ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada pengusaha atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara langsung dan sepenuh masa.
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  • Jenis pemilikan perniagaan yang dibenarkan adalah Pemilik Tunggal, Persendirian, Syarikat Sdn Bhd dan Perkongsian
  • Sektor yang layak memohon adalah sektor Perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan, sektor perkhidmatan (kecuali perkhidmatan insurans dan kewangan), dan sektor pertanian (Produk Asas Tani).
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah tidak bertentangan dengan syariah.
  • Telah menjalankan perniagaan lebih dari 6 bulan dan menetap di dalam kawasan perniagaan.
  • Telah mendapat sokongan SME Corp untuk memohon pembiayaan di Bank Rakyat.
  • Mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat.
  • Mempunyai rekod kredit yang bersih dan tidak disenaraihitamkan.

 

Pinjaman bank untuk memulakan perniagaan kecil dari Hong Leong Bank

Hong Leong Bank memperkenalkan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan. Di bawah adalah ciri-ciri pembiayaan pinjaman ini:

  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM 50,000 Sehingga RM 400,000.
  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun.
  • Dijamin oleh skim yang dibiayai oleh kerajaan.
  • Tiada cagaran dikenakan.

 

Di bawah pula adalah kelayakan bagi anda yang ingin memohon:

  • Perniagaan atau bisnes anda mestilah milikan tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang diklasifiskasi sebagai Perusahaan Kecil & Sederhana di bawah Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (NESDC)
  • Syarikat yang dikawal atau dimiliki oleh rakyat Malaysia yang berdaftar di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham.
  • Perolehan Jualan Tahunan melebihi atau bersamaan dengan RM500,000
  • Perniagaan mestilah sudah beroperasi minimum 3 tahun.
  • Memenuhi kriteria kelayakan CGC.

 

Bantuan perniagaan dari BSN

Bank Simpanan Nasional juga telah menyediakan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan sejak tahun 2007. Kini, bank ini telah mempunyai beberapa produk pinjaman perniagaan yang anda boleh pilih. Sesuai bagi usahawan dan peniaga kecil yang mahu buat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan.

Maklumat lebih terperinci berkenaan pinjaman perniagaan dari bank BSN yang juga nama panjangnya Bank Simpanan Nasional, silakan baca mengenai pinjaman BSN untuk perniagaan.

BSN TemaNiaga (BSN Micro (Konvensional))

Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan/pembiayaan semula.

  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  • Tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun.
  • Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 2 tahun.

 

BSN TemanMesra (BSN Micro (Konvensional))

Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.

  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  • Tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun.
  • Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 2 tahun.

 

BSN PKBC (BSN Micro (Konvensional)

Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina.

  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.
  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  • Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun.
  • Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan.

 

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi (ADF) (BSN Micro (Konvensional))

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi atau Automation and Digitalisation Facility (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM250,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

 

Agrofood Facility (AF) (BSN Micro (Konvensional))

Agrofood Facility (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik.

  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM250,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

 

TemaNiaga-i Tawarruq (BSN Micro-i (Islamic))

  • Berlandaskan konsep syariah iaitu konsep Tawarruq yang terdiri daripada kontrak Ba’i Murabahah dan Wakalah menggunakan komoditi (aset pendasar) yang disediakan oleh penyedia komoditi yang diluluskan.
  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.
  • Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5 tahun
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Sektor perniagaan dibuka hanya untuk runcit dan borong, pembuatan serta perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum selama 2 tahun.

 

PKBC-i Murabahah (BSN Micro-i (Islamic))

Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina. Pinjaman ini menggunakan konsep Murahabah di mana transaksi jual beli untuk membiayai perolehan aset di mana kos dan margin keuntungan hendaklah diisytiharkan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.

  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai perbelanjaan modal.
  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  • Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun.
  • Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan.

 

 

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi-i (ADF) (BSN Micro-i (Islamic))

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi-i atau Automation and Digitalisation Facility-i (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

 

  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

 

Agrofood Facility-i (AF) (BSN Micro-i (Islamic))

Agrofood Facility-i (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik.

  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

 

Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) (BSN Micro-i (Islamic))

Pelancongan Pembiayaan PENJANA (PTF) adalah skim pembiayaan yang ditawarkan untuk menyokong usahawan mikro dan PKS yang layak di sektor pelancongan dengan mengekalkan kemampuan mereka dan membantu mereka untuk menyesuaikan diri dan tetap dapat bertahan selepas COVID-19.

  • Pinjaman khas untuk modal kerja/perbelanjaan modal
  • Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5.5 tahun, termasuklah 6 bulan pertama moratorium ansuran bulanan.
  • Kelayakan adalah terbuka kepada usahawan yang perniagaannya berkaitan dengan pelancongan teras atau perniagaan yang mempunyai kaitan secara minoriti dengan pelancongan.
  • Pemohon adalah bukan bukan penerima Kemudahan Khas / i (SRF / i) dan / atau BSN Mikro / i Kredit Prihatin dan / atau BSN Mikro / i Kredit PENJANA.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Semenanjung Malaysia, manakala untuk Sabah san Sarawak, mestilah berdaftar dengan pejabat berkuasa/daerah/MOTAC (untuk homestay di bawah tempat penginapan pelancong) / Perakuan Pendaftaran Pemegang Homestay
  • Perniagaan telah beroperasi minimum selama 6 bulan.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, keempat-empat bank ini menyediakan kemudahan untuk anda memulakan serta menstabilkan kewangan perniagaan anda. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan anda.

Setiap satu bank menyediakan perkhidmatan, jumlah pembiayaan, kadar faedah serta tempoh pembiayaan yang berbeza, tetapi tetap dapat membantu anda dalam menjalankan perniagaan.

Diharapkan agar perkongsian pinjaman perniagaan dari bank ini dapat membantu anda memulakan bisnes untuk kelangsungan hidup dan menyara keluarga.

Pilihlah dengan bijak demi masa depan perniagaan anda.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

5 Comments

Leave A Reply