Pernahkah anda pergi ke mana-mana kawasan di Selangor dan ternampak Wifi Smart Selangor? Jika pernah, mungkin ada yang tak tahu bagaimana cara login Wifi Smart Selangor. Izinkan kami berkongsi.
Login Wifi Smart Selangor
Sedikit mengenai Wifi Smart Selangor
Sehingga hari ini, ada lebih kurang 3,000 hotspot Wifi Smart Selangor yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor secara percuma.
Ya, anda tidak silap baca. Free sahaja!
Ini adalah satu Inisiatif Peduli Rakyat oleh Kerajaan Selangor yang berhasrat untuk menyediakan servis wifi di kawasan kurang berkemampuan dan kawasan awam dimana orang awam selalu berkumpul.
Cara daftar Wifi Smart Selangor
Untuk mendaftar, ikut langkah di bawah:
- Semak dahulu samada hotspot ada atau tidak
- Lihat senarai yang ada dan pilih
- Nama hotspot adalah berbeza-beza. Jika anda berada di Hospital Sungai Buloh, nama hotspot ialah HOSPITAL SUNGAI BULOH_300014
- Connect dengan hotspot yang dipilih
- Apabila anda sudah connect, anda masih lagi belum boleh melayari Internet kerana pendaftaran diperlukan
- Masukkan butiran yang diperlukan seperti nama, email dan nombor telefon
- Selesai
Cara login Wifi Smart Selangor
Anda hanya boleh login setelah mendaftar. Sila baca langkah untuk daftar terlebih dahulu seperti yang diterangkan di atas.
- Semak dahulu samada hotspot ada atau tidak
- Lihat senarai yang ada dan pilih
- Nama hotspot adalah berbeza-beza. Jika anda berada di TESCO Rawang, nama hotspot ialah TESCO RAWANG_300026
- Connect dengan hotspot yang dipilih
- Apabila anda sudah connect, akan akan diminta untuk masukkan username dan password yang diisi semasa anda buat pendaftaran
- Masukkan username dan password
- Anda akan dibawa ke laman ini: https://cdn.odyssys.net/captivePortal/successpage/70882440
- Pastikan anda ke satu portal yang lain dan melihat “Welcome to Wifi Smart Selangor” di paparan
- Klik continue
- Selesai
Senarai lokasi Wifi Smart Selangor
Setakat ini, ada beberapa lokasi yang dipasang dengan wifi termasuk hospital, stadium, pusat komuniti, dewan komuniti, pusat rekreasi, pusat industri, terminal bas & teksi, masjid, surau, pasar, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, klinik kesihatan, pejabat kerajaan, gereja, TM Point, kawasan kedai komersil, kedai makan, tempat membeli belah seperti AEON, institusi pengajian tinggi dan hotel yang terpilih.
Apa yang lebih menarik, bukannya lokasi bandar besar seperti Shah Alam dan Petaling Jaya sahaja yang ada. Wifi Smart Selangor ada di bandar sederhana besar dan bandar kecil juga seperti USJ, Subang Jaya, Rawang, Kuang, Sungai Buloh, Kuala Selangor, Kajang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Banting, Klang dan banyak lagi.
Jika anda ingin mengetahui samada kawasan anda ada coverage atau tidak, boleh download dan semak senarai itu di sini.
Akhir kata
Kami berharap, dengan adanya cara login Wifi Smart Selangor ini dapat memudahkan hidup anda. Paling penting, dapat mengurangkan kegunaan data peribadi anda.
Untuk makluman, buat masa ini, lokasi Wifi Smart Selangor belum lagi meluas, terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Difahamkan bahawa kerajaan negeri akan terus menambah lokasi hotspot untuk rakyat.
Kepada yang mempunyai akses, anfaatkanlah perkhidmatan wifi percuma yang disediakan oleh kerajaan Selangor.
Janganlah pula ia sudah percuma, anda buat perkara-perkara yang tidak berguna.
Semoga bermanfaat.