What's Hot

    Pinjaman peribadi bermaksud bank tidak akan meminta penjelasan tentang penggunaan wang pinjaman dan anda bebas untuk menggunakan wang tersebut sesuka hati anda. Akan tetapi, wang tersebut perlu dipulangkan 100% termasuk kadar untung, maka anda perlu memastikan dana pinjaman digunakan secara bijak. Berikut adalah beberapa cara penggunaan wang pinjaman yang baik.

    Tutup Hutang Interest Tinggi

    Pinjaman peribadi sebenarnya boleh membantu anda mengurangkan kos bayar interest. Contoh dengan menstrukturkan semula hutang atau penggabungan hutang-hutang iaitu penyatuan beberapa pada kadar untung yang lebih rendah, anda dapat jimat faedah. Satu lagi cara adalah menggunakan wang pinjaman untuk bayar hutang kad kredit berinterest tinggi.

    Menjana Lebih Pendapatan

    Wang dari pinjaman juga sesuai digunakan untuk membantu anda menjana pendapatan yang lebih. Contoh sebagai modal untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan anda demi menjana pendapatan lebih tinggi. Sekiranyanya anda meminjam RM100,000. Kadar untung 4% maka kos setiap tahun adalah RM4000 dibahagi 12 bulan, maka setiap bulan kos adalah RM333. Jadi sekiranya perniagaan anda dapat menjana pendapatan bersih RM3000 sebulan, anda sudah dapat untung RM2677 sebulan.

    Tujuan Pelaburan

    Pinjaman peribadi juga sesuai digunakan untuk tujuan pelaburan. Contoh jika pulangan daripada pelaburan adalah sekurang-kurangnya 8% setahun tetapi kadar untung pinjaman hanya 4%, maka anda dapat untung bersih 4% daripada pinjaman. Sekiranya jumlah pinjaman dan pelaburan adalah RM100,000 maka untung bersih daripada pelaburan selepas tolak kos pinjaman adalah RM4000 setahun. Akan tetapi sebelum melabur anda perlu menilai risiko pelaburan terlebih dahulu demi membuat keputusan yang tepat.

    Menjamin Masa Depan

    Salah satu penggunaan yang baik dana pinjaman adalah untuk “melabur” dalam pendidikan profesional dalam bentuk seminar, kursus dan latihan yang boleh mempertingkatkan nilai, kepakaran dan pengetahuan supaya lebih berjaya dalam kerjaya. Dengan membezakan kebolehan anda berbanding dengan rakan-rakan sejawat, banyak peluang akan terbuka kepada anda dan pendapatan anda akan berganda. Pulangan daripada dana pinjaman sangat berbaloi kerana kadar untung hanya sekitar 4%-5% sahaja.

    Pembelian Aset Harga Meningkat

    Pinjaman peribadi juga boleh digunakan untuk pembelian hartanah kerana secara amnya harga hartanah naik melebihi inflasi setiap tahun. Kenaikan harga akan dapat menutup kos kadar untung. Lagipun hartanah tersebut boleh disewa dan sewa bulanan adalah pulangan bersih daripada pelaburan hartanah. Secara kasar pangsapuri kos rendah RM100,000 kadar sewa sebulan lebih kurang RM600 x 12 bulan, anda dapat untung pasif RM5000 setahun.

    Kegunaan Lain-Lain

    Lain-lain kegunaan wang pinjaman yang sesuai termasuk:

    • Diguna semasa kecemasan. Contoh termasuk bayar bil hospital, memperbaiki motor atau bumbung rumah dan sebagainya.
    • Menjelaskan hutang ah long untuk jimat interest tinggi dan elak tekanan emosi dapat panggilan ah long
    • Dana digunakan untuk membayar perbelanjaan isi rumah sekiranya terdapat kekurangan sementara dalam bajet anda

    Kegunaan Yang Tidak Berbaloi

    • Kegunaan Berbentuk Hiburan. Kegunaan wang pinjaman untuk tujuan hiburan seperti melancong patut dielakkan supaya tidak dijerat dalam belenggu hutang.
    • Pembelian Aset Nilai Menurun. Pembelian kereta dan motorsikal dengan wang pinjaman peribadi tidak berbaloi dari segi kewangan, Ini kerana nilai dan harga aset tersebut akan susut setiap
      tahun.
    • Pembelian Barangan Mahal. Pembelian barangan demi ego seperti pembelian bag bimbit dan pakaian branded atau kenderaan mewah kerana ingin bergaya patut dielakkan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply