Jika anda salah seorang pengguna Bank Simpanan Nasional, kami pasti bahawa anda baca artikel ini untuk mendapatkan panduan dan cara transfer duit BSN ke Maybank secara online.
Sebenarnya, ada beberapa cara untuk transfer duit BSN ke Maybank, atau mana-mana sahaja bank yang ada di Malaysia.
Izinkan juga kami untuk menjawab, benarkah tidak boleh buat pindahan segera dari BSN ke Maybank?
Bolehkah buat Instant Transfer?
Seperti yang kami kongsikan dalam artikel cara Instant Transfer BSN, perkhidmatan dan transaksi ini hanya boleh dilaksanakan melalui mesin ATM di seluruh rangkaian MEPS Pindahan Segera.
Ini bermakna Instant Transfer dari BSN ke Maybank tidak boleh dilakukan.
Kami juga telah mengesahkan dengan Customer Service di talian 1300-88-1900. Memang tidak ada Instant Transfer BSN ke bank-bank lain.
Cara transfer duit BSN ke Maybank guna GIRO
Namun, jangan risau jika tidak boleh buat pindahan wang serta-merta. Anda masih lagi boleh buat pemindahan wang menggunakan Interbank GIRO.
Jika tidak boleh buat pindahan serta merta, masih lagi boleh transfer duit BSN ke Maybank menggunakan GIRO.
Cuma perlu tunggu sedikit masa dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Berikut ialah panduan mudah yang anda boleh ikuti:
- Login ke akaun myBSN anda. Masukkan username, sahkan Online Image anda dan masukkan password
- Anda akan dibawa ke laman utama akaun myBSN anda. Scroll ke bahagian kiri laman dan tekan butang Fund Transfer. Kemudian, pilih Transfer to Other Banks (Interbank GIRO).
- Tertera bahagian-bahagian untuk diisi. Pada ruangan From Account, pilih nombor akaun anda pada drop down list yang tertera.
- Pada bahagian Beneficiary Account Number, pilih sama ada Registered IBG Transfer, atau New IBG Transfer.
- Sekiranya anda pilih Registered IBG Transfer, pilih nombor akaun yang anda ingin pindahkan wang pada drop down list.
- Sekiranya anda pilih New IBG Transfer, masukkan nombor akaun bank penerima pada ruangan yang disediakan.
- Transfer duit BSN ke Maybank akan jadi lebih mudah jika anda mempunyai Registered IBG Transfer
- Pada Beneficiary Name, masukkan nama penuh penerima. Nama penuh penerima mestilah seperti yang telah didaftar pada akaun bank penerima.
- Pada Beneficiary New IC / Old IC, masukkan nombor kad pengenalan penerima. (Ini adalah pilihan)
- Pada Beneficiary Resident Status, pilih Malaysian Resident sekiranya penerima adalah warganegara Malaysia, ataupun Non-Malaysian Resident sekiranya penerima bukan warganegara Malaysia.
- Pada bahagian Sender Alert, tick checkbox pada bahagian Email, dan masukkan emel anda untuk memaklumkan transaksi anda berjaya/tidak.
- Pada Beneficiary Alert, tick checkbox Email, dan masukkan emel penerima pada kotak disediakan, untuk memaklumkan penerima melalui emel mengenai transaksi ini.
- Kemudian, tick checkbox SMS, dan masukkan nombor telefon penerima, untuk menghantar SMS kepada penerima, memaklumkan tentang transaksi ini.
- Pada Receiving Bank, masukkan bank kepada penerima.
- Pada Amount (RM), masukkan jumlah yang ingin dipindahkan.
- Pada Recipient Reference, masukkan rujukan transaksi untuk kegunaan penerima.
- Pada Other Payment, masukkan maklumat tambahan untuk transaksi ini.
- Scroll ke bawah, dan tekan butang Submit.
- Pada laman seterusnya, akan tertera maklumat transaksi anda.
- Sila semak semula.
- Sekiranya tiada masalah, tekan butang Confirm.
- Transaksi anda berjaya.
- Secara asasnya, proses transfer duit BSN ke Maybank sudah selesai.
- Tekan Print untuk cetak resit transaksi anda, dan tekan Make Another Transfer sekiranya ada pindahan wang lain yang anda ingin lakukan.
IBG Transfer BSN ke Maybank, berapa hari?
Persoalannya di sini, berapa lama transfer BSN ke Maybank?
Apa yang kami boleh katakan, proses pindahan wang ini bergantung kepada kedua-dua bank. Secara asasnya, rujuk jadual di bawah seperti di laman rasmi MyBSN.
Bayaran dimulakan oleh Pelanggan | *Dana diterima oleh Pelanggan | *Masa bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya | |||
---|---|---|---|---|---|
Hari perniagaan (Isnin – Jumaat) |
Sebelum 5:00 pagi | Hari perniagaan yang sama | Pada 11:00 pagi | Pada 5:00 petang | |
5:01 pagi hingga 8:00 pagi | Pada 2:00 petang | Pada 8:20 petang | |||
8:01 pagi hingga 11:00 pagi | Pada 5:00 petang | Pada 11:00 petang | |||
11:01 pagi hingga 2:00 pagi | Pada 8:20 petang | Pada 11:00 pagi hari perniagaan yang berikutnya | |||
2:01 petang hingga 5:00 petang | Pada 11:00 petang | ||||
Selepas 5:00 petang | Hari perniagaan yang berikutnya | Pada 11.00 pagi | Pada 5.00 petang | ||
Hari bukan perniagaan (Sabtu, Ahad Cuti Am Wilayah Persekutuan) |
Hari perniagaan yang berikutnya | Pada 11:00 pagi | Pada 5:00 petang |
*Tempoh transfer duit BSN ini adalah tertakluk kepada keadaan biasa
Akhir kalam
Harus diingatkan, panduan ini juga bukan hanya cara transfer duit BSN ke Maybank semata-mata. Cara yang dikongsikan ini boleh juga digunakan untuk bank-bank lain seperti:
- Affin Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- AmBank
- Al Rajhi Bank
- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
- Bank Kerjasama Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank
- Hong Leong Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank (Transfer duit BSN ke Maybank ialah yang paling popular)
- Public Bank
- RHB Bank
- Citibank
- HSBC Bank
- UOB Bank
- Standard Chartered Bank
- OCBC Bank
- Bank Muamalat
Bersyukurlah. Walaupun Instant Transfer BSN tidak boleh buat, anda masih lagi boleh guna GIRO.
Akhir sekali, tidak lengkap jika tidak disertakan sekali dengan cara bank in duit BSN ke akaun sendiri.
Kami harap, segala urusan perbankan anda dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.
42 Comments
Saya tidak dapat register online banking bsn
Saya mahu transfer duit ke bank rhbp
Sya pn x boleh,.tapi lepas kemaskini akaun dgn no tlefon kt kaunter bsn skarang dh boleh guna,..
Tranfer duit pakai bsn ke maybank pada 11/9/2020 pada jam 7.44 mlm sampai saat ni 15/9/2020 pn blom msuk2 ckp duit msuk dlm hari perniagaan berikut nya ptt smlm dh msuk tp smpai skrng xda msuk dh.. Dh la urgent nak pkai duit..
Duit dapat bila sis
Kenapa penerima belum menerima wang transfer dari saya bsn ke mybank
Terima kasih atas info nya.????
Saya nak tanya apa jadi kalau kite salah letak nama tapi no akaun betul..nama tu tertypo sikit?
kenapa duit tak masuk lagi. saya bankin ibg bsn ke maybank . sudah 3 hari
kalau tersalah isi no akaun maybank sedangkan transaction accepted. duit tersebut ke akaun mana ya ?
Saya nak tanya apa jadi kalau kite salah letak nama tapi no akaun betul..nama tu tertypo sikit?
Saya 1st time buat online transfer dari bsn ke mybank, cimb.. Tapi kenapa penerima x dpat duit yg saya trnsfer ye? Bole beri penjelasan. Tq.
Sye trnsfer duit bsn ke maybank ..knpe duit x msuk ke pnrima …
Brape hari tempoh duit msuk
saya transfer duit ke acc bank islam.. pada 2 november.. tp smpai skrg blum trimaa duit tu.. dam email punn blum ada saya trima.. knp tu ya?
Sya pn x boleh,.tapi lepas kemaskini akaun dgn no tlefon kt kaunter bsn skarang dh boleh guna,..
bagaimana kalau salah nama penerima ? adakah duit itu ditendang ?
Jika saya tranfer dari bsn ke Maybank untuk membuat pembayaran …saya telah dijanjikan dalam masa 30minit akan mendapat kelulusan setelah membuat pembayaran tetapi saya ditipu ..adakah saya boleh membatalkan transaksi yg telah berjaya itu…selepas 30 minit yg lalu
Nak tya cara nak jarakan no account.. Contoh:no account CIMB camna nk tulis jarakan digit tu
Pukul 9 malam semalam transfer ke maybank… Skrg sudah pukul 11.45 pagi…duit masih belum masuk.
Saya nak tanya kalau nama penerima itu tidak penuh seperti dalam akaunnya tetapi no akaunnya betul macam mana?
Jiuka transfer interbank giro ke maybank pada hari sabtu selapas jam 2 ptg penerima akan dpt dana pada hari berpa dn jam berapa…
Apa jadi klau trsilap tulis nama pnerima tp no akaun btul..Bleh bg pnjelasan?
Kenapa xmasuk lagi duit pada pkl 3 ptg kelmarin sehingga harini tidak masuk lagi
Customer saya bank in pakai ibg bsn saya pakai maybank kenapa saya xdapat2 lagi duit ni?? Please help me
Saya telah salah pilih transction type credit card semasa pindah wang.saya nk buat fund tranfer..ape perlu sy buat ya
Senang cerita tak payahlah transfer pkai bsn…jenuhh nk tunggu.serik dah.ada lelebihan dan kekurangan nya..kalau bab safety bsn antara yg terbaik…
Saya pun nak tahu trnsfer BSN ke my bank kata x dapat saya trnsfer tapi duit saya kna potong jga
Recipient name nk tulis ape ye
Kalau nak transfer bsn ke maybank dan no acc maybank tu betul tp terletak cimb bank. Macamana ye? Saya kena call bsn ke?
Adakah saya terus boleh transfer duit selepas beberapa jam saya daftar online banking
Saya transfer pukul 3 petang..kenapa masih belum masuk ke acc penerima?
kenapa online bsn saya takda option untuk transfer?yang ada view acc,dan manage acc.sesiapa le bantu?
sama..help..
Mau tanya knpa kalau sy click bhagian accout overviewd perkhidmatan transfer tiada
kenapa online bsn saya takda option untuk transfer?yang ada view acc,dan manage acc.sesiapa le bantu?
Kena call customer servis tuk aktifkan ..saya baru je buat hari ni ..standby kedit rm10 tuk buat panggilan
Saya pun dah buat online banking bsn,tapi tak ada option UTK transfer duit .tu yg penting pasal nk buat pembayaran itu ini.
Saya dah daftar no tel kat kuanter bsn.ps2 saya rejester banking online.dh siap semuanya..knpe Tac tidak sah.nk buat rejester lagi lg ke kat hnset
Saya dah daftar no tel kat kuanter bsn.ps2 saya rejester banking online.dh siap semuanya..knpe xdew butang transfer kat tepi ya .
Adakah saye boleh transfer duit melalui online
Saya ada tranfer kt acc mybank tp penerimanya x dpt kt situ dah ada accepted