Adakah anda berminat dengan satu tayangan filem terbaru yang anda nampak trailer di channel Astro yang lain? Tidak lain dan tidak bukan, channel itu ialah Astro Best. Kami akan tunjukkan satu persatu cara langgan Astro Best seperti di bawah.

Izinkan kami berkongsi.

Beza Astro First dan Astro Best channel

Astro First

Astro First adalah untuk filem tempatan seperti animasi Boboiboy The Movie, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dan Ejen Ali The Movie. Juga yang penuh dengan aksi, mistik dan komedi seperti Paskal, Polis Evo, Polis Evo 2, , 16 Puasa, Munafik, Munafik 2, Abang Long Fadil, Bikers Kental, Sangkar, Misteri Dilaila, , Tombiruo, Kami Histeri, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kimchi Untuk Awak, Manisnya Cinta di Cappadoccia, , Bisik Pada Langit, Ola Bola, Rock Oo dan macam-macam lagi. Tidak dilupa, ada juga cerita dari Asia seperti Korea just termasuk dalam channel Astro First. Jika berminat, boleh ikuti panduan ringkas untuk melanggan Astro First.

Astro Best

Astro Best pula khas untuk filem dari Hollywood, yang selalunya box-office. Jadi, para peminat movie seperti Avengers, Aquaman, Venom, Lion King dan pelbagai lagi.

Cara melanggan Astro Best

Bagi anda sebagai pengguna Astro, cara melanggan Astro Best channel itu sangat mudah. Pastikan pilih channel yang betul seperti yang disenaraikan di atas.

  1. Pada decoder Astro anda, tune ke saluran 481.
  2. Anda akan dibawa ke saluran 481. Tunggu sehingga menu keluar.
  3. Akan tertera menu yang mengandungi filem-filem yang terbaru. Pilih filem yang anda ingin tonton.
  4. Gunakan butang arah yang terdapat pada alat kawalan untuk memilih. Anda boleh tekan butang bahasa yang terdapat pada alat kawalan jauh anda untuk menukar bahasa pada laman.
  5. Tekan butang OK pada alat kawalan anda untuk memilih filem yang anda ingin. Kemudian, sekiranya anda inginkan maklumat tentang filem tersebut, tekan butang Info.
  6. Anda akan dibawa ke laman untuk penerangan tentang filem yang anda pilih. Penerangan tentang filem ini adalah lengkap merangkumi genre, pelakon, pengarah, audio (bahasa untuk filem ini), sari kata yang ada, rating umur untuk filem tersebut, penerangan ringkas tentang filem, waktu tayangan yang ada di Astro Best untuk filem tersebut serta harga untuk melanggan filem ini. Untuk satu langganan, sesebuah filem akan diulang di saluran Astro Best channel selama 48 jam.
  7. Anda boleh tekan butang berwarna hijau pada alat kawalan anda untuk ke menu utama.
  8. Untuk melanggan filem yang anda mahukan, tekan butang berwarna biru untuk Beli.
  9. Akan tertera arahan di televisyen yang anda harus ikuti. Ikuti semua arahan dan hantar ke 32999 di telefon anda.
  10. Anda akan menerima SMS daripada Astro, menandakan pengesahan pembelian anda.
  11. Langganan Astro Best anda selesai

Caj dan harga langganan Astro Best

Cara melanggan Astro Best sudah jelas seperti di atas.

Harganya juga tidaklah terlalu mahal. Masih lagi dalam kategori mampu, iaitu cuma RM10 untuk satu movie.

Namun, berapa lama kita boleh tonton movie yang dibeli?

Untuk makluman, bagi setiap filem, pembelian hanya untuk sekali caj sahaja. Untuk setiap pembelian, filem tersebut akan terus ditayangkan di Astro Best selama 48 jam tanpa henti, berdasarkan pada waktu tayangan yang telah ditetapkan.

Masalah beli movie Astro Best

Sekiranya anda sudah cuba cara melanggan Astro Best dan mengikuti arahan yang diberi, tetapi masih tiada filem yang ditayangkan di Astro Best, anda disarankan mencuba sekali lagi.

Namun, jika masalah tidak dapat diselesaikan, anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Astro di talian 03-95433838.

Akhir kata

Dengan adanya perkongsian tentang cara melanggan Astro Best ini, kami harap anda dapat menonton filem kegemaran anda dengan lebih mudah.

Tayangan tanpa henti selama 48 jam berturut-turut dengan harga yang berpatutan sememangnya memberi kepuasan kepada anda sebagai pelanggan Astro.  Apa tunggu lagi? Langgan Astro Best anda sekarang.

Sebagai alternatif, anda cuba boleh baca cara langgan Netflix juga.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply