Bagaimana cara daftar RHB online untuk memudahkan urusan perbankan Internet atas talian? Usah bimbang, kami akan kongsikan panduan online banking ini seperti di bawah.
Langkau artikel ini untuk baca cara daftar MyBSN, i-Muamalat, AffinOnline, Bank Islam, Hong Leong Connect, CIMB Clicks dan juga Maybank2u.
Sedikit mengenai RHB Bank
RHB Bank Berhad merupakan sebuah bank perkhidmatan kewangan dan pelaburan Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Ia mengkhusus di dalam perbankan perdagangan, korporat, perbankan pelaburan dan perkhidmatan perbankan antarabangsa. RHB Bank merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia, dengan 200 pejabat di Malaysia dan seluruh wilayah itu (sehingga 2002). RHB ditubuhkan pada 1997, berikutan penggabungan DCB Bank dan Kwong Yik Bank.
Merupakan salah satu bank komersial yang terbesar di Malaysia, RHB Bank sentiasa berkembang dan berevolusi dalam memberikan perkhidmatan terkini demi menyelesaikan masalah pelanggan dalam urusan transaksi wang. Kini, RHB juga berusaha untuk memudahkan urusan harian pelanggannya melibatkan transaksi wang dengan memperkenalkan platform untuk transaksi atas atalian. Ya, RHB Bank memperkenalkan plaform perbankan atas taliannya iaitu RHB Now.
Sedikit mengenai RHB Now
RHB Now merupakan sebuah platform perkkhidmatan perbankan atas talian/perbankan online (online banking) yang dibangunkan oleh RHB Bank demi memudahkan pelanggan RHB Group melakukan pelbagai urusan mereka tanpa perlu pergi ke cawangan atau mesin ATM yang terdekat.
Sebaliknya, hanya berbekalkan telefon pintar ataupun laptop/desktop yang dilengkapi dengan sambungan Internet yang kukuh, pelanggan RHB mampu menyelesaikan urusan mereka di hujung jari sahaja. Anda sebagai pelanggan juga boleh melakukannya.
Untuk melakukan sebarang transaksi online, anda perlulah mendaftar akaun RHB Now anda dahulu. Caranya mudah sahaja.
Jika anda ada RM200,000; itu lebih baik. Boleh terus masuk RHB Premier Banking.
Cara daftar RHB Now online
Untuk mendaftar menggunakan mesin ATM:
Pastikan anda :
- Mempunyai status sebagai pelanggan bank RHB.
- Mempunyai alamat emel.
- Mempunyai nombor telefon bimbit/pintar yang aktif.
- Pergi ke mana-mana mesin ATM RHB Bank berhampiran dengan anda.
- Masukkan kad pada mesin ATM dan masukkan nombor PIN anda.
- Pilih menu Internet Banking. Anda akan mendapat PIN pendaftaran RHB Internet Banking yang digunakan untuk pendaftaran dan pengaktifan di laman web.
- Masukkan PIN RHB Internet Banking sebagai proses pengesahan. Minta bantuan untuk mendaftar nombor telefon ke mesin ATM daripada pegawai yang bertugas sekiranya anda menghadapi kesukaran melakukannya sendiri.
- Apabila proses pendaftaran di mesin ATM selesai, anda akan menerima resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk pengaktifan.
Untuk mendaftar secara online:
- Pergi ke laman web rasmi https://logon.rhb.com.my
- Anda akan dibawa ke laman utama RHB Now.
- Pada bahagian kanan laman, di bawah I am a first-time user, klik I want to Register.
- Kemudian pada laman seterusnya, anda dibawa ke bahagian First Time User Registration. Pada bahagian Select your card type, pilih ATM/Debit Card.
- Abaikan pada satu lagi ruangan di bawah kerana ia hanya untuk staff RHB Bank sahaja.
- Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM/Debit Card No., masukkan nombor kad 16 digit yang berada pada kad ATM/Debit anda.
- Kemudian, pada ruangan ATM/Debit Card PIN, masukkan nombor pin akaun bank anda.
- Tekan butang Next.
- Kemudian, pada laman seterusnya, pada ruangan Username, cipta username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan semula kata laluan yang anda ingin gunakan.
- Untuk Secret Word, cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda.
- Kemudian, baca terma dan syarat yang telah tersedia di bawah sebelum mendaftar. Selesai baca, tick pada kotak tersebut.
- Pada ruangan Newsletter/Promotion Alerts, tick sama ada anda mahu ataupun tidak sebarang promotion alert daripada pihak RHB kepada anda.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Pendaftaran anda berjaya.
- Untuk mendaftar menggunakan kad kredit, anda hanya perlu pilih kad kredit pada ruangan Select your card type.
- Kemudian, teruskan langkah-langkah yang seterusnya, seperti memasukkan nombor kad kredit anda, CVV, tarikh luput kad kredit anda serta nombor kad pengenalan.
- Kemudian, ikuti langkah-langkah yang seterusnya.
Akhir kalam
Dengan mengikuti cara daftar RHB online seperti yang dikongsikan di atas, mudah sahaja langkahnya untuk buka akaun bukan?
Semoga urusan perbankan harian anda dengan RHB Now dipermudahkan.
Daftarlah RHB Now sekarang! Jika sudah daftar boleh rujuk cara semak baki akaun RHB pula.
Semoga bermanfaat.
39 Comments
Rhb
Minta bantuan saya terlupa username dan paswood internet banking.
Sy nk buat RHB online banking macam mne iyew
sama
Tak boleh pun.kena p atm jugak utk dptkan otp..hampeh
Rhb username dan password . Not remember
lupa username dan password
Saya minta bantuan..saya td ada isi minyak kereta dekat petronas..saya byr pkai kad debit saya..x kluar resit..then,sya check baki dia tinggal rm500..be 4 bukan tu baki dia..mcm mana?mesin tu pndai mkn duit ke??
Minta bantuan daftar online banking Tanpa perlu ke mesin ATM Rhb. Bandar Kudat ni tidak ada branch Rhb.Sekarang ni zon merah. Nak keluar pergi kk pun tak boleh. Jauh tu dekat 3 jam.
Tiada ATM card & credit card bolehkah saya daftar online banking?
Lupa username and password
Saya buat online banking x boleh2..otp x dapat..hampeh..
Saya lupa kata laluan n emil
Saya nk buat e penyata utk credit card & Loan mcm mana…plzz
Sama jgk dh try guna kad kredit untuk dftar online banking nk cek baki kad kredit x blh pun..sy x de akaun simpanan Rhb ,cuma ade akaun byr kereta dan kad kredit
Nak tanya macam mna nk daftar banking online…tapi saya berada di Singapore.. xpernah daftar pon..nk masuk kan nombor telefon kat ATM XBOLEH jauh..
Saya dah salah tekan password..jadi aplikasi ni kena block..mcm mana nk buka balik aplikasi ni..
saya dah daftar no tel di atm banyak kali, tapi setiap kali bila nak log in rhb online, asyik kata suruh daftar no. telefon. tak pernah saya dapat apa apa no. untuk pengaktifan online…..samada pada resit pendaftaran no. tel ataupun melalui telefon…..
Lupa password !!!
I don’t have an ATM card or credit card but I have a joint current account with RHBBank under the company named Sum Hup Lee Estate. I just want to open the E-Statement account with RHB bank online. what should I do to register online banking with RHB Bank?
Knp sye nk login online xblh.. Sblm ni OK je.. Die jadi tiba2.. Sblum ni OK je.. Lepas tu ingt slah tekan Pasword.. Tukar la Pasword bru..tp sme jgk.. X blh jgk.. Telfn customer servis.. Sush nk dpt.. Nak tahu ape masalh ye.. Sekarang mmg ssh nk login.. Tukar Pasword dh.. Tp tetap x blh..
Lupa password dengan username
Ok
sy nak buat bank online.. pls
Saya dah daftar buat online rhb .dah masuk pasword nya.tapi tak boleh buka.
saya nak buat online banking..tapi ATM card no xboleh masuk.kenapa ye?
Cuba login x boleh alasan da byk kali tukar handphone call customer service hampeh x jawab camna tu
Saya dh call byk kli center x jwb n x call back
G bnk trdekat xleh buat.. Kna call center
Mslh saya nk online x bleh.. Psword n usernme yg sama pn xleh buka..
Lps tukar psword pn, x bleh sbb xde butang next lps msuk kn no kad n no pin kad….. Plz help me
Call me 0164533159
Sya
Macam mana nak buat appointment untuk check tunai online.tq.
saya nak buka akaun untuk buka pembayaran loan rumah, tolong guide..
Saya dah call custermer servis,sbb saya terlupa password,custermer ckp guna website RHB dan gi kat forgot password,saya dah buat seperti diarahkan tetapi tak dpt juga…mcm mana ni
Minta tolong saya nak buka online banking
Minta bantuan saya mau daftar dalam aplikasi rhb banking online tapi lupa username and password
Buat tak boleh pun.
Sy nk buat rhb bank online banking mcmne cara nk buat blh bantu sy x
i dh buat online banking tp lupa username n password rs2 nya sdh 7/8 thn dh..
boleh tk i dptkn balik username n password yg lama..
Macam mane nak tukar nombor Telefon baru