Jika anda pernah guna QR Code, pasti kagum betapa mudahnya untuk memberikan link pada orang lain, tanpa perlu menaip. Contohnya, boleh guna QR Code untuk kehadiran dan macam-macam lagi. Kali ini, izinkan kami kongsi cara buat QR Code yang boleh scan sekali.
Lebih kurang sama seperti yang kami kongsi sebelum ini, cara buat Google Form.
Sedikit mengenai QR Code
Pernahkah anda menggunakan QR code? Apa itu QR code? Kenapa ramai orang kini menggunakan QR code? Apa beza antara QR code dengan barcode biasa yang sering kita lihat di mana-mana seperti yang yang ada pada produk yang dijual di kedai atau pasar raya? Mari kita lihat.
Menurut Wikipedia, QR code, yang diringkaskan daripada Quick Response Code, merupakan sejenis barcode dua dimensi yang dicipta pada tahun 1994 untuk industry automotif di Jepun. Perbezaan antara barcode biasa dengan QR code adalah fungsinya. Barcode biasa ialah label optik yang boleh dibaca oleh mesin yang direka untuk membacanya. Barcodemengandungi maklumat tentang produk atau benda yang berada bersamanya.
Barcode bukan QR Code
Sebagai contoh, barcode yang terdapat pada sebungkus roti Gardenia, mengandungi segala maklumat yang terdapat pada roti Gardenia tersebut untuk proses jual beli, seperti jenis produk dan harga roti tersebut.
Berbeza pula dengan QR code, yang kebiasaannya mengandungi data untuk pencari, pengecam atau pengesan, yang dapat dihubungkan ke sesebuah laman web atau aplikasi. QR code menggunakan empat mod pengekodan yang berpiawai, merangkumi digit, alphanumeric (gabungan digit, abjad dan symbol), bit/binari dan juga bahasa Kanji, untuk memastikan data dapat disimpan dengan selamat. Kini, QR code banyak digunakan di negara-negara seluruh dunia.
Fungsi QR Code
QR code kini boleh digunakan untuk berkongsi pelbagai perkara seperti:
- Alamat laman web/URL
- Kandungan teks (250 aksara)
- Nombor telefon (dan boleh terus menelefon)
- Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)
Kini, penggunaan QR code juga sangat meluas dalam kalangan guru di sekolah. Untuk mengisi kehadiran bagi sesuatu mesyuarat misalnya, guru tidak perlu lagi cetak list yang panjang untuk guru-guru lain isikan, sebaliknya hanya perlu print satu kod QR, yang akan diimbas oleh setiap guru menggunakan telefon pintar, lalu boleh diisi sendiri online.
Cara buat QR Code
Di bawah akan ditunjukkan cara untuk membuat QR code yang asas untuk menghubungkan ke URL laman web:
- Layari laman web qrstuff.com.
- Anda akan dibawa ke sebuah laman web khas untuk mencipta QR codeanda. Anda mampu membuatnya secara percuma di sini.
- Pada laman tersebut, anda dapat melihat seksyen yang menunjukkan langkah untuk menghasilkan QR code, bermula dari bahagian DATA TYPE, CONTENT, FOREGROUND, dan QR CODE PREVIEW.
- Pada DATA TYPE, pelbagai jenis destinasi yang boleh digunakan untuk dihubungkan dengan QR code Misalnya, sekiranya anda ingin menghubungkan QR code anda dengan mana-mana video di YouTube, maka anda hanya perlu pilih YouTube Video, dan anda perlu memasukkan URL video tersebut di bahagian CONTENT.
- Pilih Website URL pada DATA TYPE.
- Pada bahagian CONTENT, masukkan alamat laman web tersebut pada bahagian Website URL.
- Pada bahagian Encoding Options, anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan QR code jenis Staticataupun Dynamic. Bezanya:
- Static QR code: tidak boleh diubah (menggunakan link URL asal yang panjang), dan akan membawa pengguna ke laman web sebenar seperti yang terkandung dalam QR code
- Dynamic QR code: link URL yang asal boleh diubah, tetapi masih boleh membawa pengguna ke laman web yang diingini ataupun yang terkandung dalam QR code Ataupun boleh membawa pengguna ke destinasi laman web yang baru tanpa anda perlu membuat QR code yang baru.
- Untuk memudahkan anda, pilih Dynamic.
- Anda juga boleh memilih bagaimana untuk memperoleh QR code anda di bahagian Output Type, sama ada anda ingin muat turun sendiri (DOWNLOAD), QR code anda dicetak (PRINT), QR code anda dihantar ke emel anda (EMAIL), atau anda ingin meletakkan QR code anda pada sebarang objek, seperti baju atau topi (PUT YOUR CODE ON OTHER STUFF).
- Untuk muat turun QR code yang asas, pergi ke bahagian QR CODE PREVIEW, dan tekan butang DOWNLOAD QR CODE.
- Anda berjaya memuat turun QR code QR code anda terletak dalam file jenis PNG.
Alternatif untuk laman ini ialah:
- the-qrcode-generator.com
- qr-code-generator.com
- goqr.me
Berbayar, bukan percuma
Anda juga boleh subscribe ke laman yang dikongikan di atas tadi dengan bayaran sebanyak USD 7.50 untuk menerima pelbagai lagi kemudahan untuk bina QR code anda seperti:
- QR code static dan dynamic yang tidak terhad
- Editing QR code jenis dynamic yang tidak terhad
- Laporan analisis dan analisis Google berintegrasi, dan sebagainya
Akhir kata
Benar, QR Code akan memudahkan urusan. Walau bagaimanapun, jangan hanya kerana mahu mudahkan sesuatu kerja, kita mahu membazir.
Cuba dahulu secara manual. Jika dengan adanya QR Code dan kerja menjadi lebih efisien, tidak salah.
Cubalah sekarang. Bina QR code anda dan mudahkan urusan harian anda.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Untuk sambongan daftar yang belum habis.
Kerana deta tak bagus.