Bagi anda yang melabur dalam ASB, tentu akan terdetik dalam hati untuk mengeluarkan zakat. Suara dalam hati itu menunjukkan anda seorang yang betul-betul mementingkan agama. Izinkan kami berkongsi tentang cara kira zakat ASB selepas dapat dividen; iaitu zakat Amanah Saham Bumiputera.

Kami menggunakan dua sumber rujukan, iaitu Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Adakah ASB perlu bayar zakat?

Ini satu persoalan yang menarik. Semua sedia maklum, ASB ialah salah satu pelaburan yang diwujudkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra agar dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka dalam pengagihan kekayaan negara kita yang tercinta.

Dengan cara sebegini, kerajaan dapat mengumpulkan dana dari kaum Bumipetera utuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan.

Ini semata-mata bagi menjamin hak keistimewaan kaum Bumiputra, sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaaan negara.

Namun, apabila telah mendapat pulangan, zakat tetap perlu dibayar.

Kadar zakat ASB

Duit simpanan ASB keseluruhannya

Untuk mengeluarkan zakat simpanan ASB, seseorang itu perlu melihat baki yang terendah.

Sebagai contoh pada tahun 2018, jika jumlah baki dalam akaun berjumlah RM14,772.03, maka wajiblah baginya mengeluarkan zakat.

Oleh itu, pengeluaran zakat Amanah Saham Bumiputra mengikuat zakat wang simpanan secara kasar ialah 2.5% dari nilainya.

Rujuk kiraan zakat yang lebih terperinci di bawah.

 

Duit simpanan ASB dan pinjaman bank

Pelaburan ASB yang dibuat melalui pinjaman bank seperti Maybank, CIMB, BSN, Ambank dan lain-lain lagi; ada syarat yang telah ditetapkan bahawa pelabur tidak boleh mengeluarkannya sehingga pinjaman dibayar penuh.

Maka, dalam kes ini, zakat tidak dikenakan. Ini kerana, harta tersebut tiada pemilikan sempurna.

Namun, dividen atau faedah keuntungan yang diperolehi dari ASB wajib dizakatkan.

Kami merujuk jawapan di atas dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

 

Cara kira zakat ASB

Cara kira zakat ASB #1: Secara manual

Kami cuba cari aplikasi kalkulator untuk zakat Amanah Saham Bumiputera di laman Zakat Selangor, namun tidak ketemu. Yang ada, cuma pengiraan pengeluaran zakat secara manual dari Zakat Selangor.

Walau bagaimanapun, anda digalakkan cuba ikuti formula yang diberikan seperti di bawah ini.

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2017.

Oleh itu, sila ambil pokok pelaburan di akhir tahun dan dicampurkan dengan pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) semasa *66% (rujuk jumlah peratusan terkini).

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat Amanah Saham Bumiputera tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

 

Cara kira zakat ASB #2: Guna kalkulator

Klik sini untuk menggunakan kalkulator zakat Amanah Saham Bumiputera ini.

Walaupun mudah untuk mengira, agak leceh kerana perlu memasukkan harga seunit saham berserta dividen.

Kalkulator untuk mengira zakat ini disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Akhir kata

Tahniah kerana anda bersungguh-sungguh untuk menyucikan imbuhan yang didapati dari ASB. Benar, dalam setiap harta yang kita ada, ada bahagian untuk orang lain. Baru rasa selesa untuk transfer duit ke ASB lagi.

Kewajipan zakat ASB perlu disegerakan. Hal ini kerana seseorang itu tidak boleh dengan sengaja melambat-lambatkan pengeluaran zakatnya.

Akan tetapi, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka diharuskan melambatkannya sehinggalah ia berkesempatan mengeluarkan zakatnya.

Jika anda mahu semak baki dan dividen untuk tahun ini, boleh login ASB untuk melihat lebih lanjut.

Semoga panduan ini serba-sedikit memberikan manfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply