What's Hot

    Kalau sudah bosan dengan Astro yang selalu menyiarkan cerita yang berulang-ulang, anda boleh cuba cara langgan Netflix seperti di bawah ini.

    Setidak-tidaknya ada pilihan lain.

    Sedikit mengenai Netflix

    Netflix ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penstriman secara online (online streaming), di mana pelanggan boleh menonton filem, drama, ataupun rancangan televisyen secara online melalui Netflix. Tak perlu muat turun. Boleh terus tonton.

    Netflix menyediakan sajian filem/drama/rancangan televisyen yang menarik dari luar negara. Rancangan dari Malaysia pun ada, cuma tidak banyak sangat.

    Bagi anda yang tidak pernah menggunakan Netflix dan ingin menggunakannya untuk menonton filem atau rancangan yang anda inginkan, anda perlulah mendaftar dahulu akaun baru.

    1. Checklist sebelum daftar Netflix

    Sebelum mendaftar akaun di Netflix, anda perlu menyediakan beberapa perkara, iaitu:

    • Akaun emel yang aktif, boleh diakses dan digunakan
    • Kad kredit/kad debit, ATAU pelan pascabayar Celcom/Digi/Maxis. Ini penting untuk bahagian payment method. Payment method akan ditunjukkan semasa fasa pendaftaran. Anda akan memilih mana-mana payment method yang tertera semasa pendaftaran, jadi pastikan sekiranya kad kredit/debit.
    • Pelan pascabayar anda mesti aktif untuk memudahkan proses pendaftaran.
    • Pastikan sambungan Internet anda mempunyai capaian Internet yang laju
    • Sekurang-kurangnya 0.5 Mbps
    • Yang lebih baik ialah 3Mbps dan ke atas

     

    2. Cara langgan Netflix online

    Di bawah ini ialah langkah-langkah dan cara daftar Netflix.

    1. Layari laman web https://www.netflix.com
    2. Atau, pergi ke browser anda dan taip sahaja Netflix. Pilih link yang teratas.
    3. Anda akan tiba di paparan utama Netflix.
    4. Mula-mula sekali, masukkan emel anda di ruangan Email address yang tertera.
    5. Kemudian, tekan butang TRY IT NOW.
    6. Pada laman seterusnya, tekan butang SEE THE PLANS.
    7. Untuk laman seterusnya, anda akan dapat lihat beberapa pakej ditawarkan untuk anda langgani, iaitu Mobile, Basic,Standard, dan Family. Setiap pakej menawarkan harga dan features yang berlainan, jadi anda pilih dahulu pakej anda dengan menekan mana-mana butang pada Mobile, Basic, Standard atau Family.
    8. Tekan link Terms of Use untuk baca terma penggunaan Netflix. Kemudian, tekan butang CONTINUE di bawah paparan pakej tadi.
    9. Kemudian, tekan butang CONTINUE pada laman seterusnya.
    10. Seterusnya, masukkan emel anda, serta password yang anda ingin gunakan untuk akaun Netflix anda. Emel ini akan digunakan sebagai Username untuk akaun Netflix anda.
    11. Tekan butang CONTINUE.
    12. Cara langgan Netflix pada laman seterusnya adalah untuk bahagian payment method. Pilih jenis pembayaran yang anda ingin gunakan untuk akaun anda, seperti melalui kad kredit atau kad debit, atau melalui pelan pascabayar, ATAU pembayaran menggunakan gift code.
    13. Di bahagian atas skrin tertera satu tarikh. Tarikh ini adalah tarikh anda untuk anda ingin membatalkan pendaftaran akaun anda, sekiranya anda ingin mengelakkan akaun anda daripada dikenakan bayaran.
    14. Sekiranya anda memilih untuk membayar menggunakan kad kredit/debit untuk langgan Netflix :
      • Pada bahagian First Name, masukkan nama panggilan/nama pertama anda.
      • Pada bahagian Last Name, masukkan nama keluarga anda. Untuk orang yang beragama Islam, anda boleh meletakkan nama panggilan anda untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
      • Pada Card Number, masukkan nombor kad yang tertera di bahagian hadapan kad debit/kredit anda.
      • Pada Expiration Date, masukkan tarikh luput kad anda yang tertera juga di bahagian hadapan kad anda. (ditulis dalam bentuk Bulan/Tahun. Contohnya, 05/24 yang bermaksud Mei 2024)
      • Pada Security Code (CVV), masukkan nombor tiga digit yang tertera di bahagian belakang kad/kredit/debit anda.
      • Kemudian, tick pada butang I agree, dan klik pada butang Start Membership.
    15. Sekiranya anda memilih untuk membayar menggunakan bil telefon:
      • Pada Postpaid Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang menggunakan pakej pascabayar (postaid) ini.
      • Tick pada butang I agree.
      • Kemudian, tekan butang VERIFY.
    16. Sekiranya anda memilih untuk membayar menggunakan Gift Code untuk langgan Netflix:
      • Pada ruangan Gift Card Pin or Code, masukkan Gift Code anda.
      • Kemudian, tekan REDEEM GIFT CODE.
    17. Cara langgan Netflix pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda di bahagian Mobile phone number, untuk memasukkan nombor telefon anda. Nombor anda akan digunakan sekiranya anda terlupa password untuk akaun anda. Klik butang CONTINUE.
    18. Pada laman seterusnya, pilih device yang anda akan gunakan untuk Netflix. Pilihan ini adalah bergantung kepada jenis pakej yang anda telah pilih sebentar tadi.
    19. Kemudian, tekan butang CONTINUE.
    20. Untuk laman seterusnya, tentukan siapa yang akan menggunakan Netflix ini. Tekan butang CONTINUE.
    21. Kemudian, tentukan juga siapa antara pengguna ini yang berumur 12 tahun dan ke bawah. Tekan butang CONTINUE. Netflix akan menapis filem/drama atau rancangan yang bersesuaian dengan penonton yang berumur 12 tahun dan ke bawah.
    22. Pada laman seterusnya, pilih 3 filem/drama/rancangan kesukaan anda. Netflix akan menggunakan pilihan anda ini untuk menentukan genre filem/drama/rancangan yang mungkin anda minati dan ingin tonton pada masa akan datang.
    23. Pendaftaran anda selesai.
    24. Anda boleh mula menonton filem/drama/rancangan kesukaan anda.

     

    3. Cara pasang Netflix di TV

    Kami yakin cara langgan Netflix itu mudah. Cuba bila tak biasa, proses akan jadi lambat.

    Kadang-kadang, tak puas bila tengok Netflix di telefon bimbit. Lebih selesa dan puas kalau tengok guna TV.

    1. Pertama sekali, cuba periksa samada TV anda sudah siap-siap ada apps Netflix atau tidak
    2. Kebiasaannya, perlu tekan remote Smart TV tersebut
    3. Jika ada, terus login dengan memasukkan nama dan kata laluan
    4. Jika TV anda tiada apps Netflix (selalunya TV versi lama memang tak ada), anda boleh cuba gunakan Apple TV atau Chromecast
    5. Walau bagaimanapun, Apple TV dan Chromecast perlu dibeli secara berasingan

     

    Akhir kalam

    Benar, ada banyak cerita yang menarik di Netflix. Cuma tidak semua sesuai untuk tontonan awam kerana ada adegan-adegan yang tidak elok.

    Jika anda mempunyai anak kecil, kami sarankan anda buat profil yang khusus untuk kanak-kanak.

    Diharapkan agar cara langgan Netflix ini dapat membantu anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    15 Comments

    1. NORMALA BINTI ISMAIL on

      sy x pernah langgan neflix, tp sy baru perasan yg kad kredit sy ada potongan utk neflix setiap 09/04/2021 10/04/2021
      Netflix.com 408-5403700 US
      76.15
      mcm mne cara sy nk cancel? sy sendiri pun x pernah tgk neflix ni

    2. Pembayaran lain dari guna kad debit atau pasca bayar ada tak pembayaran yg lbh mudah… seperti bayar kat 7e…sbb tkt jika bayar guna debit/kredit kad atau pasca bayar akan d potong auto….biar kita tentukan sendiri jika nak langgan atau tak lbh baik dari auto bayar…buat seperti Astro sng…. sampai bulan bayar…atau contoh Netflix ada 3 bulan package… buat la 3 bulan rm50 boleh bayar kat 7e atau tranfer ke mana2 ja….kan sng

    3. sitinaminah02 on

      sebab dah bosan tengok astro lah saya pi langgan netflix. ada banyak movie best. tak rugi. ambik je yg RM17 sebulan tu

    4. Smart tv sy boleh tgk YouTube tp x ada apps Netflix .
      Tp smart tv sy ada browser..boleh ke menonton movie di tv tanpa apps Netflix ?

    Leave A Reply