What's Hot

    Jika ada orang yang baru bank in duit Bank Simpanan Nasional kita, macam mana cara semak baki akaun BSN melalui online Internet banking di www.mybsn.com.my?

    Pastinya semua orang mahu login BSN dan mahu lihat amaun bertambah dan berganda-ganda.

    Usah bimbang, mudah sahaja semua itu.

    Izinkan kami berkongsi.

    1. Cara semak baki akaun BSN melalui online di mybsn.com.my

    Anda boleh menyemak baki akaun BSN anda secara online.

    Walau bagaimanapun, pastikan anda telah mendaftar akaun online banking BSN anda dengan MyBSN. Setelah mendaftar, anda boleh login ke akaun anda.

    Caranya adalah seperti berikut:

    1. Layari laman web rasmi MyBSN di https://www.mybsn.com.my
    2. . Tekan MyBSN di browser anda, dan pilih pilihan yang teratas.
    3. Kemudian, anda akan tiba di laman untuk login. Pada ruangan Username, masukkan username untuk akaun anda.
    4. Kemudian, tekan butang Login.
    5. Masukkan maklumat lain seperti Online Image dan password untuk akaun anda.
    6. Pilih menu My Account.
    7. Seterusnya, pilih Account Balance.
    8. Maklumat baki anda akan tertera di skrin.

     

    2. Cara semak baki akaun BSN guna SMS

    1. Pertama sekali, kunjungi mana-mana cawangan BSN yang terdekat dengan anda untuk mendaftar nombor telefon anda dengan akaun BSN anda.
    2. Kemudian, anda akan mendapat SMS yang mengandungi M-PIN serta 2 digit nombor UAC untuk mengaktifkan nombor telefon anda dengan akaun BSN anda. Nombor M-PIN ini penting untuk melakukan apa-apa urusan perbankan BSN anda secara SMS. Pastikan anda tidak mendedahkan M-PIN anda kepada orang lain.
    3. Untuk semak baki akaun BSN anda secara SMS,

    Taip BAL<jarak>M-PIN, dan hantar ke 36898.

    1. Tunggu sebentar. Anda akan mendapat SMS daripada BSN, yang mengandungi baki akaun anda.

     

    3. Check balance MyBSN guna ATM

    1. Pergi ke mana-mana mesin ATM yang terdekat dengan anda.
    2. Masukkan kad ATM anda pada slot yang disediakan. Pastikan slot tersebut mempunyai lampu menyala berwarna hijau sebelum anda ingin memasukkan kad ATM anda.
    3. Kemudian, masukkan nombor PIN untuk kad ATM anda.
    4. Seterusnya, menu akan tertera. Pilih Maklumat Baki, dan pilih Akaun Bank.
    5. Tunggu sehingga maklumat baki untuk akaun bank BSN anda tertera di skrin.

     

    Akhir kalam

    Kesimpulannya, terdapat lebih daripada satu cara semak baki akaun BSN. Jika salah satu tidak boleh, gunakan cara lain yang anda.

    Sekiranya anda belum mendaftarkan nombor telefon anda, sila daftar BSN online dengan kadar segera.

    Dengan mendaftar akaun online banking MyBSN, ia boleh memudahkan urusan transaksi seperti Instant Transfer BSN.

    Antara contoh yang lain ialah untuk memudahkan urusan transfer duit BSN ke Maybank.

    Pelbagai perkhidmatan disediakan oleh BSN, dan hanya terpulang pada anda untuk menggunakannya atau tidak dalam memudahkan urusan harian anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    101 Comments

    1. Nak semak baki mmg senang. Nak semak wang masuk atau wang keluar camna? Klu baki ada sejuta dua ratus ribu tiga kupang, member bank in, seringgit tiga kupang lima duit. Nk semak celah mana? Bgtau sat..Mmg xboleh kan…

      • Ya..mmg x boleh. Bsn xde kepakaran untuk menyediakan servis atau fungsi sedemikian. Oleh yg demikian diminta bertukar ke bank seperti maybank yg lebih mudah untuk digunakan.

    2. Azizan bin Md Nor on

      Kemaskini acc bsn bermaksud Kita kena tukar alamat terbaru dan no hand phone kita betul tak? Kalau tak kemaskini duit bantuan kerajaan tidak akan berjaya kredit.
      0213029000102917… Harap tolong check acc..

    3. Hardy bin Mohammad on

      Saya cek baki akaun bsn tak ada masuk, semak penyata ada masuk Pula tarik 23feb rm300, ceradt dan debit RM 300 24feb,, buat pengeluaran baki tak cukup Pula, ,24,25,27,28feb , saya belum dapat lagi pengeluaran bpr rm300 tu, semak dalam portel bpr status semak makluman bayaran status masih dalam proses pengkeraditan,,

    4. Mohamad Riduan affandy on

      Nak tnya online bank BSN .Sya terlupa username dan pasword sekali.apa yg perlu Sya buat.sbb banyak kali try buat yg keluar no telah di daftar.

    5. PAULUS KARANG ANAK ENTURAN on

      ˢᵃʸᵃ ⁱⁿᵍⁱⁿ ᵐᵉⁿʸᵉᵐᵃᵏ ᵇᵃᵏⁱ ᵈᵘⁱᵗ ˢⁱᵐᵖᵃⁿᵃⁿ ˢᵃʸᵃ

    6. Santy anak nyandang on

      Mengapa saya belum menerima duit BPR sampai sekarang,saya menggunakan bank BSN ,duit BPR saya belum masuk fasa 1 saya sudah menerima duit BPR tepi fasa 2 belum masuk duit BPR boleh tolong saya

    7. Santy anak nyandang on

      Tolong semak BPR fasa 2 saya boleh tuan dan puan hantar duit BPR dekat akaun saya dekat bank BSN saya ada pakai akaun BSN

    8. Siti NurrulHafizah on

      Boleh tolong saya sebab saya mahu tukar nombor telefon sebab mahu daftar untuk online banking

    9. AMRi Bin Ahmad on

      Assalamualaikum boleh tolong sedmakan pembayaran bertambah dibayar 29/6/21 acc-1111141100064314 duit dah masuk ke belum.

    10. Silah binti paisal on

      Tahu mau acc BSN saya masi aktif kah atau tidak ? Sebab Duit KWSP suda masuk check total masih sama ?

    11. Muhammad Aiman Bin Abdullah on

      setiap kali saya login mesti keluar personal detail untuk diisikan macam mana mahu tahu baki dalam account. tidak ada paparan my Account ?

    12. Nurul azira on

      Macam mana saya nak tahu baki duit dlm akuan saya nie dan saya nak tahu sama ada duit berim dah masuk ke belom nie ya………

    Leave A Reply