Sebenarnya, cara bank in duit Bank Islam tidaklah sesukar mana. Ada dua situasi di sini iaitu samada mahu bank in ke dalam akaun sendiri atau akaun orang lain. Kami akan terangkan satu persatu kaedah yang ada, antaranya:
- Melalui kaunter cawangan Bank Islam
- Menggunakan mesin Cash Deposit Machine (CDM)
- Mengunakan cheque
- Pemindahan wang secara online secara:
- 3rd Party Transfer
- Instant Transfer
- Interbank GIRO
Izinkan kami berkongsi.
Cara bank in duit Bank Islam
Berikut adalah beberapa cara untuk masukkan wang ke dalam akaun sendiri dan juga akaun orang lain di Bank Islam:
1. Bank In Melalui Kaunter Bank Islam
Berikut ialah langkah-langkah untuk memasukkan duit ke dalam akaun sendiri atau akaun orang lain di kaunter Bank Islam:
- Pergi ke cawangan Bank Islam yang terdekat dengan rumah anda.
- Ambil nombor giliran. Apabila giliran anda tiba, pergi ke kaunter dan maklumkan kepada staf bahawa anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
- Anda akan diserahkan borang. Isi borang tersebut beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut, iaitu nombor akaun anda.
- Serahkan wang anda.
- Semak buku bank untuk buat pengesahan transaksi.
- Selesai
2. Bank In Di CDM Bank Islam
Berikut ialah langkah-langkah untuk memasukkan duit ke dalam akaun sendiri atau akaun orang lain melalui mesin CDM di premis Bank Islam:
- Pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam ataupun mesin CDM yang berdekatan.
- Tekan mana-mana butang pada mesin tersebut untuk mengaktifkannya.
- Pilih bahasa, sama ada BAHASA MALAYSIA, Mandarin atau ENGLISH.
- Pada menu SILA PILIH URUSNIAGA ANDA, pilih BANK ISLAM DEPOSIT WANG.
- Pada laman seterusnya, masukkan nombor akaun penerima, iaitu nombor akaun anda.
- Tekan YA.
- Pada laman seterusnya, tertera nama penuh anda, berserta dengan nombor akaun anda.
- Slot untuk mengisikan wang juga akan dibuka. Masukkan wang yang anda ingin deposit ke dalam slot. Tekan TERUSKAN.
- Wang anda akan diproses.
- Di skrin, tertera jumlah wang yang anda deposit. Tekan PASTI sekiranya betul. Tekan BATAL jika salah. Sekiranya anda ingin menambah lagi wang, tekan TAMBAH LAGI.
- Ambil resit
- Selesai
3. Bank In Cek Bank Islam (Cheque)
Cara untuk bank in duit Bank Islam menggunakan cheque adalah seperti di bawah:
- Pertama sekali, setelah mendapat cek, semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
- Apabila anda yakin semuanya adalah betul, anda boleh menulis nama anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
- Isikan juga nombor akaun bank anda dan nombor telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
- Setelah selesai, anda perlu pergi ke cawangan BSN yang terdekat untuk deposit cek anda.
- Pergi ke mesin Cheque Deposit Machine. Ikut arahan yang tertera pada skrin.
- Pilih ‘Deposit Cek’.
- Masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
- Semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM).
- Masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
- Tunggu resit anda. Simpan resit anda sehingga wang anda sudah masuk ke dalam akaun.
- Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit anda. Sekiranya ada masalah, rujuk semula kepada bank dengan menggunakan resit yang anda simpan.
- Selesai
4. Masukkan Duit ke Akaun 3rd Party
Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar Bank Islam online banking terlebih dahulu.
- Pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/.
- Masukkan User ID
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Selepas berjaya log masuk, pergi ke bahagian TRANSFER FUNDS, pilih WITHIN BANK ISLAM dan pilih THIRD PARTY untuk memindahkan wang dalam akaun anda ke akaun penerima yang juga adalah akaun Bank Islam.
- Anda juga boleh menekan Inter Bank untuk memindahkan wang ke akaun penerima yang dari bank lain seperti Maybank dan CIMB.
- Setelah menekan THIRD PARTY, pada laman seterusnya, tertera ruang untuk diisi.
- Pada bahagian From Account, tertera akaun anda.
- Pada bahagian Transfer Type, pilih Fund Transfer to Savings/Current.
- Pada bahagian Transfer Amount, masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
- Pada bahagian Recipient Type, pilih Open Recipient.
- Pada Recipient Account, masukkan nombor akaun penerima.
- Pada Recipient Reference, masukkan butiran mengenai pindahan wang ini.
- Pada laman seterusnya, tertera maklumat transaksi anda. Semak semula dan pastikan semuanya betul.
- Pada i-Access Code, tekan Request i-Access Code. Anda akan menerima SMS di telefon anda yang mengandungi i-Access Code. Masukkan kod tersebut di ruang yang disediakan.
- Tekan Back sekiranya anda ingin mengubah apa-apa, atau tekan Cancel untuk membatalkan transaksi anda.
- Tekan Confirm untuk mengesahkannya.
- Transaksi anda berjaya.
- Selesai
5. Bank In Guna Instant Transfer di bankislam.biz
Berikut ialah cara untuk transfer atau bank in duit dari Bank Islam ke bank-bank lain seperti Maybank menggunakan teknik Instant Transfer:
- Pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/.
- Masukkan User ID
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Selepas berjaya log masuk, pilih Interbank.
- Kemudian, pilih Instant Transfer (IBG).
- Kemudian, pada ruangan From Account, pilih nombor akaun anda.
- Pada drop down list di bawahnya, pilih untuk Transfer Type.
- Kemudian, pada ruangan Transfer Amount, masukkan jumlah yang ingin dipindahkan. Caj untuk pindahan wang anda akan tertera pada ruangan Charge Amount.
- Pada Effective Date, tarikh telah ditetapkan sebagai Today. Pada Recipient Type, pilih jenis penerima anda.
- Sekiranya jenis penerima adalah Open Recipient, pilih bank penerima pada Recipient Bank. Kemudian, masukkan jumlah pindahan pada Recipient Amount dan masukkan nama penerima pada Recipient Name.
- Sekiranya jenis penerima adalah Favourite Recipient, pilih nama penerima yang anda ingin pindahkan wang pada drop down list yang tertera.
- Pada Recipient Reference, masukkan rujukan untuk penerima.
- Pada ruangan Other Payment Details, masukkan apa-apa maklumat untuk transaksi ini.
- Pada ruangan Recipient Email, masukkan emel penerima.
- Tick pada checkbox untuk Terms and Conditions. Baca dahulu terma dan syarat yang tertulis.
- Tekan butang Transfer.
- Pada laman seterusnya, semak semula maklumat transaksi.
- Tekan pada link Request i-Access Code. Kod unik 10 digit i-Access Code akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
- Sahkan 4 digit pertama yang tertera, dan masukkan baki 6 digit pada ruangan yang disediakan.
- Tekan Confirm.
- Transaksi anda berjaya. Tekan Print untuk cetak resit transaksi anda.
- Selesai
6. Transfer Guna Inter Bank GIRO di bankislam.biz
Cara transfer atau bank in duit Bank Islam ke akaun-akaun bank yang lain seperti Maybank menggunakan teknik Interbank GIRO adalah seperti di bawah:
- Pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/.
- Masukkan User ID
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Selepas berjaya log masuk, pilih Interbank.
- Kemudian, pilih Normal Transfer (IBG).
- Kemudian, pada ruangan From Account, pilih nombor akaun anda.
- Pada drop down list di bawahnya, pilih untuk Transfer Type.
- Kemudian, pada ruangan Transfer Amount, masukkan jumlah yang ingin dipindahkan. Caj untuk pindahan wang anda akan tertera pada ruangan Charge Amount.
- Pada Effective Date, tarikh telah ditetapkan sebagai Today. Untuk menetapkan supaya transaksi ini dijalankan pada hari yang lain, pilih pada ruangan Date Checker.
- Pada Recipient Type, pilih jenis penerima anda.
- Sekiranya jenis penerima adalah Open Recipient, pilih bank penerima pada Recipient Bank. Kemudian, masukkan jumlah pindahan pada Recipient Amount dan masukkan nama penerima pada Recipient Name.
- Sekiranya jenis penerima adalah Favourite Recipient, pilih nama penerima yang anda ingin pindahkan wang pada drop down list yang tertera.
- Pada ruangan Recipient ID / IC Checking, sekiranya tertulis Not Required, teruskan ke Recipient Reference.
- Sekiranya tertulis Required, pada ruangan Recipient ID /IC Type, pilih jenis pengenalan penerima. Kemudian, pada Recipient ID /IC, masukkan nombor pengenalan. Misalnya, nombor kad pengenalan penerima.
- Pada Recipient Reference, masukkan rujukan untuk penerima.
- Pada ruangan Other Payment Details, masukkan apa-apa maklumat untuk transaksi ini.
- Pada ruangan Recipient Email, masukkan emel penerima.
- Tick pada checkbox untuk Terms and Conditions. Baca dahulu terma dan syarat yang tertulis.
- Tekan butang Transfer.
- Pada laman seterusnya, semak semula maklumat transaksi.
- Tekan pada link Request i-Access Code. Kod unik 10 digit i-Access Code akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
- Sahkan 4 digit pertama yang tertera, dan masukkan baki 6 digit pada ruangan yang disediakan.
- Tekan Confirm.
- Transaksi anda berjaya. Tekan Print untuk cetak resit transaksi anda.
- Selesai
Akhir kalam
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memudahkan transaksi bank in, ataupun memindahkan wang kepada individu tertentu atas urusan kerja, urusan harian serta kepada orang yang tersayang.
Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin dengan Bank Islam.
Semoga bermanfaat.