Nak masukkan duit ke akaun lain seperti Maybank atau CIMB dari Public Bank, tapi tak tahu caranya? Ikuti cara instant transfer Public Bank yang ringkas dan mudah seperti di bawah ini.
Cara instant transfer Public Bank
Sebelum itu, pastikan sudah baut pendaftaran dan mempunyai akaun online banking Public Bank, PBe. Anda juga perlu mendaftar nombor telefon anda pada akaun PBe anda untuk menerima SMS bagi membuat pengesahan.
Sekiranya semua syarat di atas sudah dipenuhi, berikut ialah cara untuk melakukan transaksi instant transfer Public Bank:
- Jika anda mempunyai akaun PBe yang aktif, pertama sekali, pergi ke laman utama PBe, https://www.pbebank.com
- Scroll ke bahagian kanan atas laman dan login ke akaun PBe anda. Pastikan Personal Login Phrase yang tertera adalah tepat dan sama dengan akaun anda.
- Apabila tiba di laman utama akaun anda, tekan butang FUND TRANSFER.
- Kemudian, pilih Other Bank Account. Sub-menu akan keluar, pilih Instant Transfer.
- Kemudian, tekan butang To Other Account untuk instant transfer dari Public Bank ke bank lain, contohnya Maybank
- Pada laman seterusnya, tertera ruang-ruang yang perlu diisi.
- Pada From Account, pilih nombor akaun bank anda yang anda ingin pindahkan wang anda.
- Pada Beneficiary Bank, pilih bank yang dimiliki oleh akaun penerima.
- Pada Beneficiary Account No, masukkan nombor akaun bank penerima. Pastikan nombor akaun tidak mempunyai sebarang jarak “ “, atau tanda sempang “-“.
- Pada Beneficiary Account Type, pilih Savings/Current Account.
- Pada Other Payment Details, masukkan sebarang butiran mengenai transaksi ini jika perlu.
- Pada Recipient Reference, masukkan rujukan yang berguna untuk penerima.
- Pada Transaction Amount (RM), masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. Pastikan jumlah wang tersebut:
- Tidak mempunyai tanda koma “,”
- Mempunyai dua tanda perpuluhan. Misalnya, RM1500 ditulis sebagai 1500.00
- Kemudian, tekan butang Accept untuk mengesahkan amaun dan teruskan cara instant transfer Public Bank.
- Pada laman seterusnya, maklumat transaksi anda tertera. Semak semula maklumat transaksi anda.
- Kemudian, tekan butang Request PAC Now. (PAC – Pbe Autentication Code)
- Notification box akan tertera untuk mengesahkan sama ada nombor telefon anda yang tertera dan sedang disambung ke akaun PBe ini adalah nombor telefon anda yang sah dan aktif.
- Tekan butang Close. Kod PAC akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
- Buka SMS dan baca dengan teliti. Pastikan nama yang tertera adalah nama penerima wang anda.
- Dalam SMS, periksa bahagian Serial No. Pastikan Serial No dalam SMS adalah sama dengan nombor yang terdapat di bahagian PAC Serial pada maklumat transaksi di laman PBe anda.
- Sekiranya betul, pada bahagian PAC di maklumat transaksi anda di laman PBe, masukkan kod PAC yang anda terima dengan SMS tadi untuk meneruskan cara instant transfer Public Bank.
- Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya Serial No yang anda terima di SMS adalah tidak sama dengan PAC Serial di laman PBe anda, jangan tekan Confirm ataupun memasukkan kod PAC yang diterima. Hubungi bahagian khidmat pelanggan PBe di talian 03-21795000.
- Transaksi anda berjaya. Sekiranya anda ingin membuat pindahan wang lagi di nombor akaun penerima yang sama pada masa akan datang, tekan Store Registration untuk simpan maklumat transaksi ini. Tekan butang Printsekiranya anda ingin cetak transaksi anda. Tekan Back To Home untuk ke laman utama PBe anda.
Akhir kalam
Sebelum membuat pindahan wang, pastikan semak betul-betul nombor akaun orang yang kita ingin transfer. Jika ada kesilapan, bank tidak akan bertanggungjawab. Jadi, perlu hati-hati.
Diharapkan agar perkongsian cara instant transfer Public Bank ini dapat memudahkan urusan perbankan anda.
Semoga bermanfaat.
4 Comments
macam mana mau transfer public bank ke public secara online
Mana mana nk transfer duit ke bank lain
sy nak transfer duit dlm 4k tapi tak boleh transfer napa ya.klu 2k boleh pulak .bila nak tranfer kali kedua akaun yg sama tak boleh pulak tranfer 2k kena bwah 1k pulak adoiii..
kenapa duit xmsuk dlm acc agro bank.sedangkan resit instant tranfer dari public bank sudah keluar..