What's Hot

    Anda pernah cuba membeli barang di Shopee? Sebagai salah satu platform yang menjalankan digital/online shopping di Malaysia selain daripada Lazada, Shopee juga memudahkan anda untuk membeli pelbagai jenis barangan yang anda mahukan. Tidak tahu bagaimana untuk membeli? Ikuti tips dan cara beli barang di Shopee untuk orang yang tak biasa.

    Cara beli barang di Shopee

    Berikut ialah cara untuk membeli barang di Shopee.

    1. Pertama sekali, anda perlu download aplikasi Shopee di Google Play Store, atau di App Store untuk iOS.
    2. Buka aplikasi Shopee. Kemudian, anda perlu sign up dahulu untuk membuat akaun.
    3. Tekan butang Sign Up. Kemudian, pada ruang Mobile Number, masukkan nombor telefon anda. Tekan butang CONTINUE. Anda juga boleh sign up dengan menggunakan emel anda, ataupun dengan menggunakan akaun Facebook anda.
    4. Pada laman seterusnya, pada Username, masukkan nama yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
    5. Pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
    6. Kemudian, pada Confirm Password, masukkan sekali lagi password tadi yang anda ingin gunakan.
    7. Pada Tap To Change, anda boleh tekan untuk masukkan gambar untuk profil akaun anda.
    8. Tekan butang CONTINUE.
    9. Sign up anda berjaya.
    10. Anda akan dapat melihat pelbagai jenis barangan yang tertera.
    11. Untuk mencari barang yang anda mahukan, tekan pada ruangan search bar di bahagian atas skrin. Kemudian, pada ruangan dalam search bar, masukkan nama barangan yang anda mahu beli. Misalnya, honor selfie stick.
    12. Untuk memudahkan pencarian, anda juga boleh menggunakan filter untuk carian, sama ada carian menggunakan Mall, Preferred, ataupun From. Untuk From, anda boleh menentukan barang yang anda mahukan sama ada barang tempatan ataupun antarabangsa.
    13. Anda juga boleh membuat sort dengan menekan Latest, untuk melihat stok/jenis yang terbaru yang boleh dibeli berdasarkan barangan yang anda mahukan.
    14. Cara beli barang di Shopee, tidak lengkap kalau tidak diulas mengenai Top Sales. Pada Top Sales, anda boleh melihat barangan yang sedang dalam jualan yang hebat dengan diskaun yang tinggi. Ini sangat berguna pada yang berjimat cermat.
    15. Pada Price, anda boleh meletakkan julat harga untuk barangan yang anda mahukan, dan aplikasi akan menunjukkan barangan yang sesuai dengan julat harga anda.
    16. Apabila anda menekan barang yang anda mahukan, anda akan dapat melihat pelbagai maklumat berkaitan barangan anda, seperti nama barang, harga, rating, potong harga (sekiranya ada), shipping fee (sekiranya barangan anda adalah dari luar negara), serta maklumat barangan, yang merangkumi Features, Specifications, Categories, Brand serta Note yang mengandungi maklumat tambahan mengenai barangan. Condition iaitu kondisi semasa barangan sama ada baru atau 2nd hand juga akan diterangkan, serta Stock, yang menyatakan jumlah semasa barangan tersebut dalam stok semasa.
    17. Anda juga boleh melihat feedback daripada pelanggan yang pernah membeli produk yang anda mahukan di bahagian Product Ratings.
    18. Kemudian, tekan Buy Now sekiranya anda ingin membeli barangan itu. Atau, tekan Add to Cart sekiranya anda ingin membeli lagi barangan lain.
    19. Setelah tekan Buy Now, anda akan dibawa ke laman yang tertera barangan anda. Tekan Voucher sekiranya penjual ada memberi free shipping atau diskaun yang anda boleh mohon.
    20. Tekan butang Check out.
    21. Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang PLACE ORDER untuk beli barang di Shopee.

     

    Cara bayar Shopee macam mana, guna apa?

    1. Pada laman seterusnya, iaitu selepas order, adalah sesi pembayaran.
    2. Pilih salah satu, sama ada secara Credit /Debit Card, Online Bankingatau ATM/Bank Transfer. Misalnya, anda pilih Online Banking. Kemudian, tekan NEXT : CONFIRM INFORMATION.
    3. Pada laman seterusnya, akan tertera bank-bank yang anda boleh pilih untuk membuat online banking. Misalnya, anda pilih Maybank2U. Tekan butang Next.
    4. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Maybank2U. Login seperti biasa dan selesaikan urusan pembayaran anda.
    5. Pembayaran anda berjaya. Anda boleh semak status penghantaran barang anda di aplikasi Shopee, melalui butang To Ship.

    Yang terbaru, anda juga boleh bayar guna e-Wallet seperti Boost, Touch n Go dan juga Grab Pay.

     

    Akhir kalam

    Kesimpulannya, amatlah mudah untuk membeli barang menggunakan aplikasi Shopee. Kepada anda yang belum mencuba, cubalah sekarang, dan dapatkan barangan yang anda gemar dan mahukan.

    Bagi anda yang mencari kerja dan bukan sekadar mahu shopping, boleh sertai Shopee Express Rider.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    4 Comments

    Leave A Reply