Bagi anda yang sudah buat permohonan PKSK sebelum ini, anda kini boleh buat semakan PKSK untuk lokasi ujian yang akan dijalankan. Namun, ini bukanlah semakan keputusan samada lulus ujian atau tidak kerana peperiksaan masih lagi belum diambil.

Lebih kepada semakan lokasi untuk mengambil ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sahaja. Jika anda ada mohon MRSM, sila buat semakan UKKM juga. UKKM ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

Apa itu PKSK?

Bagi yang tidak tahu, PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Dimulakan pada tahun 2020, kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP dan SMKA serta sekolah-sekolah khusus yang lain untuk tahun 2021 akan disaring terlebih dahulu.

Semua pemohon dikehendaki menjalani ujian secara online yang dipadankan dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Hanya murid yang didaftarkan di dalam APDM layak memohon dan menjalani ujian PKSK.

Selain SBP dan SMKA?

Selain Sekolah Berasrama Penuah (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah khusus juga temasuk:

  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Semakan pusat ujian PKSK

Berikut ialah cara untuk buat semakan ujian PKSK yang bakal dijalankan di sekolah-sekolah terpilih.

  1. Layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini: https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
  2. Di ruangan Nombor MyKid/MyKad Pemohon, masukkan Nombor Kad Pengenalan anak
  3. Jika masih lagi belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, boleh sahaja masukkan sahaja Nombor MyKid
  4. Di ruangan Nombor MyKad Penjaga Utama, masukkan Nombor Kad Pengenalan ibu, bapa atau penjaga
  5. Tekan butang Klik Untuk Semak
  6. Jika anda sudah buat pendaftaran dan permohonan sebelum ini, akan akan dapat melihat paparan

Ada contoh soalan ujian PKSK?

Setelah buat semakan kelayakan PKSK, and boleh baca contoh soalan PKSK yang dikumpulkan daripada soalan-soalan UKSBP tahun-tahun sebelum ini. Namun, ini bukanlah contoh soalan sebenar. Hanyalah sekadar perkongsian semata-mata.

Bila boleh buat semakan PKSK untuk kemasukan dapat SBP atau SMKA?

Ini kami tidak pasti.

Berdasarkan pengalaman terdahulu, keputusan ujian PKSK (atau UKSBP sebelum ini) tidak pernah dikeluarkan. Pemohon hanya akan diberi surat tawaran jika layak untuk memasuki SBP atau SMKA.

Semakan PKSK yang kami tahu, hanya untuk semakan lokasi pusat ujian untuk mengambil peperiksaan PKSK secara online. Bukan semakan kemasukan SBP.

Akhir kata

Kami tahu, ramai ibu-bapa yang sangat-sangat berharap untuk memasukkan anak ke SBP dan SMKA. Berdoalah banyak-banyak.

Kita sudah usaha. Selebihnya, biarlah Allah yang tentukan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

5 Comments

  1. Hazlina Binti Mustapha Salim on

    Macamana sekiranya calon sudah mengisi borang permohonan tetapi di dalam paparan semakan mengatakan calon tidak memohon

  2. mohd syafiq densen abdullah on

    salam…. bila boleh semak / mendapat keputusan tawaran / gagal bagi kemasukan ke sekolah khusus ini?

Leave A Reply