What's Hot

    Musim-musim PKPB dan COVID-19 sebegini, ramai yang cuba cari duit lebih dengan berniaga. Kalau anda mahu cuba berniaga juga, boleh baca cara daftar Shopee Seller Malaysia seperti di bawah ini.

    Percuma sahaja, tak perlu bayar apa-apa. Yang penting kena tahu cara register dan sign-up yang betul.

    Cara daftar Shopee Seller Malaysia

    Perkongsian ini adalah yang paling ringkas menggunakan telefon bimbit.

    1. Pertama sekali, bagi anda yang belum pernah menggunakan aplikasi Shopee, anda dikehendaki mendaftar akaun anda dahulu.
    2. Mula-mula, download aplikasi Shopee di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
    3. Kemudian, selepas siap install semuanya, buka aplikasi tersebut.
    4. Anda akan tiba ke paparan utama. Untuk mendaftar atau Sign Up akaun anda, tekan butang Sign Up.
    5. Kemudian, pada ruang Mobile Number, masukkan nombor telefon anda. Tekan butang CONTINUE. Anda juga boleh sign up dengan menggunakan emel anda, ataupun dengan menggunakan akaun Facebook anda.
    6. Pada laman seterusnya, pada Username, masukkan nama yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
    7. Pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
    8. Kemudian, pada Confirm Password, masukkan sekali lagi password tadi yang anda ingin gunakan.
    9. Pada Tap To Change, anda boleh tekan untuk masukkan gambar untuk profil akaun anda.
    10. Untuk teruskan cara daftar Shopee Seller, tekan butang CONTINUE.
    11. Sign up anda berjaya.
    12. Kemudian, pada paparan utama, lihat di bahagian bawah skrin anda, dan tekan butang tab Me.
    13. Seterusnya, tengok pada bahagian atas skrin, dan tekan butang Start Selling.
    14. Kemudian, tekan butang Add Product.
    15. Pop-up box akan keluar. Terdapat tiga pilihan untuk anda upload atau muat naik gambar produk yang anda ingin jual di Shopee, sama ada melalui kamera telefon pintar anda, gambar yang telah ada dalam galeri atau simpanan memori telefon anda, ataupun gambar dari akaun Instagram. Pastikan anda tekan butang Allow untuk semua notifikasi yang akan keluar supaya aplikasi Shopee boleh mengakses gambar atau kamera anda.
    16. Cara daftar Shopee Seller memang sudah selesai. Kini, anda perlu link akaun Instagram untuk menjual.
    17. Namun ini adalah pilihan sahaja. Sekiranya anda memilih Instagram, Shopee akan membuka akaun Instagram anda yang anda gunakan untuk menjalankan bisnes anda. Pastikan anda menekan butang Authorize untuk membolehkan Shopee akses akaun anda. Kemudian, anda boleh pilih mana-mana gambar dari akaun Instagram anda untuk dimasukkan ke aplikasi Shopee.
    18. Pada mana-mana butang, anda boleh edit gambar produk anda, sama ada untuk crop, ataupun menambah effects pada gambar untuk kelihatan lebih cantik. Setelah siap, tekan butang tick yang tertera di bahagian atas sebelah kanan. Anda juga boleh meletakkan sehingga 9 gambar untuk satu jenis produk.
    19. Seterusnya, anda perlu memasukkan maklumat produk anda. Pada ruangan Product Name, masukkan nama produk anda. Panjang nama produk anda terhad sehingga ke 120 aksara sahaja.
    20. Pada ruangan Product Description and #hashtags, masukkan penerangan mengenai produk anda.
    21. Pada ruangan Category, pilih kategori produk anda.
    22. Pada ruangan Price, letakkan harga produk anda.
    23. Pada ruangan Stock, letakkan jumlah stok produk yang masih ada dan sedia untuk dijual.
    24. Pada ruangan Variations, anda boleh meletakkan kepelbagaian untuk produk anda. Sekiranya anda ingin menjual baju di Shopee, dan baju-baju ini mempunyai pelbagai saiz, anda boleh menggunakan Variations untuk meletakkan semua baju yang berlainan saiz ini di bawah satu nama produk yang sama di aplikasi Shopee. Tekan ruangan Variations.
    25. Kemudian, beberapa seksyen boleh anda isikan. Contohnya, untuk Color, anda boleh melabelkan setiap warna baju yang anda jual di situ. Tekan butang +Add untuk menambah lagi warna stok baju anda.
    26. Kemudian, pada Add image to “Color” variations, setiap warna produk anda perlulah didatangkan dengan gambar sebagai bukti untuk memudahkan pelanggan memilih. Tekan butang + pada mana-mana pilihan disitu berdasarkan label warna yang telah diletakkan pada seksyen Color. Dalam erti kata lain, sekiranya anda ada melabel warna Red pada seksyen Color, akan tertera kotak + yang berlabel Red (merah) di seksyen ini. Tekan butang itu, dan tambah gambar produk anda yang didatangkan dengan warna merah.
    27. Pada seksyen Size, letakkan label-label untuk saiz produk yang anda jual. Anda juga boleh membuang pilihan atau label yang anda buat dengan menekan link Edit yang terdapat pada setiap seksyen tersebut. Bagi anda yang tidak menjual produk yang menggunakan seksyen-seksyen sebegini, contohnya menjual produk seperti minuman kesihatan, anda boleh mengabaikan seksyen-seksyen ini.
    28. Kemudian, tekan butang Next: Set Stock and Price. Pada laman ini, anda boleh meletakkan harga dan jumlah stok semasa produk anda yang sedia untuk dijual berdasarkan Variations yang anda telah tetapkan. Misalnya, jumlah stok semasa untuk baju saiz S serta harga untuk sehelai baju saiz S tersebut.
    29. Kemudian, tekan butang SAVE.
    30. Anda telah selesai di bahagian Variations.
    31. Pada ruangan untuk Weight, sekiranya anda ingin memaklumkan kepada pelanggan mengenai berat produk anda, masukkan berat produk tersebut di ruangan ini.
    32. Kemudian, pada Condition, anda boleh memaklumkan kepada pelanggan sekiranya produk yang anda jual tersebut ialah produk baru ataupun produk lama.
    33. Seterusnya, untuk Wholesale, anda boleh meletakkan harga dan kuantiti untuk produk anda. Terdapat Min Order dan Max Order, di mana anda boleh meletakkan jumlah minimum dan maksimum kuantiti produk yang boleh dipesan oleh pelanggan anda pada satu-satu pesanan. Terdapat juga Unit Price untuk anda meletakkan harga untuk satu unit sahaja produk anda. Isi kesemuanya. Anda tidak perlu mengisi Wholesale sekiranya anda telah mengisi maklumat di bahagian Variations.
    34. Pada Packaging Size, anda boleh meletakkan saiz pembungkusan produk anda, jika perlu.
    35. Pada Shipping Fee, sekiranya anda ingin mengenakan cas penghantaran produk ini kepada pelanggan anda, masukkan jumlah cas tersebut. Anda juga boleh memilih cara penghantaran produk anda kepada pelanggan mengikut pilihan yang tertera, seperti melalui Poslaju ataupun syarikat-syarikat kurier yang lain.
    36. Pada Pre-Order, anda boleh switch on pilihan ini sekiranya proses menghantar produk anda kepada pelanggan akan memakan masa yang agak lama. Pelanggan boleh melakukan pre-order kepada anda dahulu.
    37. Sekiranya anda ingin terus menjual produk anda, switch on butang pada Publish Product. Sekiranya anda tidak ingin lagi menjual produk ini tetapi ingin menyimpan data yang telah anda isi, switch off butang ini.
    38. Switch on pada Share to Twitter sekiranya anda ingin viralkan produk anda di Shopee ini di laman Twitter.
    39. Pada Facebook Page, masukkan nama page Facebook anda yang menjual produk ini (sekiranya ada).
    40. Kemudian, tekan butang tick yang tertera di bahagian atas sebelah kanan.
    41. Proses mendaftar akaun anda sebagai seller dan juga mendaftar produk anda di Shopee telah selesai.

     

    Akhir kalam

    Semoga perkongsian cara daftar Shopee Seller khas untuk Malaysia ini dapat membantu anda. Kami doakan agar anda dapat menambah sedikit pendapatan.

    Penat memang penat kalau sudah mula menjual nanti. Cuma jangan patah semangat.

    Anda kata anda mahu jadi seorang pembeli dan beli barang di Shopee pula, baca cara daftar akaun Shopee sebagai buyer. Dan kalau mahu kerja hantar barang, jemput baca cara daftar Shopee Expres rider.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    4 Comments

    1. THAM KA KIONG on

      Goodday,

      Ivan here, I would like to register an online account for trading purposes. Thanks.

      Regards,

      Ivan
      (0127112856)

    Leave A Reply