What's Hot

    Keselamatan pengguna di jalan raya amatlah dititikberatkan oleh kerajaan Malaysia khususnya dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah kes kemalangan jalan raya di negara ini. Kadar kehilangan nyawa setiap hari adalah konsisten dan kerajaan sedang mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan dan mengelakkan hal itu daripada terjadi. Saman trafik adalah inisiatif kerajaan bagi mendisiplinkan pengguna jalan raya di samping usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Sebagai contoh sekiranya anda disaman dan anda tidak tahu cara semak saman polis, jangan risau kerana kami akan berkongsi dengan anda caranya.

    Inisiatif dan usaha kerajaan ini telah dilakukan bagi mencegah kemalangan jalan raya berlaku. Penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan peraturan had laju adalah salah satu contoh usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

    Jadi sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang dikenakan hukuman saman tetapi masih keliru tentang maklumat saman tersebut, tidak mengapa izinkan kami berkongsi dengan anda cara semak saman polis.

    Cara semak saman polis

    Sebelum ini sistem saman ini dilakukan secara manual di mana pegawai akan mengeluarkan saman secara terus kepada pesalah laku di jalan raya. Namun kerajaan Malaysia telah menaik taraf sistem saman. Kini anda boleh semak saman anda dan maklumat tentang saman anda secara online sahaja.

    Contoh nama-nama sistem saman yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia adalah Automated Enforcement System (AES) dan Automated  Awareness Safety System (AwaS).

    Contoh senarai kesalahan utama OP Selamat

    • Memandu melebihi had laju
    • Memandu di Lorong kecemasan
    • Memotong di garisan berkembar
    • Tidak mematuhi lampu isyarat
    • Menggunakan alat komunikasi semasa memandu

    Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan jalan raya tersebut akan dikenakan saman sebanyak RM 300 secara serta merta kepada mereka.

    Jadi bagaimanakah cara semak saman polis dan bagaimana untuk memastikan sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau tidak ? Kini semuanya lebih mudah dan pantas dengan sistem semakan online.

    #1 Cara semak saman polis online melalui SSO PDRM

    Cara semak saman polis ini memerlukan anda untuk melakukan semakan secara online di portal rasmi SSO PDRM.

    1. Layari SSO PDRM pada pautan ini.
    2. Buat pendaftaran baru sekiranya anda adalah pengguna baru.
    3. Log masuk
    4. Klik pada ikon Status Saman.
    5. Semakan saman boleh dilakukan ke atas nombor kad pengenalan anda atau nombor plat kenderaan anda.

     

    #2 Cara semak saman polis online melalui MyEG Services

    1. Saman anda juga boleh anda semak di laman web MyEG. Berikut adalah cara semak saman anda dengan menggunakan laman web MyEG.
    2. Layari laman web MyEG pada pautan ini.
    3. Buat pendaftaran baru untuk pengguna baru.
    4. Setelah mendaftar login menggunakan nama dan kata laluan anda.
    5. Klik pada eServices pada menu dan pilih jabatan yang berkaitan samada JPJ atau PDRM. Untuk saman AES sila pilih JPJ.
    6. Pilih pautan yang berkenaan untuk membuat semakan saman anda.
    7. MyEG juga menyediakan perkhidmatan peringatan yang akan dihantar ke email anda sekiranya ada saman baru untuk anda.
    8. Portal rasmi JPJ

     

    #3 Semakan melalui JPJ

    Cara semak saman polis yang berikutnya anda juga boleh menyemak saman pada laman web rasmi JPJ tanpa perlu anda register sebagai pengguna baru. Namun semakan di JPJ hanya akan menunjukkan saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

    1. Di bawah semakan saman klik Menu Dropdown untuk membuat pilihan carian samada menggunakan nombor ID atau nombor ID dan nombor kenderaan.
    2. Sila pilih kategori ID dan masukkan maklumat berkenaan disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
    3. Yang bertanda * bermaksud wajib diisi.
    4. Klik butang Semak.
    5. Keputusan semakan saman akan dipaparkan pada sebelah bawah tajuk Hasil Carian.
    6. Sekiranya anda masih belum jelas tentang cara menyemak saman anda dengan JPJ anda boleh rujuk di pautan ini.

     

    #4 Check online melalui Rilek

    1. Laman ini hanya boleh digunakan untuk menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.
    2. Log masuk ke laman web rasmi RILEK pada pautan ini.
    3. Sila buat pendaftaran untuk ahli baru
    4. Login menggunakan maklumat anda untuk mul.a menyemak status saman anda.

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk menyemak dan menyelesaikan saman anda yang baru ataupun yang sudah lama tertunggak.

    Semoga bermanfaat.

     

     

     

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    7 Comments

    Leave A Reply