What's Hot

    Pada masa kini terdapat banyak syarikat penghantaran yang disediakan di Malaysia dan ini merupakan kelebihan untuk kita sebagai pengguna kerana kita mempuyai kebebasan untuk memilih mana – mana syarikat penghantaran yang kita inginkan. Jadi pada hari ini kita akan membahaskan tentang salah satu syarikat penghantaran di Malaysia iaitu J&T Express. Bagi anda yang tertanta-tanya tentang cara daftar akaun J&T, kami akan kongsikan langkah-langkahnya seperti di bawah.

    J&T Express adalah sebuah syarikat penghantaran ekspres yang menggunakan teknologi moden dan beroperasi di negara asia tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. Antara kelebihan syarikat ini adalah mereka beroperasi setiap hari dan menjanjikan tempoh penghantaran yang cepat.

    Kemudian mereka juga menyediakan servis secara online untuk para pelanggan lebih mudah beroperasi dengan pihak J&T dan tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter J&T dan beratur panjang. Jadi bagaimana untuk kita menggunakan perkhidmatan J&T secara online ini?

    Pada hari ini kita akan mengulaskan dan menjelaskan kepada anda tentang cara-cara mendaftar J&T secara online ataupun atas talian.

    Izinkan kami berkongsi.

     

    Cara daftar akaun J&T (secara online)

    Berikut ialah cara untuk mendaftar akaun J&T secara atas talian (online)

    1. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu membuka laman web rasmi J&T di sini: https://www.jtexpress.my
    2.  Anda boleh guna telefon pintar, komputer riba anda atau mana mana gajet dan platform yang anda gunakan untuk daftar akaun J&T anda.
    3. Setelah anda membuka laman web tersebut, pada bahagian kanan atas anda, klik pada butang Register untuk memulakan sesi pendaftaran akaun J&T online
    4. Pada bahagian ruangan kosong tersebut anda perlu isikan nombor telefon anda
    5. Pastikan nombor telefon anda betul sebelum anda klik butang anak panah yang akan membawa anda ke halaman seterusnya.
    6. Kemudian anda akan mendapat SMS daripada pihak J&T.
    7. SMS tersebut akan mengandungi kod digit 6 angka dan anda perlu menggunakan kod tersebut sebagai pengesahan dan verifikasi bahawa nombor telefon yang anda berikan adalah milik anda dan bukan milik orang lain.
    8. Masukkan kod tersebut ke dalam ruangan kosong dan klik pada anak panah untuk ke paparan cara daftar akaun J&T yang berikutnya.
    9. Paparan berikutnya adalah di mana anda perlu isikan maklumat peribadi anda seperti:
      • Nama pengguna (username)
      • Kata laluan (password)
      • Nama penuh anda
      • Alamat e-mel anda
      • Alamat tempat tinggal
    10. Anda perlu isikan kesemua maklumat anda pada bahagian yang disediakan dan pastikan maklumat anda adalah sahih dan bukan palsu untuk kegunaan pihak J&T.
    11. Setelah anda selesai, klik pada butang Register.
    12. Setelah mendaftar anda akan dibawa semula ke halaman utama J&T dan apa yang perlu anda lakukan adalah log masuk menggunakan alama e-mel anda dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar sebentar tadi.
    13. Masukkan e-mel dan kata laluan anda dan klik pada butang Login untuk melengkapkan cara daftar akaun J&T.
    14. Setelah selesai, anda kini telah berjaya mendaftar bersama J&T, dan anda kini mempunya akaun Akaun anda ini boleh anda gunakan untuk pelbagai aktiviti.
    15. Antara aktiviti dan perkhidmatan yang boleh anda nikmati pada akaun baru anda adalah anda boleh menyemak harga shipping bersama J&T, anda boleh track and trace parcel anda dan anda boleh menyemak masa masa penghantaran akan dilakukan.

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian cara daftar akaun J&T ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Alternatif lain untuk perkhidmatan ini adalah Lalamove. Sila rujuk cara daftar Lalamove.

    Membeli membeli juga, pastikan membeli mengikut ukuran baju di badan sendiri.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply