Buat pengguna Bank Rakyat yang kehilangan PIN, pada hari ini izinkan kami untuk berkongsi dengan anda cara dapatkan TPIN Bank Rakyat dan sedikit maklumat mengenai Bank Rakyat yang perlu anda ketahui.

Cara dapatkan TPIN Bank Rakyat

Sekiranya anda terlupa atau anda kehilangan PIN Bank Rakyat anda, anda tidak akan dibenarkan untuk melakukan transaksi pada akaun bank anda.

Jika anda kehilangan PIN, anda hanya dibenarkan 3 kali percubaan sahaja. Selepas 3 kali percubaan dan anda masih tidak berjaya memasukkan PIN yang betul, maka akaun anda akan disekat buat sementara waktu.

Maka dengan itu sekiranya anda kehilangan PIN, kami sarankan anda ikuti langkah di bawah.

  1. Langkah pertama untuk anda dapatkan TPIN Bank Rakyat anda adalah anda perlu mendapatkan contact info Bank Rakyat untuk meminta ID sementara ataupun temporary ID.
  2. Antara contact info yang anda boleh gunakan adalah 1-300-80-5454 (lokal) dan +603-5526-9000 (overseas).
  3. Anda perlu dial nombor contact centre di atas.
  4. Setelah selesai dial, anda perlu meminta untuk bercakap dengan operator bank.
  5. Selepas itu, anda perlu meminta operator tersebut nombor PIN sementara anda.
  6. Anda perlu menjelaskan kepada operator bank bahawa anda kehilangan nombor PIN anda.
  7. Selesai mendapatkan PIN sementara anda, anda perlu log masuk ke laman web rasmi Bank Rakyat pada pautan irakyat.com.my
  8. Langkah dapatkan TPIN Bank Rakyat yang seterusnya adalah anda perlu klik pada “First Time Registration”.
  9. Kemudian anda perlu klik pada “Temporary ID”.
  10. Masukkan kesemua maklumat yang diminta termasuklah PIN sementara anda tadi dan teruskan mengikuti langkah dan prosedur yang disediakan untuk anda.
  11. Setelah berjaya log masuk ke akaun anda menggunakan ID sementara anda, anda perlu ke bahagian “My Profile”.
  12. Klik pada “Change Password”.
  13. Masukkan kata laluan yang baru dan anda perlu memastikan kata laluan anda adalah relevan dan senang untuk diingat agar anda tidak kehilangan kata laluan anda lagi.
  14. Selesai sudah proses mendapatkan TPIN Bank Rakyat anda.

Apa itu TPIN Bank Rakyat?

TPIN Bank Rakyat adalah pin pengesahan  6 digit yang perlu dimasukkan ke dalam mesin ATM sebelum anda log masuk ke akaun bank anda.

Apakah Tujuan TPIN?

TPIN Bank Rakyat bertujuan sebagai langkah keselamatan dan privasi akaun anda untuk memastikan individu yang melakukan transaksi pada akaun bank anda adalah diri anda sendiri.

Sekiranya anda seorang kakitangan kerajaan dan anda adalah pengguna Bank Rakyat yang ingin melakukan pinjaman peribadi bersama Bank Rakyat, kami telah sediakan artikel tentang pinjaman peribadi Bank Rakyat khas untuk kakitangan kerajaan.

Akhir kalam

Diharap agar perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan semula TPIN Bank Rakyat anda.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply