Pasti ada di antara kita yang telah lama menggunakan perkhidmatan Astro dan berhasrat untuk membatalkan langganan bersama Astro setelah sekian lama menggunakan perkhidmatannya. Namun bagaimanakah cara terminate Astro tanpa perlu ke laman web astro.com.my.
Izinkan kami berkongsi dengan anda cara terminate Astro supaya boleh kurangkan perbelanjaan bulanan.
1. Cara terminate Astro melalui email
Sebelum batalkan langganan:
- Sila pastikan anda tidak lagi terikat dengan kontrak Astro. Jika tidak, anda akan dikenakan penalti.
- Pastikan juga semua bil yang tertunggal sudah dibayar
- Sila terminate 10 hari sebelum tarikh bil anda. Contohnya, jika bil Astro adalah setiap 25 haribulan setiap bulan, sila mohon untuk menamatkan Astro pada 15 haribulan.
Jadi, jika semuanya baik, berikut ialah cara untuk terminate Astro melalui email:
- Buka aplikasi email kegemaran anda seperti Gmail
- Klik Compose
- Di ruangan From, akan automatik menggunakan email anda
- Di ruangan To, masukkan email [email protected]
- Di ruangan Subject, masukkan PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: 123456789)
- Masukkan maklumat berikut bagi memudahkan pihak Astro membuat proses memotong akaun Astro anda
- Nama penuh pemilik Astro
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor akaun Astro
- Alamat Astro dipasang
- Tekan butang Send
- Selesai
2. Contoh surat / email terminate Astro ([email protected])
Untuk membuat surat penutupan atau penamatan Astro, tak perlu nak guna Bahasa Inggeris. Cukup dengan menulis surat ringkas dalam Bahasa Melayu.
Jika menggunakan email untuk menamatkan Astro, di ruangan Subject, masukkan PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: 1234567).
[su_panel]PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin menamatkan perkhidmatan Astro.
3. Berikut adalah maklumat berkenaan akaun Astro ini:
- Nama penuh: Muhammad Azam bin Radzi
- Nombor Kad Pengenalan: 950505-10-5555
- Nombor akaun Astro: 123456789
- Alamat: 2, Jalan Kenangan 2/5, Taman Samudra Perdana, 47500, Subang Jaya, Selangor
4. Mohon pihak Tuan / Puan membuat penamatan Astro ini dengan segeran.
5. Segala kerjasa Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklum balas, sila hubungi saya di talian 012-34567890
Terima kasih.
[/su_panel]
2. Cara terminate Astro melalui panggilan ke Customer Service Centre
Kalau anda jenis malas mahu menaip, ini adalah cara untuk tamatkan langganan Astro hanya dengan panggilan telefon sahaja.
- Cara terminate Astro yang pertama adalah anda perlu membuat panggilan ke talian Astro Customer Service Centre
- Dail nombor 03-9543-3838.
- Setelah anda dial nombor tersebut anda perlu meminta untuk bercakap dengan operator.
- Setelah anda disambungkan kepada operator yang bertugas anda perlu memohan untuk menyemak baki akaun Astro anda.
- Kemudian anda perlu mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan.
- Seterusnya dapatkan maklumat tentang tarikh bil Astro anda yang seterusnya.
- Maklumat yang terakhir yang perlu anda dapatkan adalah tentang hubungan anda bersama Astro iaitu adakah anda masih dalam kontrak bersama Astro ataupun tidak.
- Selepas mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan anda perlu jelaskan terlebih dahulu baki tersebut.
- Kemudian anda jelaskan kepada operator tersebut bahawa anda berhasrat untuk terminate Astro anda.
- Cara terminate Astro yang seterusnya adalah operator akan bertanya tentang sebab anda ingin terminate Astro dan anda perlu menjelaskan sebab anda kepada operator tersebut.
- Setelah selesai, anda perlu tunggu sahaja perkhidmatan Astro anda ditamatkan.
- Akaun Astro anda akan ditutup dalam tempoh masa 24 jam.
- Semasa proses penamatan Astro pastikan anda tidak purchase sebarang channel Astro seperti Astro Best dan Astro First kerana itu akan membatalkan proses terminate Astro anda.
- Selesai sudah proses terminate Astro anda.
3. Proses potong Astro melalui cawangan Customer Service Centre
Kalau anda tinggal di kawasan bandar yang dekat dengan Astro Customer Service (CSC), boleh ikuti cara ini.
- Pergi ke mana-mana cawangan Astro CSC yang berdekatan. Rujuk senarai cawangan Astro supaya tidak perlu pergi ke lokasi yang jauh-jauh.
- Tak perlu bawa kad Astro, decoder atau dish
- Bawa badan sahaja bersama MyKad
- Scan QR Code MySejahtera di luar premis
- Ambil nombor dan tunggu sehingga dipanggil ke kaunter
- Maklumkan bahawa anda ingin tamatkan langganan Astro
- Pekerja Astro akan buat notis penamatan perkhidmatan selama 30 hari dari tarikh hari ini
- Ini bermakna, kalau anda terminate hari ini, ia tidak betul-betul ditamatkan. Anda masih lagi perlu tunggu 30 hari.
- Pekerja tersebut juga akan mengira penalti jika ada
- Maklumat pembayaran akan dicetak dan diberikan kepada anda
- Sila sahkan pengiraan yang dibuat oleh pekerja Astro dan pastikan semua maklumat adalah betul
- Bayar amaun yang dipaparkan pada helaian berkenaan tersebut melalui kiosk bayaran Astro di dalam premis tersebut
- Berikan resit pembayaran yang telah selesai kepada pekerja Astro tadi di kaunter
- Simpan resit untuk rujukan akan datang
- Selepas tamat 30 hari notis penamatan perkhidmatan Astro, juruteknik Astro akan datang untuk mengambil semua barang-barang Astro seperti kad, decoder dan piring Astro.
- Jika tidak, anda boleh simpan sebagai kenang-kenangan
- Proses terminate Astro selesai
4. Perlu ke langgan Astro lagi?
Dengan wujudnya Unifi TV, Netflix dan akan datang nanti Disney+, nampak macam Astro tidak lagi penting.
Pendapat kami, penggunaan Astro pada tahun ini masih relevan kerana Astro telah meningkatkan servis mereka dengan menambah pelbagai channel menarik dan menambah pakej menarik buat pelanggan mereka.
Antara pakej menarik adalah penambahan Astro On The Go di mana anda boleh menonton secara online sahaja. Tambahan lagi, ada banyak cerita menarik di Astro Best dan Astro First.
Sekiranya anda ingin maklumat mengenai cara daftar Astro On The Go, kami sediakan artikel mengenai panduan ringkas yang boleh anda ikuti.
Langganan untuk pakej Astro adalah secara relatifnya murah dan sangat mampu milik buat semua. Astro juga menyediakan pelbagai saluran menarik dengan pelbagai variasi saluran.
Namun sekiranya anda pengguna Astro dan ingin terminate Astro anda, ikut sahaja cara terminate Astro di atas.
Paling penting, hentikanlah tonton Astro secara haram melalui aplikasi Android.
Akhir kalam
Astro ataupun nama penuhnya iaitu All-Asian Satellite Televison and Radio Operator (ASTRO) adalah sebuah syarikat penyediaan saluran televisyen di Malaysia. Astro ditubuhkan pada 1 Jun 1996 oleh pengusaha dan usahawan di Malaysia iaitu Ananda Krishnan.
Walaupun sudah lama wujud, servis Astro masih lagi tidak memuaskan. Sekiranya hujan, saluran anda akan terganggu buat sementara waktu. Customer Service pihak Astro juga agak kurang efisyen dan ramai pelanggan melaporkan tentang servis yang agak kurang memuaskan daripada pihak customer service Astro. Disebabkan oleh itu ramai yang ingin mengetahui cara terminate Astro mereka kerana kurang puas hati dengan servis Astro.
Diharapkan perkongsian tentang cara terminate Astro ini dapat membantu anda sekiranya anda berhasrat untuk berhenti melanggan bersama Astro.
Semoga bermanfaat.
4 Comments
#The Rohani
Salam sejahtera.
Amat bermanfaat. Hari ini 21 Jun 2021 berpandukan kaedah yg dikongsi cara² untuk penutupan akaun astro saya berjaya menutup akaun astro yang telah dilanggan selama lebih 15 tahun.. Fuhh lega nya.. 💪👍
Melalui panggilan telefon ke Costumer Service, saya ikut langkah² yg diberi dan segalanya selesai dalam tempoh 13 minit. Yang penting jangan lupa catit nombor report penutupan akaun & nama operator yg bercakap. Mudah untuk buat susulan jika ada masalah kemudian Hari.
Terima kasih Admin.. 👍👍
DYNN IRHAM
Bdr Pinggiran Subang
21 Jun 2021
SAYA HANTAR EMAIL NAK TAMATKAN AKAUN ASTRO PADA 7 JULAI 2021. TETAPI JAWAPAN BALAS YANG DIBERIKAN ADALAH TIDAK BOLEH MENAMATKAN AKAUN ASTRO MELALUI EMAIL. KENA KOL CUSTOMER SERVICE.
saya berjaya membuat urusan penamatan melalui telepon. menunggu dalam 25 minit baru selesai semua urusan sehingga diberikan no rujukan penutupan. Tkasih admin
Saya nak terminate astro account dah cuba banyak kali tapi gagal daripada pihsk astro untuk batalkan account saya