What's Hot

    Setiap Bank di Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti semakan baki kepada pelanggannya. Agrobank adalah salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Namun kepada pengguna Agrobank yang masih keliru tentang cara semak baki akaun Agrobank anda, jangan risau kerana kami akan berkongsi dengan anda cara yang mudah menyemak baki akaun Agrobank anda.

    Cara semak baki akaun Agrobank

    Sebelum kita teruskan pastikan bahawa anda adalah pengguna Agrobank yang telah berdaftar dengan Agrobank kerana terdapat kaedah yang memerlukan anda untuk log masuk ke akaun Agrobank anda.

    Terdapat dua cara untuk semak baki akaun Agrobank anda:

    1. Semakan baki akaun Agrobank melalui mesin ATM

    Kepada pengguna Agrobank yang lebih selesa dengan kaedah pergi semak baki di ATM, kami sarankan anda mengikuti langkah-langkah mudah ini untuk mendapatkan baki akaun anda.

    1. Pergi ke cawangan mesin ATM Agrobank yang berdekatan dengan kawasan anda.
    2. Masukkan kad ATM anda ke dalam mesin ATM.
    3. Masukkan pula nombor PIN anda.
    4. Pada menu pilihan, anda perlu klik pada Pertanyaan Baki.
    5. Kemudian, klik pada Simpanan.
    6. Maklumat mengenai baki akaun Agrobank anda akan dipaparkan di skrin ATM .

     

    1. Semakan baki Agrobank melalui kaedah online

    Kepada pengguna Agrobank yang tidak suka untuk keluar rumah dan memandu ke ATM Agrobank yang berdekatan dengan anda, kami akan berkongsi dengan anda kaedah menyemak baki Agrobank anda secara online sahaja.

    1. Pergi ke laman web rasmi Agrobank.
    2. Masukkan nama pengguna anda ke dalam ruangan yang disediakan.
    3. Masukkan kata laluan anda.
    4. Pilih “Accounts And Banking”.
    5. Pada paparan berikutnya anda perlu klik “Deposit Accounts / Ar Rahnu Accounts”.
    6. Kemudian pilih “Account Details”.
    7. Klik butan “Go”.
    8. Maklumat mengenai baki akaun Agrobank anda akan dipaparkan di skrin anda.
    9. Selesai sudah proses semak baki akaun Agrobank anda.

    Sekiranya anda belum mendaftar sebagai seorang ahli pengguna Agrobank kami sedia untuk membimbing anda dalam proses pendaftaran anda. Ikuti sahaja langkah di bawah ini.

    1. Anda harus melayari laman web rasmi Agrobank pada pautan www.agrobank.com.my.
    2. Klik pada pilihan yang tertera “Register An Account”.
    3. Cara semak baki akaun Agrobank yang seterusnya adalah anda perlu membaca terma dan syarat yang ditetapkan.
    4. Setelah selesai membaca anda terus klik pada butang “Accept Terms & Condition”.
    5. Masukkan 16 digit nombor akaun anda.
    6. Masukkan pula nombor kad debit / kad kredit anda (ATM Card Number).
    7. Masukkan PIN anda.
    8. Setelah itu anda perlu mengisi ruang kosong dengan kod captcha yang diberi dan klik “Next”.
    9. Pilih “Security Image” yang menawan hati anda.
    10. Akhir sekali, anda hanya perlu teruskan mengisi borang sehingga selesai semuanya.
    11. Selesai sudah pendaftaran anda bersama Agrobank.

    Sekiranya anda masih tidak jelas anda boleh rujuk artikel kami tentang cara daftar Agrobank online.

     

    Akhir kalam

    Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan perbankan anda bersama Agrobank.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply