What's Hot

    Untuk meringankan beban peminjam yang terjejas akibat Covid-19 dan PKP Total Lockdown 3.0, Maybank berbesar hati untuk memberikan lanjutan moratorium. Izinkan kami berkongsi cara memohon moratorium Maybank yang boleh dipohon secara online melalui maybank2u.com.my.

    1. Siapa yang layak?

    Berikut ialah kriteria / kelayakan yang membolehkan anda melanjutkan tempoh moratorium

    • Pelanggan Maybank yang termasuk dalam kategori B40
    • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
    • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
    • Hanya untuk pelanggan yang pinjaman/pembiayaannya diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari sahaja.

    Nota: Golongan M40 juga boleh buat permohonan. Ikuti panduan ini sehingga akhir.

     

    2. Apa pilihan lanjutan moratorium Maybank yang ada?

    Berikut ialah pilihan-pilihan yang ada:

    • Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
    • Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

    Ini masih lagi tidak lengkap. Sila rujuk sini berkenaan pilihan yang ada untuk pinjaman yang berlainan.

     

    3. Kalau ambil moratorium Maybank, pinjaman bertambah tak?

    Sila ambil perhatian. Apabila anda mohon moratorium Maybank, ini akan mengakibatkan tambahan pinjaman / pembiayaan. Ini kerana jangka masa pinjaman / pembiayaan anda akan dipanjangkan atau jumlah ansuran anda akan meningkat.

     

    4. Pinjaman apa yang dibenarkan untuk moratorium PKP 3.0 ini?

    Berikut ialah senarai pinjaman yang dibenarkan:

    Mortgage, Education, ASB, SME Loan / Financing

    • Pinjaman rumah / perumahan (mortgage)
    • Pinjaman pelajaran (education)
    • Pinjaman ASB (ASB financing)
    • Pinjaman perniagaan SME (SME Loan / Financing)

    Hire Purchase

    • Pinjaman kenderaan

    Personal Loan / Financing

    • Pinjaman peribadi

    Credit Card

    • Hutang kad kredit

     

    5. Cara memohon moratorium Maybank secara online

    Berikut ialah langkah-langkah untuk buat permohonan lanjutan moratorium

    1. Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
    2. Jangan klik Back to the classic Maybank2u
    3. Gunakan terus paparan Maybank2u yang baru ini
    4. Seterusnya, lihat di bahagian bawah sekali
    5. Klik logo tangan dan hati berwarna merah yang tertulis Covid-19 Assistance
    6. Scroll sedikit ke bawah sehingga anda melihat bahagian ini:
      • For Our Individual Customers
      • For eligible B40
      • For M40 and others
    7. Pilih kategori anda
    8. Klik butang SEND EMAIL FOR TRA atau hantar terus ke [email protected]

     

    6. Contoh email / surat moratorium Maybank untuk B40

    • Email subject: B40: Request for Targeted Repayment Assistance
    • Name
    • NRIC
    • Contact number
    • Type of loan/financing (e.g. Mortgage, Hire Purchase, etc.)
    • Vehicle number (for Hire Purchase)
    • Please select your preferred TRA option and package (one for each loan/financing account) based on your loan/financing type:For Mortgage, Education and ASB Loan/Financing
        • Option 1A – Defer monthly instalment for 3 months only;
        • Option 1B – Defer monthly instalment for 3 months + pay 50% monthly instalment for the next 6 months; or
      • Option 2 – Pay 50% monthly instalment for 6 months

      For Hire Purchase

      • Option 1 – Defer monthly instalment for 3 months + extend tenure for 3 years; or
      • Option 2 – Defer monthly instalment for 3 months + extend tenure for 4 years

      For Personal Loan/Financing on fixed rate

      • Option 1 – Defer monthly instalment for 3 months; or
      • Option 2 – Pay 50% monthly instalment for the next 6 months

      For Credit Card (balance converted to Instalment Programme)

      • Option 1 – Defer monthly payment for Instalment Programme for 3 months; or
      • Option 2 – Pay 50% of monthly payment for Instalment Programme for the next 6 months

    Declaration and Terms & Conditions:

    By sending this email, I hereby confirm that I have read and agreed to the Declaration and Terms & Conditions included in www.maybank2u.com.my/covid19.

     

    7. Contoh email / surat moratorium Maybank untuk B40

    • Email subject: Request for Repayment Assistance
    • Name
    • NRIC
    • Contact number
    • Type of loan/financing (e.g. Mortgage, Hire Purchase, etc.)
    • Vehicle number (for Hire Purchase)
    • Employment status (e.g. employed, self-employed, unemployed)
    • Reason for application (please select one):
      • My salary or allowance has been reduced by 70% or more
      • My salary or allowance has been reduced by less than 70%
      • My employer is currently not operating
      • Others

    Declaration and Terms & Conditions:

    By sending this email, I hereby confirm that I have read and agreed to the Declaration and Terms & Conditions included in www.maybank2u.com.my/covid19.

     

    Akhir kalam

    Jangan risau dengan pinjaman rumah dan kereta. Insya Allah, ini dapat membantu.

    Semoga perkongsian cara memohon moratorium Maybank ini akan melegakan kerisauan anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    56 Comments

    1. Mohd Nordin Bin Awang on

      Saya ingin membuat pinjaman peribadi adakah saya layak sekiranya saya tiada pekerjaan yang tetap

    2. MAGESWARY A/P MUNIANDY on

      Saya memohon moratorium untuk kereta saya selama 3bulan sbb pendapatan saya terjejas dengan pandemikc covid-19

    3. saya kategori M40, adakah saya layak untuk moratorium hire purchase?
      Apakah maksud Option 1 – Defer monthly instalment for 3 months + extend tenure for 3 years

    4. SURESH KUMAR VISWANATHAN on

      Please advise how to apply the latest 6 Months 3.0 July 7 2021 moratorium & since the FM/PM has confirm no extra interest charge only carry forward 6 months repayment terms till end contract. Please advise the update thkq.

    5. SAKKILI BIN NASAR on

      Saya mohon moratorium untuk pinjaman asb dan kredit kad saya yg tertunggak..saya mohon moratorium..

    6. Saya telah memohon mora utk kereta tapi tdk dpt sebarang feedback dari pihak maybank even bln ni dh deduct from my account.bole banti

    7. Wan Zaldi bin Wan Abdul Rahim on

      Saya ingin memohon moratorium untuk kereta saya CDR 7930 selama 6 bulan.
      No tel: 01110554497

    Leave A Reply