What's Hot

    Untuk peniaga yang masih lagi belum buat permohonan untuk terus beroperasi semasa PKP 3.0 ini, sila ikut cara daftar MITI 3.0 seperti di https://notification.miti.gov.my/register

    Surat kebenaran MITI ini adalah penting untuk mengelakkan anda disaman oleh pihak berkuasa atas tujuan rentas negeri dan daerah.

    1. Cara daftar MITI 3.0 (Sistem CIMS)

    Sekiranya anda telah mendaftar dalam tempoh PKP 1.0 dan PKP 2.0 tempohari menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus isikan Email dan Kata Laluan untuk login.

    Jika ingin mendaftar MITI 3.0 yang baru, sila ikuti panduan di bawah.

    [su_panel]

    • Kami galakkan anda menggunakan desktop computer atau laptop, dan bukan telefon bimbit.
    • Ini kerana ada banyak maklumat yang perlu diisi.
    • Skrin yang lebih besar akan memudahkan lagi anda memasukkan maklumat bagi urusan permohonan ini.

    [/su_panel]

    1. Layari laman web rasmi MITI di sini: https://notification.miti.gov.my/login
    2. Klik butang Daftar
    3. Di sebelah kiri, anda akan lihat bahagian SOP dan Protokol bagi Kelulusan Beroperasi Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    4. Klik Senarai SOP Terkini yang dikeluarkan oleh MKN dan fahamkan betul-betul sebelum memohon
    5. Seterusnya, Tick pada “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
    6. Masukkan maklumat seperti dipinta:
      • Nama Penuh
      • Email
      • Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
      • Pilih salah satu sahaja
        • No Lesen Pengilang
        • No Pendaftaran SSM
        • No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
      • Kata Laluan
      • Ulang Kata Laluan
    7. Tekan butang Daftar
    8. Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
    9. Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk video YouTube di bawah ini

     

    2. Cara register MITI 3.0 (video)

    Berikut ialah cara untuk daftar CIMS 3.0 yang rasmi dari MITI.

    Walau bagaimanapun, jika sudah mendaftar sebelum ini, boleh terus login MITI melalui CIMS 3.0 dan print surat kebenaran MITI untuk rentas negeri dan daerah.

     

    3. Ada masalah untuk buat registration CIMS 3.0?

    Sekiranya anda mengalamai kesukaran untuk mendaftar, boleh hubungi Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii) di [email protected]

    Walau bagaimanapun, pertanyaan kepada Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii) hanyalah berkaitan dengan isu teknikal portal MITI CIMS 3.0 sahaja; dan bukan berkenaan kelulusan permohonan surat kebenaran.

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian cara daftar MITI 3.0 ini akan memudahkan lagi urusan bisnes anda. Teruskan jaga SOP walau di mana anda berada.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    3 Comments

    1. NORHISHAM BIN A KARIM on

      Assalamualaikum Tuan, ingin bertanya, untuk dapatkan surat kebenaran MITI, semua pekerja perlu mendapat vaksin yang lengkap ke?

    2. Sekaran a/l M Nagamuthu on

      mohon maaf tuan ,saya sudah buat rayuan,untuk dapatkan surat kebenaran MITI ,Surat Kelulusan PBT telah di sertai bersama ,tetapi belum lagi dapat jawapan lagi.

    Leave A Reply