Bagi anda golongan B40 yang baru sahaja mendapat kad SIM YES percuma, anda perlu activate dahulu sebelum boleh menggunakannya. Jadi, izinkan kami kongsikan cara aktifkan SIM YES Prepaid ini dengan langkah-langkah yang ringkas.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara aktifkan SIM YES Prepaid

Berikut ialah panduan untuk mengaktifkan SIM YES prepaid:

  1. Layari laman web rasmi YES di sini: https://activate.yes.my/selfactivation
    • Untuk makluman, https://activate.yes.my/selfactivation tidak lagi aktif
    • Sila gunakan link yang kami berikan tadi
  2. Akan ada dua pilihan di sini:
    • Aktifkan kad SIM yang saya telah memohon secara atas talian
    • Aktifkan kad SIM yang telah saya terima secara fizikal
  3. Pilih salah satu seperti yang dinyatakan di atas
  4. Masukkan Order Number / Nombor Pemesanan anda
  5. Masukkan Nombor Mudah Alih Yes anda
  6. Tekan butang Activate / Aktifkan
  7. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai

 

2. Kenapa SIM YES No Service?

Apabila terpapar No Service, ini bermakna tidak ada line. Anda hanya boleh buat panggilan emergency call sahaja. Contohnya, hanya boleh buat panggilan ke 999 atau 994.

Kenapa ini berlaku?

Ada beberapa kemungkinan ini berlaku:

  • Anda tidak layak menggunakan SIM YES promosi
  • Salah masukkan kad sim, mungkin terbalik
  • Salah masukkan kad sim ke slot yang sepatutnya, seperti slot 1 atau 2
  • Handphone memang tak support
  • Handphone hang

 

Macam mana nak selesaikan masalah SIM YES No Service?

Jawapannya seperti di bawah:

  • Jika anda beli SIM YES di Shopee berharga RM1, anda mestilah seorang pengguna yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  • Jika anda seorang pelajar dan berumur kurang daripada 18 tahun, sila gunakan pelan khas dari Yes 4G iaitu:
    • Learn From Home Free Phone Initiative – percuma telefon untuk anak golongan B40
    • YES Online Prepaid Sim Card for Learn From Home Education Programme – kad sim percuma dengan data 40GB
  • Masukkan semula kad sim mengikut model telefon tersebut dengan berhati-hati
  • Pastikan telefon anda memang support kad sim YES
  • Restart semula telefon anda

 

3. Ada masalah untuk aktifkan kad sim YES 4G Prepaid?

Jika anda masih lagi tidak berjaya mengaktifkan SIM YES, boleh hubungi customer service Yes Care seperti nombor tertera:

  • 018-333 0000
  • Waktu panggilan dari 8 pagi – 11 malam setiap hari
  • Termasuk hari minggu dan cuti am
  • Panggilan dari nombor YES adalah percuma

Anda juga boleh hantar email ke [email protected]

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian topik teknologi mengenai cara aktifkan SIM YES 4G ini akan memudahkan lagi urusan pembelajaran anda.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

3 Comments

Leave A Reply