Sekiranya anda sudah daftar Bank Muamalat untuk menggunakan Internet banking yang disediakan percuma, anda boleh melakukan pelbagai transaksi seperti menyemak baki secara online. Jadi, izinkan kami berkongsi cara semak baki akaun Bank Muamalat secara online melalui i-muamalat.com.my.
1. Cara semak baki akaun Bank Muamalat Internet banking (i-muamalat.com.my)
Berikut ialah cara untuk buat semakan baki duit dalam akaun Bank Muamalat secara online:
- Layari laman web rasmi Bank Muamalat online banking di sini: https://i-muamalat.com.my
- Isikan ruangan Username
- Tekan butang Next
- Akan terpapar gambar yang anda pilih semasa pendaftaran tempohari
- Jika gambar tersebut adalah betul, tick Yes, this is my chosen image
- Isikan ruangan Password
- Tekan butang Login
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan dibawa ke dashboard sistem perbankan Bank Muamalat
- Klik My Accounts di menu bahagian atas
- Klik Accounts Summary
- Baki akaun Bank Muamalat anda akan terpapar di sini
- Selesai
2. Cara semak baki akaun Bank Muamalat guna aplikasi -Muamalat Mobile
Aplikasi ini adalah untuk pengguna iPhone dan Android.
- Install dan download i-Muamalat Mobile melalui Apple App Store atau Google Play Store
- Buka aplikasi i-Muamalat Mobile
- Isikan User ID
- Isikan Password
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam sistem Internet banking Bank Muamalat
- Seterusnya, anda terus nampak Accounts Summary yang menunjukkan semua jenis akaun yang anda ada dengan Bank Muamalat, contohnya:
- Current Account
- Savings Account
- FTA-i Account
- Financing Account
- Lihat Current Balance atau Available Balance mengikut jenis akaun anda
- Selesai
[su_panel]
Current Balance ialah baki jumlah duit yang masih lagi dipegang oleh bank dan belum masuk lagi ke dalam akaun anda
Available Balance ialah baki jumlah duit yang anda boleh keluarkan sekarang
[/su_panel]
3. Bolehkah buat semakan baki akaun Bank Muamalat melalui SMS?
Kami telah membuat carian di Google dan laman web rasmi Bank Muamalat untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.
Namun, tidak menjumpai langkah-langkah untuk menyemak baki akaun menggunakan SMS.
Kami sarankan anda gunakan kaedah semakan secara online seperti yang dikongsikan di atas.
4. Ada masalah untuk check balance di i-muamalat.com.my?
Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk semak baki akaun Bank Muamalat, boleh hubungi Customer Service di talian berikut:
- 03-2600 5500
- Talian ini dibuka setiap hari, 24 jam sehari, termasuk cuti umum
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara semak baki akaun Bank Muamalat secara online di pbebank.com dan menggunakan aplikasi i-Muamalat Mobile ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
baki akaun saya