Waktu pandemik ini merupakan situasi yang amat mencabar bagi seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia. Bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan dan usaha membendung wabak Covid-19, pihak Maybank telah memperkenalkan sistem temujanji online bermula 2 Jun 2021.
Mari sama-sama kita melakukan langkah selamat dengan menggunakan pilihan yang lebih baik pada waktu-waktu yang sukar ini.
Izinkan kami berkongsi.
1. Urusan apa perlu booking temujanji Maybank?
Ini adalah jenis-jenis perkhidmatan yang boleh dibuat untuk booking temujanji di Maybank:
- Pembukaan akaun bank, kad debit, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun.
- Online banking, pengaktifan pembukaan akaun online.
- Kad kredit, pelaburan, insurans, pinjaman, dan pembiayaan.
- Deposit tetap dan ASNB.
- Urusan niaga perbankan dan perkhidmatan kaunter lain.
- Sewa beli dan urusan kenderaan.
- Simpanan premium.
- Pinjaman dan pembiayaan SME.
2. Cara buat appointment atau temujanji online di EzyQ Maybank
Anda boleh muat turun aplikasi MAE melalui Google Play Store dan Apple App. Berikut merupakan cara-cara untuk booking temujanji Maybank online di EzyQ melalui aplikasi MAE:
- Buka aplikasi MAE di telefon pintar.
- Pada laman Home, sila tekan bahagian More.
- Cari icon Maybank EzyQ.
- Tekan icon Maybank EzyQ.
- Anda akan dibawa ke laman Make An Appointment.
- Tick pada bulatan jenis perkhidmatan yang ingin dilakukan untuk booking temujanji.
- Sila lengkapkan maklumat yang diminta seperti di bawah:
- State (Negeri)
- District (Daerah)
- Branch (Cawangan)
- Address (Alamat)
- Date Of Appointment (Tarikh Temujanji)
- Preferred Time (Waktu Yang Sesuai)
- Name (Nama)
- ID Type (Nombor Kad Pengenalan/Passport)
- Contact Number (Nombor Telefon)
- Email (E-mel)
- Tick pada kotak I’m Not A Robot untuk pengesahan.
- Tekan butang SUBMIT.
- Booking temujanji anda telah selesai.
- Sila semak E-mel pengesahan anda untuk Nombor Rujukan temujanji.
- Pastikan anda screenshot Paparan Temujanji anda untuk rujukan. (Jika perlu)
- Selesai
PERHATIAN
- Apabila sampai di cawangan, sila tunjuk Nombor Rujukan kepada staf untuk temujanji anda.
- Wanita hamil, warga emas, dan OKU akan terus diberi keutamaan perkhidmatan dan layanan khas walaupun tanpa temujanji.
- Anda boleh booking temujanji Maybank online tanpa perlu Mendaftar atau Login akaun.
3. Cara booking temujanji Maybank melalui Maybank2u
Jika ada di antara anda yang tidak mempunyai aplikasi MAE, anda juga boleh booking temujanji Maybank melalui laman web Maybank2u. Ikuti cara-cara di bawah:
- Layari laman web rasmi Maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my.
- Tekan pada bahagian EzyQ.
- Anda akan dibawa ke laman Make an Appointment.
- Sila tanda pada bulatan urusan yang diperlukan.
- Masukkan maklumat yang diminta seperti di bawah:
- State (Negeri)
- District (Daerah)
- Branch (Cawangan)
- Address (Alamat)
- Date Of Appointment (Tarikh Temujanji)
- Preferred Time (Waktu Yang Sesuai)
- Name (Nama)
- ID Type (Nombor Kad Pengenalan/Passport)
- Contact Number (Nombor Telefon)
- Email (E-mel)
- Tanda pada kotak CAPTCHA untuk tujuan sekuriti.
- Tekan pada butang SUBMIT.
- Tahniah, urusan temujanji Maybank online anda telah berjaya.
- Anda akan menerima E-mel Pengesahan untuk Nombor Rujukan temujanji.
- Semak e-mel anda.
- Sila screenshot Nombor Rujukan atau Paparan temujanji anda untuk backup. (Sekiranya perlu)
- Selesai
PERHATIAN
- Cara booking temujanji Maybank online adalah sama untuk aplikasi MAE dan website Maybank2u.
4. Macam mana nak cancel appointment Maybank?
Jika anda tidak boleh hadir temujanji pada tarikh yang sudah ditempah, sila ikuti cara-cara di bawah untuk tujuan penjadualan semula atau batalkan temujanji anda.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Layari laman web Maybank EzyQ di sini: https://www.maybank.my/ezyq.
- Klik Manage.
- Anda akan dibawa ke laman Manage Your Appointment.
- Isi Nombor Rujukan yang telah dihantar melalui E-mel.
- Tick pada kotak I’m Not A Robot.
- Tekan SUBMIT.
- Ringkasan maklumat Manage Your Appointment akan dipaparkan.
- Sila pilih butang Change untuk menjadualkan semula.
- Pilih Cancel untuk pembatalan temujanji.
- Selesai
5. Maklumat lanjut Maybank EzyQ
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau memerlukan bantuan untuk penggunaan Maybank EzyQ, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.
Anda juga digalakkan untuk melakukan transaksi perbankan melalui saluran digital Maybank bagi keselamatan anda.
Akhir kalam
Semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan kepada anda. Diharapkan penulisan ini juga membantu mempermudahkan urusan anda membuat temujanji Maybank online.
Semoga bermanfaat.
16 Comments
sya nk buka buku bank baru untuk kerja
Kad kredit
nak tukar kad tamat tempoh
Kenapa tak boleh klik tarikh temujanji
nak buka buku akaun mybank
Nak tukar kad nombor kad tak jelas
Nak buat akaun baru GO MARKET
saya nak buka buku akaun mybank untuk kerja supaya memudahkan , suda buat temujanji tapi full…balasan dari pihak encik/puan amat saya hargai
mohon untuk pembukaan akaun persatuan.
NAK TUKAR KAD ATM(DEBIT) DI BRANCH MERLIMAU TAPI FULLY BOOKED, MACAM MANA NAK BUAT?
Saya nak buat pertukaran no telefon..tapi tak boleh buat appointments
Lupe nk screenshot atau save no reference… so xtau nk backup mcm mne
16 FEBRUARI 2022
NAK GI AMBIK DUIT BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI SEKOLAH PENGKALAN CHEPA
NOTE 100 SBYK 379 KEPING
NOTE 50 SBYK 379 KEPING
On 7th February 2022, time : 6.38 am, branch 12026 Kajang, trans no : 0181, i did bank in a cheque no: 000085, until today still not receive any transaction and floating day from my account. Please advise
I want to make appoiment for pay ansuran
Tidak boleh klik tarikh temujanji