Sistem temujanji JPJ yang akan kami kongsikan ini adalah mengikut negeri. Agak pelik kerana pihak JPJ tidak menyediakan satu sistem bersepadu untuk kesemua cawangan yang ada.

Usah membebel panjang. Kami kira, mereka buka sewaktu PKP ini juga sudah cukup baik.

Izinkan kami berkongsi.

1. Apa beza buat temujanji JPJ dengan temujanji Pos Malaysia?

Bagi yang tidak tahu, selain membuat temujanji dan berususan di JPJ, anda juga boleh membuat temujanji JPJ online melalui Pos Malaysia.

Bezanya:

  • Jika buat janjitemu JPJ, anda perlu buat urusan-urusan berkaitan di JPJ sahaja
  • Dan jika buat janjitemu online melalui Pos Malaysia, anda hanya membuat urusan JPJ di Pejabat Pos yang dipilih sahaja.

Apa-apa pun, kedua-duanya memerlukan anda book appointment terlebih dahulu. Tak perlu cuba-cuba nasib untuk hadirkan diri dan berharap dengan muka kasihan.

 

2. Apa urusan JPJ yang boleh dibuat di kaunter?

Semasa membuat temujanji JPJ online, anda boleh memilih beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di lokasi JPJ yang dipilih. Tidak semua lokasi mempunyai perkhidmatan yang anda mahu.

Antara yang popular ialah Bahagian / Unit berikut:

  • Bahagian / Unit Pelesenan Pemandu
  • Bahagian / Unit Pelesenan Kenderaan
  • Bahagian / Unit Penguatkuasa

Dan perkhidmatan yang ditawarkan, tertakluk kepada lokasi, adalah seperti berikut:

  • Renew lesen, roadtax dan dan renew insurans sekaligus
  • Renew lesen memandu
  • Renew lesen GDL
  • Perbaharui cukai jalan
  • Pembayaran saman JPJ
  • Pendaftaran ID Awam mySIKAP
  • Saman semula / pindaan tarikh mahkamah / senarai hitam
  • Pendakwaan
  • Pemeriksaan kenderaan
  • Tuntutan kenderaan sita
  • Urusan aduan dan siasatan / temusiasat
  • Urusan pemeriksaan kenderaan
  • Cetakan LKM/VOC
  • e-Hakmilik
  • Interchange
  • Pembaharuan LKM
  • Pembaharuan LKM perdagangan
  • Pendaftaran kenderaan
  • Perkhidmatan kios
  • Permohonan maklumat kenderaan
  • Permohonan permit perjalanan sementara
  • Salinan LKM/VOC bagi syarikat
  • Tukar enjin / pindaan maklumat kenderaan
  • Tukar milik bukan sukarela / perdagangan
  • Tukar milik kenderaan persendirian
  • Urusan kenderaan perkhidmatan awam / kenderaan barangan

 

 

2. Cara buat temujanji JPJ mengikut negeri

Kami tidak akan memperincikan cara untuk membuat temujanji JPJ satu persatu. Ini kerana terlalu banyak untuk dibuat panduan. Maka, kami akan senaraikan sahaja link untuk membuat janjitemu JPJ.

JPJ Selangor

JPJ Selangor menggunakan satu pautan Google Site  yang menghimpunkan kesemua perkhidmatan di semua cawangan.

Pautan ini mempunyai pautan individu untuk setiap perkhidmatan yang boleh buat temujanji di cawangan berikut:

  • Shah Alam
  • Petaling Jaya
  • Bangi
  • Banting
  • Kuala Kubu Bahru
  • Sabak Bernam
  • Kuala Selangor
  • UTC Selangor

Waktu urusan di kaunter di seluruh cawangan negeri Selangor adalah dari hari Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 4.00 petang

https://www.facebook.com/jpjsel/

 

JPJ Kuala Lumpur

Setiap cawangan JPJ Kuala Lumpur mempunyai pautan tersendiri:

JPJ Putrajaya

JPJ Putrajaya tidak menawarkan pautan untuk membuat janjitemu. Anda perlu menelefon nombor berikut:
03-88811705

 

JPJ Pahang

JPJ Pahang menggunakan satu pautan sahaja.

https://sto.iactims.my/index.php?lang=bm

Pautan ini boleh digunakan untuk temujanji di cawangan berikut:

  • Kuantan
  • Muadzam Shah
  • Bentong
  • Temerloh
  • Jengka
  • Cameron Highlands
  • Raub
  • UTC Kuantan

 

JPJ Kelantan

JPJ Kelantan menggunakan satu pautan sahaja.

https://www.picktime.com/temujanjijpjkelantan

Pautan ini boleh digunakan untuk temujanji di cawangan berikut:

  • Kota Bahru
  • Machang
  • Gua Musang
  • UTC Kota Bharu

Waktu urusan:
Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 4.00 petang
Khamis : 9.00 pagi – 3.00 petang

JPJ Terengganu

JPJ Terengganu menggunakan satu pautan sahaja.

https://www.picktime.com/jpjterengganu

Pautan ini boleh digunakan untuk temujanji di cawangan berikut:

  • Kuala Terengganu
  • Kemaman
  • Besut
  • UTC Terengganu

Waktu urusan:
Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 4.00 petang
Khamis : 9.00 pagi – 3.00 petang

 

JPJ Melaka

https://egate.jpj.gov.my/temujanji

 

JPJ Perak

https://mylink.la/jpjperak

  • Ipoh
  • Gerik
  • Seri Manjung
  • Teluk Intan
  • Taiping
  • Tapah

 

JPJ Kedah

https://temujanjijpj.club

  • Kulim
  • Sungai Petani
  • Anak Bukit
  • Pulau Langkawi
  • Baling

Waktu urusan:
Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 4.00 petang
Khamis : 9.00 pagi – 3.00 petang

 

JPJ Pulau Pinang

https://jpjkapp.home.blog

 

JPJ Perlis

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScR5uY4yxozPg_86hQzDqN5RUiKPQQmDMDex7gc66vuKBkIlQ/closedform

 

JPJ Johor

Untuk negeri Johor, setiap cawangan mempunyai pautan tersendiri:

Waktu urusan:

Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 4.00 petang
Khamis : 9.00 pagi – 3.00 petang

 

JPJ Negeri Sembilan

Sama seperti negeri Johor, setiap cawangan JPJ di Negeri Sembilan mempunyai pautan tersendiri:

 

JPJ Sabah

Berikut ialah pautan untuk buat appointment JPJ Sabah:

Anda boleh buat janjitemu untuk cawangan-cawangan berikut:

  • Bundusan
  • Tuaran
  • Papar
  • Ranau
  • Kota Belud
  • Kota Marudu
  • Kudat
  • Tenom
  • Sipitang
  • Beaufort
  • Keningau
  • Tambunan
  • Tawau
  • Sandakan
  • Semporna
  • Lahad Datu

 

JPJ Sarawak

 

JPJ Labuan

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc7LVbci1DdHCAhUXzabV0QS9GCjneoVeTsvUsLygWN021Dcw/closedform

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji JPJ secara online ini akan memudahkan urusan anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh buat temujanji melalui Pos Malaysia online untuk urusan-urusan JPJ seperti renew lesen dan roadtax.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

2 Comments

Leave A Reply