Selain MITI yang membenarkan sektor perkilangan beroperasi melalui notification.miti.gov.my, sektor logistik tidak dianaktirikan. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) boleh memberikan pengesahan permohonan pengoperasion bagi syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan komersial melalui sistem SMILE di application.mot.gov.my
1. Syarikat logistik / logistik apa yang dibenarkan beroperasi?
Berikut ialah senarai syarikat yang dibenarkan untuk terus beroperasi dalam tempoh Total Lockdown 2021 ini:
- Pengangkutan Udara/Darat/Maritim
- Pelabuhan
- Freight Forwarder
- Ejen Kastam
- Ejen Perkapalan
- Kren
- Pergudangan
- Servis kepada Bot dan Pelabuhan
- Perkhidmatan Sewa Kenderaan
2. Kenderaan perdagangan / komersil apa yang dibenarkan beroperasi?
Berikut pula ialah senarai kenderaan yang dibenarkan untuk terus beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 ini:
- Lori dan haulier
- Bas
- Teksi
- Courier
3. Industri / kedai apa yang bukan di bawah bidang kuasa MOT?
- Bengkel Kereta
- Pembinaan
- Peniaga makanan
- Kedai runcit
- Perladangan dan Komoditi
- Pertanian
- Kejuruteraan
4. Cara buat semakan status SMILE di application.mot.gov.my
- Layari laman web rasmi MOT di sini: https://application.mot.gov.my
- Lihat paparan Semakan Status
- Masukkan Nombor Pendaftaran Syarikat di ruangan yang disediakan
- Anda boleh menggunakan ketiga-tiga format nombor syarikat dari SSM
- Contohnya, jika nombor syarikat Sdn Bhd anda ialah 1234567-V anda boleh isikan salah satu:
- 1234567V
- 1234567-V
- 202012345678 (Format terbaru SSM)
- Tekan butang Semak
- Jika mendapat kebenaran atau tidak, anda akan melihat paparan yang menyatakan kelulusan
- Jika syarikat anda tiada rekod dengan MOT, anda anda melihat ralat ini “Rekod syarikat tidak wujud. Sila pilih salah satu industri yang berkaitan dengan anda seperti di bawah”
Akhir kata
Menurut MOT, mana-mana syarikat yang telah mendapat kebenaran untuk beroperasi melalui SMILE di application.mot.gov.my, anda boleh muatnaik surat untuk PKP yang akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 mulai jam 9.00 malam, 30 Mei 2020 melalui ruang Semakan Status.
Teruskan menjaga SOP.
12 Comments
Assalamuaalaikum salam sejahtera.
Hari ni sudah memasuki 5 hari kita rakyat Malaysia mengalami fasa “LOCKDOWN” kesan dari fasa pkp lockdown
banyak urusan kami tergengdala kerana hingga kini surat kebenaran yang syarikat kami pohon pada 31/5/2021 hingga
kini masih dalam process.
Saya telah hubungi talian customers service tp dimaklumkan saya kena hantar permohonan serta documents2 berkaitan serta
pengesahan yang permohonan saya dalam process. Email telah saya hantar pada hari kHAMIS 3/6/2021 TETAPI DUKACITA DIMAKLUMKAN EMAIL (SMILE) TELAH PENUH? Bagaimana ini terjadi ? Berapa lama saya kena menanti SURAT KEBENARAN dari pihak Tuan? Kerana kelewatan process dari pihak tuan , banyak urusan saya terganngu & tergendala..SIAPA NAK TANGGUNG?
Saya berharap tolonglah perhatin akan nasib kami yang terlalu mengikut kehendak pihak tuan tapi bila kami ikut prosidure yang diarahkan pihak tuan pula melewatkan permohonan kami. Harap sangat2 permohonan saya ini akan mendapat response segera dr pihak tuan. Dah cukup kami dok makan tido tanpa ada pendapatan yang masuk.
Terima Kasih…
Menyusahkn la…kn ambik dgn pdrm kn snang..lg pn pdrm yg trdekat sahaja mngetahui betul atau tidak sesuatu prmohonnan…pikir la sndiri..dh bratus kali cuba xdpt2…dlm negeri je kut bkn luar negara
saya sdh byk kali cuba tp semua nya dalam proses ,bila nk selesai proses tu, saya ada jg pergi ke kementerian pertanian asas tani mmg cpt dia org surat,
Dia cakap luar bidang kuasa mot.
Saya pemandu lori di mana lagi saya boleh mohon
Tolong saya
MACAMANA HENDAK KEMASKINI MOT
Kami mendaftar mot tetapi result kami gagal. kali kedua kami mendaftar tapi masih kami dapat keputusan daftaran gagal.
MENGAPAKAH KAMI TIDAK BOLEH MENDAFTAR BALIK MOT?
Assalamualaikum.sy pemandu taxi sekarang dah mohon tapi gagal tolong tunjuk ajar MCM mn caranya susah lah kalo nk cari makan dengan taxi tapi surat mot tidak lulus
saya pon sama mohon surat mot pon keputusan gagal juga…macam mana nk apply baru surat mot??
kenapa keputusan saya gagal
can’t login into application.miti.gov.my
can’t login into portal application.miti.gov.my
how to update travel letter PKP 3.0?