What's Hot

    e-Syariah (esyariah.gov.my) ialah portal rasmi yang menyediakan akses kepada maklumat dan perkhidmatan berkaitan undang-undang Syariah di Malaysia. Ia membolehkan orang awam membuat semakan status perkahwinan, perceraian, dan kes-kes Mahkamah Syariah secara dalam talian, serta memudahkan proses pra-pendaftaran dan permohonan berkaitan. Portal ini meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran institusi kehakiman Syariah.

    Sebelum melangsungkan perkahwinan, adalah penting untuk mengetahui latar belakang pasangan anda dengan lebih mendalam. Ini termasuklah status perkahwinan mereka sama ada masih bujang, sudah berkahwin, atau pernah bercerai. Kini, anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan mudah melalui semakan status perkahwinan di portal esyariah.gov.my.

    Bagaimanakah Cara untuk Menyemak Status Perkahwinan di esyariah.gov.my?

    Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan status perkahwinan melalui portal E-Syariah:

    1. Layari laman web rasmi E-Syariah di www.esyariah.gov.my.
    2. Pilih ruangan “SEMAK STATUS KES”.
    3. Pilih “Mal” (penerangan berkenaan Mal ada di bahagian seterusnya).
    4. Masukkan nombor kad pengenalan pasangan anda dengan format yang betul (contoh: 770803-14-5555).
    5. Klik butang “Cari”.
    6. Pastikan maklumat peribadi yang dipaparkan adalah betul.
    7. Keputusan carian berkenaan status perkahwinan akan dipaparkan, termasuk nombor kes, status, dan tarikh bicara (jika berkenaan).

    Bolehkah Membuat Semakan Status Perceraian di esyariah.gov.my?

    Ya, selain daripada status perkahwinan, anda juga boleh membuat semakan status perceraian melalui portal esyariah.gov.my. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status perceraian dan tarikh bicara:

    1. Layari laman web rasmi E-Syariah di www.esyariah.gov.my.
    2. Pilih ruangan “SEMAK STATUS KES”.
    3. Pilih “Mal” (penerangan berkenaan Mal ada di bahagian seterusnya).
    4. Masukkan nombor kes (jika ingat), contohnya: 10000-051-0027-2020. Jika tidak ingat, masukkan nombor kad pengenalan dengan format yang betul (contoh: 770803-14-5555).
    5. Klik butang “Cari”.
    6. Pastikan maklumat peribadi yang dipaparkan adalah betul.
    7. Keputusan carian berkenaan status perceraian dan tarikh bicara (jika berkenaan) akan dipaparkan.

    Apakah Maksud Kes MAL dalam Portal esyariah.gov.my?

    Kes MAL merujuk kepada tuntutan yang dibuat di Mahkamah Syariah berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap suatu pihak yang lain. Ia selalunya melibatkan kes-kes tuntutan dan permohonan, bukan kes-kes jenayah.

    Antara jenis-jenis kes di bawah pengkelasan MAL termasuklah:

    • Rayuan dan permohonan kebenaran merayu
    • Permohonan tegahan/injunksi membawa anak keluar Malaysia atau terhadap gangguan
    • Permohonan pengesahan taraf anak, waqaf, nazar, perintah nikah, kebenaran poligami
    • Tuntutan fasakh, anggapan mati, muta’ah, harta sepencarian, nafkah (isteri, anak, pihak tak upaya), hadhanah
    • Permohonan pembubaran perkahwinan sebab pertukaran agama, wali enggan/hakim, kebenaran nikah bawah umur
    • Tuntutan pengesahan cerai, perceraian, khuluk/tebus talak, cerai taklik, sabitan nusyuz
    • Permohonan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah mahkamah, perintah menghina mahkamah
    • Permohonan pengesahan wasiat, hibah, sabitan nasab/ahli waris, keluar Islam

    Semakan status perkahwinan dan perceraian melalui portal esyariah.gov.my dapat membantu anda mendapatkan maklumat penting berkenaan latar belakang pasangan sebelum melangsungkan perkahwinan. Ini dapat mengelakkan sebarang masalah atau penipuan yang mungkin timbul pada masa hadapan.

    Sekiranya anda masih mempunyai sebarang keraguan, dapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman atau lakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah SWT. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat berkenaan perkahwinan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    62 Comments

    1. Kamarizal Kamarizal on

      Saya tidak tahu status saya sekarang..saya pernah berkahwin..tapi empat tahun sudah tidak bersama

    2. Kamarizal bin mohamed ibrahim on

      Saya tidak tahu status saya sekarang..saya pernah berkahwin..tapi sudah tidak bersma lebih kurang empat tahun

      • Sy nk tahu status sy skrg masih bujang atau dh berkahwin.
        Sebab sy pernah berkahwin di thailan tp suami sy belum mendaftahan perkahwinan kmi di malaysia
        Adakah sy masih bujang atau dh berkahwin

    3. Rohayah binti abdul rahim on

      Sy nk tahu status sy skrg masih bujang atau dh berkahwin.
      Sebab sy pernah berkahwin di thailan tp suami sy belum mendaftahan perkahwinan kmi di malaysia
      Adakah sy masih bujang atau dh berkahwin

    4. Suzana binti abdullah on

      Macammana cara utk saya mendapatkan sijil cerai d johor bahru ya..saya sudah sah becerai pd 6julai2020..d johor bahru..saya ingin kan sijil itu ursan documentasi yg lain2..seperti memohon segala bantuan memerlukan sijil pengesahan tersebut..bantulah saya..

    5. Suzana binti abdullah on

      Saya kini d kuala lumpur..memandangkan kes covid n pkpd skg ni segala urusan utk balik ke jb tergendala..selama setahun saya tidak dpt mengambil sijil cerai tersebut..apa yg patut saya lakukan..semua no talian d pejabat agama jb telah saya hubungi..namun tiada jawapan..saya juga tidak tahu waktu pejabat agama beroperasi ..

    6. Prema A/P kumaran on

      Saya tidak tahu status saya sekarang… Saya sudah sah becerai pd 16 November 2017. Saya ingin kan sijil itu.. Urusan documentasi yang lain2.. Seperti memohon segala bantuan memerlukan sijil.. Pengesahan tersebut.. Bantuah saya..

    7. mohd hafis zainal abidin on

      saya menghadapi masalah yang sama. bagaimana cara mudah untuk mendapatkan sijil cerai.memandangkan keadaan situasi semasa dan jabatan agama yang mengunakan sistem e temujanji yang sentiasa penuh untuk setiap urusan. sehingga terpaksa tangguh tarikh perkahwinan yang telah disubmit di sppim.

    8. Norhamizah Mohd Yazid on

      Assalamualaikum saya nak tanya kalau bulan ni patut suami bagi duit gaji tapi alasannya tak dapat bolehkah saya tuntut fasakh…

    9. Macam mana nak check status suami? Sebab saya dapat tahu dia berkahwin lain tanpa izin saya. Info yang saya dapat dia tunjuk sijil nikah dari malaysia. Boleh beri info macam mana saya nak check status tu ya.

    10. Saya nak tahu status saya sekarang, sebab 3 tahun yang lalu istri saya cerai sama saya dan waktu itu saya masih di penjarakan di thailand .

    11. ROZIAH BTE EBIN on

      Slm kalau suami tidak bagi nafkah selama 3 bulan..
      Apa lah suami tu bersalah pada isteri..maksud tidak bertanggujawab..

    12. ROZIAH BTE EBIN on

      Slm kalau suami tidak bagi nafkah selama 3 bulan..
      Apa lah suami tu bersalah pada isteri..maksud tidak bertanggujawab..

    13. Izhar Anuar Bin Zakaria on

      Saya berkahwin dan bercerai di pulau Pinang tahun 2009.
      Saya berhijrah di Pahang dan bekerja hingga tahun ini 2022. Saya nk mohon dn check No sijil cerai dn surat cerai secara online.

    14. MOHD FAIZULLAH BIN ABD SHUKOR on

      Saya nk minta salinan sijil cerai utk beri pada LHDN utk bust rayuan BKM 2022…bagaimana caranya… ( 850907-02-5355 ) ini no K/P Saya ….( 770717-03-6248 )
      Ini no K/P bekas isteri saya..
      Tolong ye

    15. Seri hastutik binti selamat on

      assalamualaikum..saya dah buat kes tuntan fasakh ,cerai ni ..ada ke saya ni dah De cerai atau belum…saya surat angkat sumpah,surat tuntutan fasakh ..lepas saya ada dapat surat cerai ..clour kuning ..saya status bujang atau belum..ustaz ustazah ..saya minta bantuan guaman ..Muar,Johor

    16. Assalammualaikum. Saya ada berkawan dengan seorang perempuan ni,dia kata dia janda dah bercerai tapi ada seorang lelaki ni kata masih lagi belum bercerai. Boleh tak saya mahu minta tolong check kan status perempuan ni sama ada dia sudah bercerai ataupun belum?Tolong encik. Kalau betul dia belum bercerai saya mahu tinggalkn sebab saya tak nak bercinta dengan isteri orang. Saya harap encik bantu saya. Sekian terima kasih.

    Leave A Reply