Kini, selaras dengan perlaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), rakyat Malaysia berusia 18-40 tahun dijemput untuk menjadi sukarelawan bagi mengisi keperluan tenaga kerja bagi menyokong perlaksaan PICK dengan berkesan. Anda boleh mendaftar di myvac.com.my.
Sebelum itu, izinkan kami berkongsi sedikit maklumat mengenai MyVac, cara mendaftar dan memohon.
1. Apa itu MyVAC?
MyVac (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity“.
PICK akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri.
2. Siapakah yang layak untuk menjadi sukarelawan MyVac?
Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Jika anda merupakan seorang pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, atau pegawai farmasi, anda layak untuk menjadi seorang Sukarelawan Kesihatan (tertakluk kepada Sijil Perakuan Pendataran Tahunan (APC) yang sah).
Terdapat dua jenis sukarelawan dan skop tugas mereka iaitu:
a) Sukarelawan Bukan Kesihatan
- Membuat saringan suhu dan gejala
- Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS
- Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin
- Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV
- Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan
- Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi
b) Sukarelawan Kesihatan
- Membuat saringan penerima vaksin
- Mengendalikan penerima vaksin yang mempunyai gejala
- Memberi penerangan dan konsultasi berkaitan dengan pemberian vaksin
- Mengawasi semua penerima di Ruang Pemerhatian
- Berkhidmat sebagai Vaksinator
3. Adakah ganjaran yang akan saya peroleh sewaktu menjadi sukarelawan?
Bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:
- RM50 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV
- RM25 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam
Kad pengenalan diri dan vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas.
Di akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.
4. Cara mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac di myvac.com.my
Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac:
- Layari myvac.com.my.
- Tekan butang Daftar.
- Isikan maklumat berikut:
- Nama
- No. kad pengenalan
- Kata laluan
- Umur
- Jantina
- Bangsa
- Alamat rumah
- Emel
- No telefon
- Pekerjaan (anda akan ditanya tentang butir organisasi bergantung sama ada anda bekerja, pelajar universiti, atau lain-lain)
- Tekan Teruskan
- Isikan Deklarasi Kesihatan. Tekan Teruskan.
- Isikan Butir Pendedahan Covid-19.
- Tekan Konfirmasi.
Selepas
mendaftar di myvac.com.my, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut bagi melengkapkan pendaftaran anda:
a) Langkah-langkah untuk menjadi sukarelawan bukan kesihatan
Langkah 1:
- Mengesahkan akaun anda melalui emel anda selepas mendaftar di myvac.com.my
- Lengkapkan profil anda
- Jalani semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
- Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan
Langkah 2:
- Laporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan yang berdekatan
- Serahkan semua borang
- Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan
- Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat
- Terima Kit Sukarelawan
Langkah 3:
- Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
- Melaporkn diri di Pusat Pemberian Vaksin
b) Langkah-langkah untuk menjadi sukarelawan kesihatan
Langkah 1:
- Mengesahkan akaun anda melalui emel anda selepas mendaftar di myvac.com.my
- Pengesahan APC oleh KKM (4-5 hari bekerja)
Langkah 2:
- Lengkapkan profil anda
- Jalani semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
- Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan
Langkah 3:
- Menghadiri taklimat Sukarelawan Kesihatan “atas talian” (dijadualkan setiap hari Jumaat)
- Pilih tarikh dan lokasi yang anda hendak berkhidmat
Langkah 4:
- Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
- Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin dan serahkan semua borang kepada Penyelaras PPV anda
5. Cara login di myvac.com.my
Berikut adalah cara untuk login di myvac.com.my:
- Layari myvac.com.my.
- Tekan butang Log Masuk.
- Masukkan emel dan kata laluan.
- Tekan konfirmasi.
6. Soalan Lazim (FAQ)
Boleh kah saya memilih tarikh, jam, dan lokasi untuk berkhidmat sebagai sukarelawan?
Setiap sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas. Setiap syif bertugas adalah untuk tempoh 6 jam. Pemilihan boleh dilakukan di laman web setelah berjaya dipilih untuk menjadi sukarelawan. Sukarelawan perlu bertugas sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Setiap sukarelawan boleh memilih kawasan bertugas, tetapi ia bergantung kepada kekosongan di lokasi tersebut.
Adakah saya perlu menghadiri latihan sukarelawan?
Latihan sukarelawan akan diberi secara maya. Kesemua sukarelawan haruslah menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul.
Bilakah tarikh tutup untuk menghantar permohonan sebagai sukarelawan?
Buat masa ini, tiada tarikh tutup yang ditetapkan. Bagaimanapun, kekosongan adalah bergantung kepada keperluan di PPV. Sekiranya bilangan sukarelawan di setiap PPV adalah mencukupi, anda akan diletakkan di dalam senarai simpanan dan akan dimaklumkan kelak sekiranya ada kekosongan di PPV.
Akhir kata
Semoga usaha anda menjadi sukarelawan akan melancarkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Terima kasih atas usaha anda dan semoga lebih cepat kita mencapai “Herd Immunity“.
Jika anda atau kenalan mempunyai urusan di KWSP, klik sini untuk cara membuat janjitemu.
3 Comments
kalau saya tiada bank akaun? macam mana?
kalau saya tiada kerja macam mana nak lengkap buktiran nombor 2
Sama la.. Saya pn Mcm tu jgk..jadi surirmh je