Untuk mendaftar Affin Bank online banking di rib.affinonline.com, pastikan anda sudah buka akaun Affin Bank dan mempunyai telefon bimbit dengan nombor telefon yang masih lagi aktif.
Izinkan kami berkongsi.
rib.affinonline.com/retail/#!/
Cara daftar Affin Bank online banking di rib.affinonline.com
Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar AffinOnline:
- Layari laman web rasmi Affin Bank di sini: https://www.affinonline.com/.
- Jika anda menggunakan komputer desktop, lihat di bahagian Login di sebelah atas kanan. Ada dua pilihan:
- Business
- Personal
- Tekan butang Personal
- Seterusnya, akan dibawa ke laman ini: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
- Jangan masukkan apa-apa di ruangan Username
- Anda perlu klik First Time Login terlebih dahulu
- Sekarang, anda akan berada di bahagian First Time Login. Isikan maklumat seperti dipinta:
- Pada ruangan Card Number, masukkan nombor kad 16 digit anda.
- Pada ruangan ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Untuk memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad), pilih Identity Card – New sebagai ID Type
- Pada ruangan ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Pada ruangan IB PIN From ATM / Branch, masukkan IB PIN enam digit yang anda peroleh di mana-mana ATM Affin Bank.
- Kemudian, tekan link Request TAC untuk meminta nombor TAC. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank yang mengandungi nombor TAC tersebut.
- Tekan butang Continue.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan Username dan Password, masukkan username dan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Kemudian, tekan butang Login.
- Baca juga terma dan syarat pada butang Terms And Conditions. Kemudian, tekan butang I Accept.
- Jawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers untuk menyempurnakan proses pendaftaran akaun online banking
- Proses pendaftaran anda berjaya.
Login Affin Bank melalui rib.affinonline.com
Berikut ialah cara untuk login Affin Bank online bagi pengguna yang sudah berdaftar sebelum ini:
- Layari portal rasmi Affin Bank di sini: https://www.affinbank.com.my
- Di bahagian menu Login Internet Banking di bahagian menu atas, klik Personal
- Anda akan di bawa ke laman ini: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
- Untuk makluman, jika pilih menu Personal dengan permulaan URL dengan RIB, ini ialah singkatan untuk Retail Internet Banking
- Jangan tersilap pilih menu Business dengan permulaan URL dengan CIB
- Ini kerana https://cib.affinonline.com/business/login.html adalah khas untuk Corporate Internet Banking
- Akan keluar paparan “Welcome Back, Sign in to continue”
- Masukkan Username anda di ruangan yang disediakan untuk meneruskan cara login Affin Bank online ini
- Tekan butang Login
- Akan keluar gambar yang anda pilih semasa buat pendaftaran tempohari; berserta Secure Word
- Jika padanan gambar dan Secure Word adalah benar seperti yang anda pilih, tick ruangan “Yes this is my Secure Word and Image”
- Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika gambar dan Secure Word yang diberikan tidak sepadan
- Masukkan Password
- Tekan butang Login sekali lagi
- Jika semuanya berjalan lancar, akan akan boleh login ke dalam sistem perbankan Affin Bank
Ada problem login Affin Bank?
Jika anda mempunyai apa-apa masalah untuk login, sila hubungi Customer Careline Affin Bank melalui nombor telefon berikut:
- 1800-88-3883
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian direct link untuk login Affin Bank online banking melalui rib.affinonline.com akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.
1 Comment
6299LEW KEAT OOI