Kalau anda sudah buka akaun Public Bank, tapi belum ada online banking PBE lagi, sila buat pendaftaran di pbebank.com.

Izinkan kami berkongsi.

[su_note]

NOTA:

[/su_note]

1. Sebelum daftar di pbebank.com, register nombor telefon

Berikut ialah cara untuk register Public Bank internet banking:

  1. Pastikan anda memang sudah ada akaun Public Bank
  2. Pergi ke mana-mana mesin Automated Teller Machine (ATM) untuk mendaftar servis PBe.
  3. Untung pemegang akaun bersama (mandat ‘salah seorang akan menandatangani’), maka anda perlu datang ke mana-mana cawangan Public Bank untuk memohon.
  4. Pada mesin ATM, pilih OTHER SERVICES.
  5. Pada laman seterusnya, pilih Register Internet Banking.
  6. Akan keluar notis menyatakan bahawa pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan tidak sah melalui mesin ATM. Dinyatakan juga bahawa user ID buat anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
  7. Pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda untuk mendapatkan resit untuk PBe Authentication Code(PAC). Nombor telefon anda bagi yang Malaysia mestilah tidak melebihi 11 digit, manakala bagi yang Singapura mestilah tidak melebihi 10 digit.
  8. Kemudian, pada laman seterusnya, masukkan kod PIN enam digit yang anda mahu gunakan untuk akaun anda.
  9. Pendaftaran anda berjaya. Ambil semula kad anda dan slip cetakan.

 

2. Alternatif, register internet banking di cawangan Public Bank

Ini adalah masalah untuk dapatkan PAC, boleh hadirkan diri ke mana-mana cawangan Public Bank.

  1. Pastikan anda hadir ke cawangan Public Bank berhampiran
  2. Maklumkan bahawa anda ingin mendaftar akaun PBe.
  3. Anda akan diserahkan borang untuk mendaftar akaun ini.
  4. Ikuti prosedur yang dinyatakan oleh pegawai bank dan lengkapkan borang tersebut.
  5. Serahkan borang tersebut bersama dengan dokumen lain yang relevan kepada pegawai bank.
  6. Proses pendaftaran anda selesai. Anda akan mendapat ID dan password untuk login ke PBe.

 

3. Login PBe Public Bank internet banking di pbebank.com.my

Berikut pula ialah cara untuk login selepas anda berjaya membuat pendaftaran

  1. Sila layari laman web rasmi Public Bank di sini: https://www.pbebank.com
  2. Anda akan dibawa ke laman depan rasmi PBe. Scroll ke bahagian kiri atas laman untuk lihat ke bahagian URL. Pastikan ada tertera butang hijau yang bertulis Public Bank Berhad [MY], tandanya anda berada di website yang selamat.
  3. Scroll pula ke bahagian kanan atas laman, dan tekan butang Login.
  4. Akan keluar sub menu. Kemudian, tekan butang PBe.
  5. Anda akan dibawa ke laman seterusnya yang memerlukan anda untuk login buat kali pertama.
  6. Di ruangan Login to PBe, masukkan ID yang anda dapat dengan pendaftaran melalui mesin ATM ataupun cawangan Public Bank. Tekan butang Next.
  7. Satu lagi ruangan akan tertera. Masukkan password yang juga anda peroleh melalui dua acara ini. Kemudian, tekan butang Login.
  8. Pada laman seterusnya, baca terma dan syarat dengan teliti. Setelah selesai, scroll ke bawah dan tekan butang Accept.
  9. Pada laman seterusnya, pada ruangan New User ID, masukkan ID baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. ID anda mestilah mempunyai 6 hingga 12 aksara, mempunyai abjad sahaja pada dua aksara yang pertama, serta ID secara keseluruhan hanya mempunyai nombor dan abjad SAHAJA tanpa sebarang ikon dan simbol yang lain.
  10. Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah mempunyai 8 hingga 12 aksara, mesti mempunyai minimum satu abjad dan satu nombor, serta password ini bersifat case sensitive. Misalnya; AYAM123 tidak sama dengan ayam123.
  11. Pada ruangan Confirm New Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan untuk login PBe nanti
  12. Pada ruangan Memorable Question, pilih soalan yang anda ingin gunakan sebagai backup sekiranya anda terlupa ID atau password anda untuk login yang seterusnya.
  13. Pada ruangan Memorable Answer, masukkan jawapan anda untuk soalan tersebut.
  14. Pada ruangan Personal Login Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa pendek yang anda ingin gunakan sebagai pengesahan untuk akaun anda.
  15. Personal Login Phrase atau PLP ialah frasa khusus yang wujud untuk mengesahkan bahawa akaun PBebank yang anda cuba untuk login itu adalah betul-betul akaun anda.
  16. Sekiranya frasa PLP anda tidak terpapar semasa proses login anda, sama ada PLP langsung tidak terpapar atau PLP lain daripada PLP yang anda cipta terpapar, jangan login kerana kemungkinan anda sedang login kepada akaun milik orang lain.
  17. Pastikan PLP anda mempunyai 13 hingga 20 aksara alpha-numeric, yang juga mengandungi aksara istimewa menggunakan simbol. PLP juga tidak boleh sama dengan ID atau password akaun anda.
  18. Pada ruangan Email Address (Optional), masukkan alamat emel anda.
  19. Tekan butang Submit.
  20. Login kali pertama anda akan diproses dan mengambil masa 2 hingga 10 minit untuk disempurnakan. Anda akan keluar daripada akaun anda secara automatik setelah ID yang anda cipta berjaya diproses.
  21. Anda kemudian boleh login semula ke akaun PBe anda menggunakan ID dan password yang anda cipta.

 

4. Cara First Time login pbebank.com

Bagi yang baru kali pertama login PublicBank online di PBebank, dan lebih suka penerangan bervisual, boleh ikuti video rasmi Public Bank di Youtube.

 

5. Ada problem login Public Bank melalui pbebank.com?

Jika anda mempunyai apa-apa masalah untuk login, sila hubungi Customer Service Public Bank melalui nombor telefon berikut:

  • 1800 22 5555

 

6. Apa link untuk login bank-bank lain di Malaysia?

Berikut ialah senarai panduan untuk log masuk laman web rasmi bank-bank yang ada di Malaysia:

[display-posts taxonomy=”post_tag” tax_term=”web, swasta, bank” tax_operator=”AND” posts_per_page=”50″]

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian untuk login dan daftar Public Bank online banking melalui pbebank.com akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

4 Comments

  1. Chen Pui Keong on

    Hii,
    salam sejahtera, nama saya Chen, masalah saya sudah terlupa PBE log in pin number, harap pihak berkenaan dapat bantu saya, terima kasih

Leave A Reply