What's Hot

    Kenapa tak boleh log in Bank Islam?

     

    Perbankan atas talian merupakan kemudahan yang ditawarkan buat pemilik mana-mana akaun bank. Selalunya, perbankan atas talian diakses melalui aplikasi perbankan bank tersebut, seperti “GO by Bank Islam”. Aplikasi perbankan ini amat berbeza apabila dibandingkan dengan aplikasi lain kerana ia lebih sensitif. Kerap berlaku apabila talian internet anda tidak selamat, ia boleh tersangkut di skrin pemuatan, ataupun ia tidak boleh bersambung ke skrin utama. Keadaan ini pasti merumitkan kita yang jarang menggunakan wang kertas untuk melakukan transaksi, terutama sekali pada zaman COVID-19 ini. Maka, kita perlu lihat beberapa penyebab utama kenapa tak boleh log in Bank Islam samada melalui aplikasi perbankan itu sendiri ataupun laman sesawang atas talian.

    Antara penyebab tersebut adalah, pertama sekali, nombor akaun, nama pengguna ataupun kata laluan anda tersalah. Ini merupakan penyebab yang paling kerap berlaku, dan kebiasaannya ia berlaku disebabkan anda terlupa maklumat yang berkenaan, atau tersalah isi maklumat tersebut.

    Kedua, peranti anda mungkin tidak boleh memasukkan aksara yang anda telah tetapkan sebagai kata laluan anda.

    Ketiga, talian internet anda tak stabil. Ini boleh berlaku apabila anda berada di kawasan pedalaman atau mana-mana kawasan yang sukar mendapat line internet, ataupun jika anda berada di rumah dan menggunakan wi-fi, router anda mungkin bermasalah.

    Keempat, server Bank Islam sedang mengalami masalah. Dari semasa ke semasa, mana-mana perbankan atas talian akan membuat penyelenggaraan yang akan mengganggu atau menghalang mana-mana pengguna daripada mengakses laman sesawang tersebut.

    Kelima, akaun anda digunakan untuk aktiviti haram seperti penggubahan wang haram. Sekiranya ini berlaku, maka akaun anda tidak boleh digunakan untuk apa-apa transaksi, kerana pihak Bank telah menyekat akses ke akaun anda.

    Keenam, anda menggunakan web browser yang tak updated. Ini boleh mengakibatkan anda terhalang daripada mengakses Bank Islam yang memerlukan updated web browser. Sebaiknya, gunakan Google Chrome kerana ia lebih updated dan mudah berbanding web browser lain.

    Ketujuh, anda kerap memasukkan maklumat yang salah untuk mengakses akaun anda. Sekiranya terdapat terlalu banyak kesalahan untuk mendaftar masuk, sistem akan mengesyaki anda seorang penceroboh dan menghalang apa-apa usaha untuk mengakses akaun tersebut setelah itu, walaupun anda menggunakan peranti lain.

    Kelapan, akaun anda telah digodam. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka kata laluan akaun anda telah diubah, maka laluan lama tidak boleh lagi digunapakai. Pada masa kini, akaun perbankan adalah selamat dengan adanya sistem TAC. Tetapi jika TAC anda diberi pada orang lain, maka akaun tersebut tidak lagi selamat daripada pencerobohan. Sebagai solusi untuk masalah tersebut, anda disyorkan untuk menghubungi khidmat pelanggan agar dapat log in ke akaun Bank Islam anda.

    Kesimpulannya atas merupakan antara faktor kenapa tidak boleh log in Bank Islam. Sebaiknya anda mengenal pasti faktor yang berhubungkait dengan anda untuk mengatasi ia dengan langkah yang sesuai.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply