What's Hot

    Macam mana cara share kredit Digi sekiranya dalam kecemasan? Lebih-lebih lagi apabila kita mahu buat panggilan yang teramat penting. Masa mahu guna, masa itulah ada masalah. Jangan panik, izinkan kami kongsi.

    Langkau artikel ini untuk mengetahui cara tukar plan Digi, dari prepaid ke postpaid; dan juga dari postpaid ke prepaid.

    Untuk Digi prepaid dan postpaid

    Situasi kekurangan kredit dalam telefon ini sering kita hadapi apabila kita menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar.

    Tambahan apabila anda tidak menggunakan postpaid, ataupun bayaran secara bulanan untuk sambungan telefon anda.

    Lazimnya, apabila kurang kredit, anda sudah pasti perlu tambah nilai kredit anda.

    Tetapi, mungkin ada situasi yang buatkan anda tidak mampu untuk pergi menambah nilai di mana-mana kedai.

    Minta tolong kawan atau keluarga

    Anda boleh minta kepada rakan atau mana-mana kenalan anda untuk berkongsi kredit dengan anda, atau share kredit.

    Di bawah akan diterangkan cara-cara untuk kenalan anda share kredit kepada anda, ataupun anda share kredit anda ke kenalan anda.

    Langkau artikel ini untuk baca cara share kredit Maxis.

    Kongsi Digi ke Digi

    Berikut ialah cara share kredit Digi ke nombor Digi menggunakan Talktime Transfer.

    Talktime Transfer membolehkan anda memindahkan kredit kepada pengguna prabayar (prepaid) Digi atau memindahkan kredit dari prabayar Digi ke prabayar Digi yang lain (Digi prepaid to Digi prepaid).

    Selain itu, Talktime Transfer juga membolehkan anda membuat:

    • Pindahan kredit dari Digi pascabayar (postpaid) ke Digi prabayar (prepaid)
    • Pindahan kredit dari Digi pascabayar (postpaid) ke Digi pascabayar (postpaid)

    Walau bagaimanapun, Talktime Transfer tidak membenarkan share kredit dari akaun Digi prabayar (prepaid) ke akaun Digi pascabayar (postpaid).

    Cara share kredit Digi guna app MyDigi

    Anda boleh share kredit anda secara online menggunakan applikasi MyDigi dengan fungsi Digi Share. Namun, fungsi ini memerlukan smartphone.

    1. Pastikan anda telah muat turun aplikasi MyDigi. Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigi di Google Play Store bagi pengguna Android, atau di App Store bagi pengguna iOS.
    2. Login akaun anda ke aplikasi MyDigi.
    3. Kemudian, pada menu, klik Digi Share.
    4. Seterusnya, pilih nombor penerima. Sekiranya nombor penerima kredit ini tiada dalam senarai, tekan butang “+” untuk menambah nombor penerima kredit.
    5. Masukkan nama serta nombor telefon penerima kredit. Kemudian, klik untuk menyimpan nombor.
    6. Pilih jumlah kredit yang ingin dipindahkan kepada penerima kredit Digi.
    7. Seterusnya, masukkan alamat emel dan klik butang isi semula.

    Proses share kredit ini tidak boleh dilakukan sekiranya pengguna menggunakan plan prabayar seperti Prepaid Easy, Prepaid LiVE, Prepaid Smart Plan atau Smart Prepaid, kerana perkhidmatan Talktime Transfer tidak dibenarkan.

    Untuk memeriksa jenis plan yang anda gunakan:

    • Dail *128#, dan tekan butang Call.
    • Kemudian, pilih My Account.
    • Pilih Call Plan untuk mengetahui jenis plan yang anda langgan.

    Cara share kredit Digi guna Talktime Transfer

    Jangan bimbang jika tak guna smartphone. Jika guna telefon Nokia 3310 sekalipun, masih lagi boleh kongsi kredit Digi.

    Berikut ialah panduannya:

    1. Pada telefon anda, dail *128#, dan tekan butang Call.
    2. Menu akan terpapar. Pilih My Account.
    3. Kemudian, pilih Talktime Services.
    4. Seterusnya, tekan butang 1 untuk Talktime Transfer.
    5. Pada manu seterusnya, pilih Transfer Option.
    6. Terdapat beberapa pilihan untuk anda tekan, iaitu:
      • RM3 (sah untuk dua hari)
      • RM5 (sah untuk 2 hari)
      • RM15 (sah untuk 5 hari)
      • RM25 (sah untuk 7 hari)
    7. Setelah pilih, masukkan nombor telefon penerima kredit.
    8. Kemudian, tekan butang Send.
    9. Share kredit anda berjaya. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50, manakala penerima kredit akan dikenakan caj sebanyak RM0.25.

    Sama ada akaun anda ialah prabayar ataupun pascabayar, proses untuk anda share kredit kepada orang lain adalah sama.

    Cara share kredit Digi ke Indonesia melalui SMS (atau negara luar yang lain)

    Anda juga boleh share kredit anda kepada pengguna Digi lain yang sedang berada di luar negara.

    • Taip TN<jarak><kod negara><nombor telefon penerima>, dan hantar ke 2000.
    • Atau, dail *128*1*7#, kemudian pilih Talktime Transfer International. Ikuti arahan selanjutnya.

    Pindahan kredit Digi ke luar negara juga tidak boleh dilakukan bagi plan Digi Easy Prepaid v3, Smart Prepaid dan Prepaid Live.

    Jumlah maksimum yang boleh dipindahkan atau share adalah sebanyak RM15 atau 3 kali transaksi dalam sehari. Share kredit ini juga boleh dipindahkan sebanyak RM100 dalam tempoh sebulan.

    Akhir kata

    Kesimpulannya, share kredit kepada orang lain adalah sangat mudah untuk dilakukan. Kalau terdesk boleh ikuti panduan SOS topup Digi. Jika terdapat masalah-masalah lain, hubungi Digi untuk mendapatkan bantuan.

    Sekiranya anda pengguna Celcom atau Maxis tapi tidak tahu cara share kredit, sila baca cara share kredit Celcom dan cara share kredit Maxis.

    Untuk mengelakkan dari habis data pula, rujuk cara check quota Digi. Sentiasa berhati-hati agar tidak terbuka aplikasi yang makan banyak data.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    3 Comments

    Leave A Reply