Setelah menonton sesuatu video di Facebook, anda rasa ingin berkongsi pula di Whatsapp. Tetapi, tidak ada cara pula. Jadi, bagaimana cara download video dari Facebook? Terdapat banyak cara sebenarnya untuk anda download video. Kalau anda nak tahu, anda juga boleh download video yang anda suka di laman sosial Facebook.

Syarikat Facebook tidak menyediakan perkhidmatan ini untuk anda, jadi anda perlu menggunakan perisian luar yang bukan milik Facebook untuk download video anda di laman sosial tersebut. Sebaiknya, cari software yang percuma. Terdapat banyak software sebegini yang anda boleh jumpa di Internet. Salah satunya adalah download secara online dengan menggunakan Getfvid. Ikuti langkah di bawah untuk cara download serta cara install perisian online ini.

Cara download video dari Facebook tanpa aplikasi

  1. Layari laman web https://www.getfvid.com/. Anda akan dibawa ke portal Getfvid.
  2. Terdapat dua cara untuk anda download video di YouTube menggunakan perisian ini.
  3. CARA PERTAMADownload secara terus dari portal Getfvid menggunakan URL video tersebut. Pertama sekali buka akaun Facebook anda. Kemudian, cari video yang anda ingin download.
  4. Bagi anda yang menggunakan komputer/laptop, right-click pada paparan video tersebut.
  5. Kemudian, pilih Show video URL.
  6. URL bagi video tersebut akan tertera. Tekan pada URL tersebut. Kemudian, right click untuk copy URL tersebut.
  7. Buka semula portal Getfvid. Pada ruangan yang tertera pada bahagian atas yang tertulis Enter Facebook Video URL, tekan paste untuk masukkan URL tersebut pada ruangan tersebut.
  8. Kemudian, tekan butang DOWNLOAD.
  9. Pada laman seterusnya, paparan video tersebut akan tertera. Pilih sama ada anda ingin download video tersebut dalam HD Quality, Normal Quality atau anda hanya ingin download bunyi daripada video tersebut (Audio Only) dalam file yang berformat mp3.
  10. Tekan salah satu butang yang tertera, dan anda akan dapat download video dari Facebook yang anda mahukan.

Cara download video dari Facebook di laptop

  1. CARA KEDUAInstall Getfvid ke Google Chrome di komputer/laptop anda (Getfvid tidak disediakan dalam bentuk aplikasi). Pertama sekali, pada laman depan portal Getfvid, tekan butang Download Chrome Extension yang tertera pada bahagian atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke chrome web store. Extension yang tertera untuk anda install ialah Social Video Downloader. Tekan butang Add to Chrome.
  3. Sebuah pop-up notification akan tertera. Tekan butang Add extension.
  4. Anda berjaya install Getfvid ke dalam Google Chrome anda. Untuk menggunakannya, buka semula Facebook.
  5. Kemudian, cari video yang anda ingin download.
  6. Pada video tersebut, lihat bahagian bawah video. Akan tertera dua butang, iaitu Download SD dan Download HD. Pilih sama ada anda ingin download video anda dengan resolusi yang tinggi (HD) atau resolusi yang biasa (SD). Tekan salah satu butang.
  7. Kemudian, anda akan dibawa ke portal Getfvid. Scroll ke bawah sehingga anda jumpa paparan video anda. Kemudian, tekan butang DOWNLOAD berwarna hijau.
  8. Anda akan dapat download video yang anda mahukan.

Muat turun video untuk Mac OS

Jika anda menggunakan Macbook atau iMac dengan perision Mac OS, cara download video dari Facebook yang terbaik ialah menggunakan aplikasi 4K Downloader

  1. Layari laman web 4K Download
  2. Download dan install sehingga selesai
  3. Buka aplikasi tersebut
  4. Copy URL yang dikehendaki dari Facebook
  5. Tekan Paste Link
  6. Pilih saiz video yang dikehendaki
  7. Pilih format video
  8. Muat turun

Akhir kata

Sekarang, walaupun cara download video dari Facebook sudah jadi mudah, jangan pula muat turun video yang bukan-bukan.

Pastikan juga berkongsi video yang sahih sahaja. Elakkan berkongsi yang tidak pasti.

Jemput juga baca cara untuk tutup akaun Facebook.

Untuk cara download video Facebook melalui iPhone dan Android, kami akan kongsikan dalam artikel yang akan datang.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply