What's Hot

    Kadangkala sedang kita dalam kecemasan, tanpa kita sedari kita telah pun kehabisan topup atau topup telah tamat tempoh. Bukan sahaja situasi ini mencemaskan, ia juga dapat merumitkan situasi yang sedang anda hadapi. Akan tetapi, situasi ini juga dapat dielakkan dengan menyemak baki akaun anda dengan kerap. Jadi, izinkan kami untuk berkongsi cara check baki Digi Prepaid dan topup untuk nombor supaya kekal aktif. Sekiranya anda ingin share topup kepada org yang memerlukan juga boleh klik pada pautan berkenaan share topup Digi.

    Cara check baki Digi Prepaid

    Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk check baki akaun anda, sama ada menggunakan MyDigi Apps atau melalui kod UMB. Di sini kami sertakan langkah-langkah yang tepat.

    1. Cara check baki Digi Prepaid melalui MyDigi Apps

    1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
    2. Pilih pada pautan iOS atau Android
    3. Buka aplikasi MyDigi ditelefon pintar anda.
    4. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
    5. Anda memerlukan internet untuk menggunakan aplikasi ini.

    Sekiraya anda tidak mempunyai sambungan internet, anda boleh juga check baki Digi Prepaid anda melaui kod UMB yang lebih mudah.

    2. Cara check baki Digi Prepaid melalui kod UMB

    1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *128*1#
    2. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
    3. Internet tidak diperlukan untuk check baki menggunakan kaedah ini.

     

    Cara chek baki Digi & topup jika tak ada kredit

    Kini, anda sudah tahu cara check baki Digi. Sekarng, jika anda kekurangan baki topup ataupun baki anda telah tamat tempoh, kami sarankan untuk anda topup supaya nombor anda boleh kekal aktif. Ada beberapa cara yang akan kami kongsikan untuk topup baki kredit Digi Prepaid anda.

    1. Topup menggunakan kupon reload

    1. Anda boleh beli kupon reload di mana-mana outlet digi, kedai serbaneka seperti 7 Eleven atau KK Mart dan di kedai runcit berhampiran.
    2. 16 digit nombor PIN akan terlihat di kupon reload Digi Prepaid.
    3. Dial *123* dan masukkan 16 digit PIN reload diikuti dengan butang #
    4. Tekan call untuk meneruskan transaksi.
    5. Kemudian anda akan menerima SMS dengan baki terbaru akaun anda.

     

    2. Topup menggunakan Flexi E-Load

    1. Pergi ke mana-mana ejen yang menjual topup digi.
    2. Berikan nombor telefon serta jumlah yang anda inginkan untuk topup.
    3. Ejen akan topupkan akaun anda menggunakan sistem automatik.
    4. Tiada kupon diperlukan untuk topup menggunakan cara ini.

     

    3. Topup melalui Digi Kiosk

    Untuk makluman, tidak ada cara check baki Digi melalui kiosk. Walau bagaimanapun, anda boleh tambah nilai melalui kiosk khas ini.

    Untuk makluman, Digi kiosk adalah mesin layan diri yang membolehkan pengguna untuk topup kredit bagi akaun Digi Prepaid anda bermula dari RM10 sehingga RM100 dengan kenaikan sebanyak RM5.

    1. Di paparan skrin halaman utama pengguna perlu Pilih Bahasa yang bakal digunakan. Ada pilihan untuk bahasa inggeris, bahasa malaysia dan juga bahasa cina.
    2. Paparan seterusnya akan menunjukkan anda beberapa pilihan, pilih Tambah Nilai.
    3. Pilih Kaedah Pembayaran sama ada menggunakan cash atau kad debit/kredit.
    4. Masukkan nombor telefon yang anda ingin topup.
    5. Halaman seterusnya akan meminta anda untuk mengisi jumlah topup yang diinginkan.
    6. Tekan butang Sahkan paparan skrin akan menunjukkan details bagi pengesahan maklumat dan pembayaran.
    7. Tekan butang Next dan buat pembayaran.
    8. Akaun Digi Prepaid anda akan ditopup dengan serta merta.

     

    4. Chek baki & topup menggunakan MyDigi Apps

    Dengan menggunakan aplikasi MyDigi, selain boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk check baki Digi, anda juga boleh tambah nilai kredit anda.

    1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
    2. Pilih pada pautan iOS atau Android
    3. Buka aplikasi MyDigi ditelefon pintar anda.
    4. Di halaman utama, pada bawah baki akaun anda akan terlihat butang Reload, klik pada butang tersebut.
    5. Halaman seterusnya adalah pilihan jumlah topup yang anda inginkan.
    6. Seterusnya, sahkan alamal emel anda dan pilih kaedah pembayaran di Payment Method.
    7. Anda boleh membuat pembayaran melalui FPX atau kad debit/kredit.
    8. Kod one-time password (OTP) akan dihantarkan melalui SMS.
    9. Sahkan transaksi dengan mengisi OTP di ruangan tersedia.
    10. Topup anda telah berjaya, semak baki akaun anda di halaman utama semula.

     

    Ada masalah semasa topup Digi Prepaid?

    Sekiranya proses tambah nilai anda gagal, pihak Digi akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Digi di sini atau hubungi 016 221 1800.

     

    Akhir kata

    Pihak kami berharap agar perkongsian cara check baki Digi Prepaid ini dapat memudahkan lagi urusan anda dan memastikan anda tahu bagaimana untuk biarkan nombor anda kekal aktif.

    Kalau langsung tak ada kredit dan masih lagi mahu tambah nilai, boleh cuba SOS topup Digi untuk pinjam kredit sementara.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply