What's Hot

    Mungkin masih ada di kalangan pelanggan Digi yang keliru bagaimana cara untuk menyemak baki mereka seperti baki internet, baki kredit bagi memastikan akaun anda kekal aktif. Di sini kami ingin kongsikan bagaimana caranya untuk semak baki  Digi Postpaid serta Digi Prepaid anda.

    Perbezaan di antara keduanya adalah, Digi Postpaid menggunakan kaedah pakai dahulu baru bayar dan penggunaan akan dicaj melalui bil bulanan. Manakala, Digi Prepaid pula menggunakan kaedah bayar dahulu baru pakai, jadi para pengguna perlu topup akaun mereka dahulu sebelum menggunakan sebarang servis Digi Prepaid yang ditawarkan. Jika anda ingin membuat pembayaran bil secara online, anda boleh klik pautan ini untuk mengetahui cara login Digi OCS.

    Cara semak baki Digi Prepaid

    Untuk semak baki credit akaun Digi anda, pengguna boleh semak menggunakan aplikasi MyDigi atau kod UMB. Akan tetapi, baki kredit hanyak boleh disemak untuk pengguna Digi Prepaid. Bagi Digi Postpaid pula, anda boleh semak jumlah bil bulanan yang dicaj ke akaun anda. Semakan ini penting agar sebarang caj tersembunyi dapat dikenalpasti dan dilaporkan ke pihak digi.

    Untuk semak baki kredit Digi, ia hanya boleh dilakukan oleh pengguna Digi Prepaid. Caranya adalah seperti berikut.

    • Melalui aplikasi My Digi
      1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
      2. Pilih pada pautan iOS atau Android
      3. Buka aplikasi MyDigi ditelefon pintar anda.
      4. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
      5. Anda memerlukan internet untuk semak baki kredit Digi menggunakan aplikasi ini.
    • Melalui kod UMB
      1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *128*1#
      2. Baki Digi Prepaid anda akan tertera di halaman utama.
      3. Internet tidak diperlukan untuk semak baki menggunakan kaedah ini.

    Cara semak baki bil bulanan Digi

    Selain dari semak baki kredit Digi Prepaid, semakan bil bulanan pula boleh dilakukan oleh pengguna Digi Potpaid. Caranya adalah seperti berikut.

    • Melalui aplikasi My Digi
      1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
      2. Pilih pada pautan iOS atau Android
      3. Buka aplikasi MyDigi ditelefon pintar anda.
      4. Jumlah bil Digi Postpaid anda akan tertera di halaman utama.
      5. Anda memerlukan internet untuk semak bil menggunakan aplikasi ini.
    • Melalui kod UMB
      1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *128*2*10#
      2. Pilih bahasa pilihan anda.
      3. Anda akan menerima SMS menyatakan jumlah bil anda yang perlu dibayar.
      4. Internet tidak diperlukan untuk semak bil menggunakan kaedah ini.

    Cara semak kuota internet Digi

    Bagi penggunaan internet, anda juga boleh semak baki kuota internet menerusi aplikasi MyDigi serta kod UMB.

    • Melalui aplikasi My Digi
      1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
      2. Pilih pada pautan iOS atau Android
      3. Buka aplikasi MyDigi ditelefon pintar anda.
      4. Jumlah penggunaan serta baki kuota internet anda akan tertera di halaman utama.
      5. Anda memerlukan internet untuk semak baki kuota internet menggunakan aplikasi ini.
    • Melalui kod UMB
      1. Di dial-pad telefon bimbit anda, dial *128*3*6#
      2. Jumlah penggunaan serta baki kuota internet anda akan tertera di halaman utama.
      3. Internet tidak diperlukan untuk semak baki kuota internet menggunakan kaedah ini.

    Ada masalah semak baki Digi Prepaid?

    Jangan risau! Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan sewaktu semak baki Digi anda, pihak kihdmat pelanggan Digi sedia untuk membantu. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Digi di sini atau hubungi 016 221 1800.

    Akhir kata

    Pihak kami berharap agar perkongsian cara semak baki DIgi ini dpat membantu anda untuk terus kekal berhubung bersama orang tersayang.

    Sekiramya anda pengguna Digi Prepaid dan tidak mempunyai kredit di waktu kecemasan, anda boleh klik pada pautan berkenaan mengetahui cara minta SOS topup Digi.

    Semoga bermanfaat

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply