Pinjaman Peribadi Alliance Bank 2023 (Personal Loan)

Nak buat personal loan tetapi tidak tahu dekat mana nak mohon? Jangan runsing. Kami akan kongsikan dengan anda dalam artikel ini. Kali ini kami akan memperkenalkan pinjaman peribadi Alliance Bank kepada anda yang perlu meminjam duit.

Manalah tahu kalau-kalau pinjaman peribadi ini mungkin menjadi pilihan anda nanti. Kalau ingin tahu lebih lanjut mengenai pembiayaan ini, mari ketahuinya dalam penulisan kami yang mampu memberikan pencerahan kepada anda.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Alliance Bank

Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman peribadi Alliance Bank yang boleh anda mohon.

1. Alliance Bank CashVantage Personal Financing -i

Pelan pinjaman peribadi ini adalah berkonsepkan islamik dan menjalankan perkhidmatan perbankan atau produk secara islamik sepenuhnya. Ianya merupakan pinjaman peribadi yang berlandaskan syariah dan tidak perlu menyediakan sebarang cagaran untuk memohon.

Kadar keuntungan yang diberikan pula adalah fleksibel, sebanyak 8.38% sehingga 14.78% setahun dengan jumlah pinjaman minimum RM5,000 sehingga maksimum mencecah RM150,000. Selain itu, melalui pinjaman ini anda boleh meminjam dalam tempoh bermula 1 tahun sehingga 7 tahun.

Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini ialah hampir kesemua sektor pekerjaan di Malaysia boleh memohon pinjaman ini. Antaranya adalah kakitangan dari sektor awam, swasta dan bekerja sendiri. Menarik bukan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah sebagai ringkasan maklumat pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i:

 

Kadar faedah  Fleksibel sebanyak 8.38% hingga 14.78%

Tempoh pinjaman

Bermula 1 tahun hingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000 hingga maksimum RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor awam
  • Sektor swasta
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun

Tempoh kelulusan

2 hingga 3 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i ini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Di bawah merupakan syarat dan kelayakan anda untuk memohon pinjaman peribadi Alliance Bank ini. Sila pastikan anda peka dengan setiap syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan seperti:

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Had umur dari 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
  • Pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun.

 

Dokumen diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang perlu dilengkapkan sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i:

  • Salinan kad pengenalan diri (depan dan belakang).
  • Salinan penyata akaun bank.
  • Salinan slip gaji terkini.
  • Salinan penyata EPF.
  • Salinan penyata komisen (jika berkaitan).
  • Boraang-borang berkaitan cukai seperti borang B/BE (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i?

Sebagai rujukan untuk anda, anda boleh merujuk pautan Alliance Bank document PDF ini bagi mengetahui jadual pembayaran balik pinjaman anda secara bulanan.

Sedikit makluman, anda boleh membayar balik pinjaman peribadi ini melalui pindahan wang di ATM atau secara online. Anda juga boleh menggunakan kaedah arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda ingin membuat permohonan pinjaman peribadi ini. Anda boleh memohonnya dengan cara hadir di mana-mana cawangan Alliance Bank berhampiran anda.

 

2. Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Alliance Bank CashFirst Personal Loan adalah pinjaman peribadi oleh Alliance Bank yang berkonsepkan konvensional tanpa perlu cagaran. Pelan pinjaman ini dikategorikan sebagai pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah tahunan antara terendah iaitu serendah 8.38% sehingga 14.78% setahun.

Tambahan lagi, jumlah pinjaman peribadi yang mampu diberikan adalah dalam amaun yang banyak bermula RM5,000 sehingga mencecah RM150,000 dengan tempoh pinjaman di antara 1 tahun sehingga 7 tahun. Untuk pengetahuan anda, permohonan pinjaman peribadi ini bukan sahaja terbuka kepada mereka yang bekerja di sektor swasta atau bekerja sendiri, malah penerima komisen bulanan juga layak untuk memohon pinjaman peribadi ini.

Kepada anda yang memerlukan kelulusan dengan segera. Jangan risau. Ini kerana, tempoh kelulusan permohonan bagi Alliance Bank CashFirst Personal Loan hanya memerlukan masa 10 minit. Jadi, dalam masa yang singkat sahaja anda dah boleh dapat jawapan.

Anda boleh merujuk jadual di bawah mengenai ringkasan maklumat pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst Personal Loan:

 

Kadar faedah

 Serendah 8.38% hingga 14.78% setahun

Tempoh pinjaman

Di antara 1 tahun hingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum Rm5,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor swasta
  • Bekerja sendiri
  • Penerima komisen bulanan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Berpendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan

Tempoh kelulusan

10 minit hingga 24 jam dari tempoh permohonan

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini, sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat-syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst Personal Loan:

  • Mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Had umur bermula 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000.
  • Pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM36,000.
  • Ada akaun bank syarikat (jika berkaitan).
  • Syarikat berdaftar SSM (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Di bawah adalah dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memohon. Selain itu, anda mungkin perlu menyediakan dokumen tambahan lain daripada senarai di bawah bergantung kepada permintaan proses permohonan anda berlangsung.

Antara dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan diri (depan dan belakang).
  • Salinan slip gaji 1 bulan terkini bagi berpendapatan tetap.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini bagi pendapatan tidak tetap.
  • Salinan penyata akaun bank.
  • Salinan penyata EPF.
  • Salinan pendaftaran syarikat SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Borang-borang dan resit pembayaran cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst Personal Loan?

Bagi mengetahui jadual bayaran semula atau bayaran balik pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst Personal Loan secara bulanan, sila klik Alliance Bank document PDF untuk rujukan anda.

Sedikit makluman, anda boleh membuat pembayaran semula menggunakan dua kaedah. Pertama, pemindahan wang melalui ATM atau perbankan internet. Kedua, arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Jika anda ingin memohon pinjaman ini, anda bolehlah melawati mana-mana cawangan Alliance Bank berhampiran atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Alliance Bank di talian 03-5516 9988 untuk maklumat lanjut.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, sekarang ini dah banyak jenis personal loan yang boleh anda cuba mohon. Bukan setakat pinjaman peribadi Alliance Bank sahaja yang ada, tetapi banyak lagi pelan pinjaman peribadi yang ada di Malaysia ini. Nak atau tak nak sahaja.

Walaupun bukan semua orang perlu buat pinjaman peribadi ini. Namun, terserahlah kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Yang penting, buat perbandingan dulu. Putuskan yang mana yang terbaik untuk anda.

Ikut kemampuan dan kelayakan anda. Jangan main redah sahaja. Iyalah, dapat meminjam duit memang seronok, tetapi nak bayar balik itu. Faham-faham sahajalah.

Pastikan anda membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten untuk mengelakkan berlakunya tunggakan atau dikenakan caj bagi kelewatan pembayaran.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment


Pinjaman Peribadi Alliance Bank 2021 (Tak Perlu Cagaran)

Nak buat personal loan tetapi tidak tahu dekat mana nak mohon? Jangan rungsing. Kami akan kongsikan dengan anda dalam artikel ini. Kali ini kami akan memperkenalkan pinjaman peribadi Alliance Bank kepada anda yang perlu meminjam duit.

Manalah tahu kalau-kalau pinjaman peribadi ini mungkin menjadi pilihan anda nanti. Kalau ingin tahu lebih lanjut mengenai pembiayaan ini, mari ketahuinya dalam penulisan kami yang mampu memberikan pencerahan kepada anda.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Alliance Bank

Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman peribadi Alliance Bank yang boleh anda mohon.

1. Alliance Bank CashVantage Personal Financing -i

Pelan pinjaman peribadi ini adalah berkonsepkan islamik dan menjalankan perkhidmatan perbankan atau produk secara islamik sepenuhnya. Ianya merupakan pinjaman peribadi yang berlandaskan syariah dan tidak perlu menyediakan sebarang cagaran untuk memohon.

Kadar keuntungan yang diberikan pula adalah fleksibel, sebanyak 4.99% dengan jumlah pinjaman maksimum sehingga mencecah RM200,000. Selain itu, melalui pinjaman ini anda boleh meminjam dalam tempoh bermula 1 tahun sehingga 7 tahun.

 

Kelebihan Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Ini adalah kelebihan dan ciri-ciri yang bolen anda dapati melalui pinjaman peribadi ini:

  • Menerima kadar keuntungan yang fleksibel iaitu kadar faedah tetap atau rata hanya serendah 4.99% p.a.
  • Jumlah pinjaman fleksibel bermula RM5,000 hingga RM200,000.
  • Tempoh pinjaman fleksibel iaitu dari masa 1 tahun hingga 7 tahun.
  • Semua sektor awam, swasta atau bekerja sendiri boleh mohon.
  • Tidak perlu menyediakan penjamin.
  • Tidak memerlukan pengesahan daripada majikan atau ketua jabatan.
  • Tidak mengenakan sebarang caj untuk proses.
  • Tidak akan dikenakan caj penamatan awal untuk bayaran baki jumlah pinjaman.

 

Syarat untuk pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Di bawah merupakan syarat dan kelayakan anda untuk memohon pinjaman peribadi Alliance Bank ini. Sila pastikan anda peka dengan setiap syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan seperti:

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Had umur dari 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas setiap bulan atau sebanyak RM36,000 ke atas bagi tahunan.
  • Tidak di blacklist oleh mana-mana agensi atau institusi kewangan di Malaysia.
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).
  • Mestilah berstatus kerja tetap bagi kakitangan awam dan GLC.
  • Mestilah telah bekerja dan berkhidmat selama 6 bulan ke atas melalui majikan yang sama bagi pekerja swasta.
  • Ada mencarum KWSP bagi pekerja swasta atau majikan perlu mencarum gaji di bank.
  • Mereka yang mempunyai perniagaan mestilah telah berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan yang dijalankan oleh pemilik perniagaan haruslah didaftarkan di (SSM).
  • Pemilik perniagaan mestilah mempunyai akaun bank atas nama syarikat.

 

Dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman

Ini adalah senarai dokumen yang perlu dilengkapkan sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan slip gaji 3 bulan yang terkini.
  • Salinan statement bank untuk kemasukan gaji 3 bulan yang terkini.
  • Salinan penyata KWSP 6 bulan terkini atau salinan borang BE berserta resit pembayaran cukai yang terkini. (Kaitangan Swasta)
  • Salinan penyata komisen selama 6 bulan yang terkini. (Kakitangan Swasta)
  • Salinan pendaftaran syarikat (SSM) iaitu borang ROC & ROB. (Bekerja Sendiri)
  • Salinan penyata akaun bank syarikat selama 6 bulan yang terkini. (Bekerja Sendiri)
  • Borang BE/E berserta resit pembayaran cukai. (Bekerja Sendiri)

 

Jadual pembayaran bulanan pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Sebagai rujukan untuk anda, sila klik Jadual Pembiayaan bagi mengetahui kadar pembayaran balik pinjaman anda secara bulanan.

 

Caj yang akan dikenakan

Terdapat beberapa caj yang akan dikenakan untuk anda yang membuat pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i. Antaranya adalah:

  • Caj setem duti sebanyak 0.5% bagi setiap jumlah pinjaman yang telah lulus.
  • Caj sebanyak 1% daripada baki pinjaman sekiranya ada kelewatan pembayaran.

Contoh senario:

“Abu telah membuat pinjaman peribadi di Alliance Bank dengan memilih pelan pinjaman peribadi CashVantage Personal Financing-i. Dia telah meminjam sebanyak RM50,000 berdasarkan kelayakannya dan membuat pembayaran balik pinjaman secara bulanan dengan konsisten.

Namun, sejak 3 bulan yang lalu. Abu sentiasa lewat membuat bayaran balik pinjamannya seperti yang telah ditetapkan. Oleh itu, Abu akan dikenakan caj sebanyak 1% daripada baki pinjamannya atas kelewatan pembayaran.”

 

Cara mohon pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Sekiranya anda ingin membuat permohonan pinjaman peribadi ini. Anda boleh memohonnya dengan cara lawati mana-mana cawangan Alliance Bank berhampiran anda.

Selain itu, anda boleh membuat permohonan secara online menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh RinggitPlus. Walau bagaimanapun, permohonan melalui RinggitPlus hanya terbuka kepada kakitangan selain dari kerajaan.

 

2. Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Alliance Bank CashFirst Personal Loan adalah pinjaman peribadi oleh Alliance Bank yang berkonsepkan konvensional tanpa perlu cagaran. Pelan pinjaman ini dikategorikan sebagai pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah tahunan antara terendah.

Tambahan lagi, ia boleh dikatakan proses pinjaman peribadi yang pantas. Pelan ini mengambil masa hanya selama 2 hari untuk mengesahkan status permohonan anda sama ada diluluskan atau tidak.

(Letak Summary/table)

 

Kelebihan Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Antara kelebihan yang ditawarkan melalui pinjaman ini adalah seperti:

  • Kadar faedah tetap/rata bagi tahunan terendah hanya sebanyak 4.99% p.a.
  • Jumlah pinjaman fleksibel bermula RM5,000 hingga RM200,000.
  • Tempoh pinjaman yang fleksibel bermula dari 1 tahun hingga 7 tahun.
  • Terbuka kepada semua semua sektor pekerjaan sama ada swasta, kerja sendiri atau pesara.
  • Tidak memerlukan cagaran.
  • Tidak memerlukan pengesahan majikan atau ketua jabatan.
  • Tidak dikenakan caj pemprosesan permohonan.
  • Tidak akan dikenakan caj penamatan awal jika jumlah baki pinjaman diselesaikan sebelum tempoh yang ditetapkan.

 

Syarat-syarat untuk memohon

Berikut merupakan syarat-syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst Personal Loan:

  • Mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Had umur bermula 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000 ke atas atau pendapatan tahunan (setahun) berjumlah RM36,000 atau lebih.
  • Tidak di blacklist oleh mana-mana institusi kewangan Malaysia.
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).
  • Mempunyai status pekerja tetap. (Kakitangan Awam & GLC)
  • Perkhidmatan 6 bulan ke atas melalui majikan yang sama. (Kakitangan Swasta)
  • Ada mencarum KWSP atau majikan perlu mencarum gaji di bank. (Kakitangan Swasta)
  • Tempoh perniagaan 1 tahun dan ke atas. (Berniaga/Bekerja Sendiri)
  • Mempunyai perniagaan atau syarikat yang berdaftar di (SSM). (Berniaga/Bekerja Sendiri)
  • Ada akaun bank yang berdaftar di bawah nama syarikat. (Berniaga/Bekerja Sendiri)

 

Dokumen untuk mohon pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Di bawah adalah dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman peribadi ini. Selain itu, anda mungkin perlu menyediakan dokumen tambahan lain daripada senarai di bawah bergantung kepada permintaan proses permohonan anda berlangsung.

Antara dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan yang terkini.,
  • Salinan statement bank untuk 3 bulan gaji yang terkini.
  • Salinan penyata KWSP 6 bulan terkini atau salinan borang BE berserta resit pembayaran cukai terkini. (Kakitangan Swasta)
  • Salinan penyata komisen selama 6 bulan terkini. (Kakitangan Swasta Yang Menerima Gaji Komisen Bulanan)
  • Salinan pendaftaran syarikat (SSM), borang ROC & ROB. (Berniaga/Bekerja Sendiri)
  • Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini. (Berniaga/Bekerja Sendiri)
  • Borang B/BE berserta resit pembayaran cukai. (Berniaga/Bekerja Sendiri)

 

Jadual bayaran balik pinjaman bulanan

Bagi mengetahui jadual bayaran semula atau bayaran balik pinjaman peribadi Alliance Bank CashFirst Personal Loan secara bulanan, sila klik Jadual Pembiayaan untuk rujukan anda.

 

Caj yang akan dikenakan

Berikut merupakan caj-caj yang akan dikenakan sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi ini:

  • Caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang telah diluluskan.
  • Caj sebanyak 1% daripada baki jumlah pinjaman sekiranya lewat membuat pembayaran.

 

Cara nak mohon Alliance bank CashFirst Personal Loan

Jika anda ingin memilih pinjaman ini sebagai pinjaman peribadi anda, anda bolehlah melawati mana-mana cawangan Alliance Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan menggunakan perkhidmatan RinggitPlus secara online yang disediakan khas untuk kakitangan bukan kerajaan sahaja buat masa ini.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, sekarang ini dah banyak jenis personal loan yang boleh anda cuba mohon. Bukan setakat pinjaman peribadi Alliance Bank sahaja yang ada, tetapi pinjaman peribadi AEON pun anda boleh apply. Nak atau tak nak sahaja.

Lagipun, bukan semua orang perlu buat pinjaman peribadi ini. Jadi terserahlah kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Yang penting, buat perbandingan dulu. Putuskan yang mana yang terbaik untuk anda.

Ikut kemampuan dan kelayakan anda. Jangan main redah sahaja. Iyalah, dapat meminjam duit memang seronok, tetapi nak bayar balik itu. Faham-faham sahajalah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment