Anda nak buat personal loan tetapi banyak yang tidak lulus sehingga ke hari ini? Jangan risau. Apa kata anda cuba buat pinjaman peribadi HSBC Bank pula kali ini. Manalah tahu kalau-kalau permohonan pinjaman anda ini membuahkan hasil. Dapat juga memenuhi keperluan kewangan anda yang memerlukan.
Anda boleh semak beberapa informasi atau maklumat yang diperlukan mengenai produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh HSBC melalui artikel ini.
Izinkan kami berkongsi.
Pinjaman peribadi HSBC Bank
Di bawah merupakan jenis produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh HSBC Bank.
Pinjaman Peribadi-i HSBC Amanah
Melalui pinjaman ini anda boleh memohon jumlah pinjaman bermula RM6,000 sehingga maksimum RM120,000 dengan tempoh pinjaman yang diberikan adalah dari 2 tahun sehingga 5 tahun. Di samping itu, kadar keuntungan yang diterima adalah serendah 10.5% setahun.
Produk pinjaman ini pula menggunakan konsep syariah iaitu Komoditi Murabahah dengan tidak perlu menyediakan sebarang penjamin atau cagaran. Terdapat beberapa kelebihan yang akan anda perolehi daripada pinjaman ini. Antaranya adalah bayaran bulanan serendah RM163, tiada yuran pemprosesan, tiada denda akan dikenakan jika anda membuat penyelesaian baki lebih awal dari tempoh yang ditetapkan dan banyak lagi.
Tambahan lagi, apa yang menarik tentang produk pinjaman ini adalah ia terbuka kepada semua sektor pekerjaan termasuklah mereka yang bekerja sendiri. Oleh itu, semua orang layak memohon asalkan ada pendapatan bulanan.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi HSBC Bank ini melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
10.5% setahun |
Tempoh pinjaman |
2 tahun hingga 5 tahun |
Jumlah pinjaman |
RM6,000 hingga RM120,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
5 hari waktu bekerja |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi HSBC Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Menerima pendapatan bulanan minimum RM5,000 dan ke atas.
- Berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
Dokumen diperlukan
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan slip gaji.
- Penyata akaun bank pengkreditan gaji.
- Penyata EPF.
- Penyata komisen bulanan (jika berkaitan).
- Sijil pendaftaran perniagaan SSM dan berkaitan (jika berkaitan).
- Borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan).
Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Peribadi-i HSBC Amanah?
Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara bulanan dan konsisten. Sila rujuk halaman 1 atau halaman 2 ini sebagai panduan untuk anda.
Di mana boleh memohon pinjaman peribadi HSBC Bank ini?
Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi HSBC ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan HSBC Bank berhampiran anda.
Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi HSBC Bank.
Akhir kata
Sekian sahaja informasi atau maklumat yang dapat kami kongsikan mengenai pinjaman peribadi HSBC Bank. Diharapkan dengan perkongsian kami ini dapat membantu anda membuat perbandingan dan pilihan yang tepat sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi anda di mana-mana bank atau institusi kewangan yang anda inginkan.
Selain itu, pastikan anda sudah sedia maklum dengan tujuan kegunaan wang pinjaman peribadi anda jika permohonan anda sudah lulus nanti. Utamakan keperluan dan kepentingan dahulu sebelum keinginan.
Semoga bermanfaat.