What's Hot

    Pinjaman peribadi Agrobank mungkin boleh bantu memudahkan urusan anda yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, memenuhi keperluan peribadi atau untuk anda yang nak buat pinjaman kecemasan. Walaupun sangat jarang untuk anda dengar mengenai pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Agrobank, namun ianya memang ada disediakan.

    Sekiranya ada di antara anda yang nak tahu lebih lanjut atau berminat untuk memohon pinjaman peribadi Agrobank ini. Mari ketahui serba sedikit maklumat mengenai produk pinjaman yang ditawarkan. Namun, harus diingatkan bahawa kelulusan mana-mana pinjaman bank adalah bergantung kepada kelayakan anda.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman peribadi Agrobank

    Ini adalah jenis produk pinjaman peribadi yang disediakan oleh Agrobank.

    AgroCash-i

    Pelan pinjaman ini disediakan untuk pelanggan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian atau asas tani. Selain itu, produk ini adalah bersifat islamik dan menggunakan konsep syariah Tawarruq dengan memberikan jumlah pinjaman bermula RM1,000 sehingga RM200,000.

    Melalui pinjaman ini, tempoh pinjaman akan diberikan minimum 1 tahun sehingga maksimum 10 tahun dengan kadar keuntungan 2.85% sehingga 3.67% setahun. Antara kelebihan yang akan anda dapatkan melalui pinjaman ini adalah kadar keuntungan yang rendah dan kelulusan dalam tempoh segera.

    Untuk pengetahuan anda, produk ini terbuka kepada kakitangan di sektor kerajaan dan syarikat berkait kerajaan (GLC). Oleh itu, jika anda adalah kakitangan kerajaan atau bekerja di mana-mana syarikat GLC. Maka anda sudah layak mengemukakan permohonan.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar keuntungan

    2.85% hingga 3.67% setahun

    Tempoh pinjaman

    1 tahun hingga 10 tahun

    Jumlah pinjaman

    RM1,000 hingga RM200,000

    Sektor pekerjaan

    • Kakitangan kerajaan
    • Kakitangan GLC

    Kelayakan

    • Mestilah warganegara Malaysia.
    • Minimum berumur 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun bagi kakitangan kerajaan.
    • Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun bagi kakitangan GLC.
    • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat selama 6 bulan ke atas bagi kakitangan kerajaan.
    • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat selama 1 tahun ke atas bagi kakitangan GLC.
    • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,000 bagi kakitangan kerajaan.
    • Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000 bagi kakitangan GLC.

    Tempoh kelulusan

    Dalam masa 5 hari waktu bekerja

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

    • Mestilah warganegara Malaysia.
    • Minimum berumur 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun bagi kakitangan kerajaan.
    • Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun bagi kakitangan GLC.
    • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat selama 6 bulan ke atas bagi kakitangan kerajaan.
    • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat selama 1 tahun ke atas bagi kakitangan GLC.
    • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,000 bagi kakitangan kerajaan.
    • Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000 bagi kakitangan GLC.
    • Digalakkan untuk mengambil Skim Takaful Kredit.

     

    Dokumen diperlukan

    Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk  melengkapkan permohonan:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
    • Surat pengesahan majikan.
    • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
    • Borang pilihan persaraan (jika berkaitan).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi AgroCash-i?

    Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi AgroCash-i ini secara konsisten. Anda boleh merujuk halaman ini sebagai panduan.

    Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman menggunakan kaedah pembayaran melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman peribadi AgroCash-i ini?

    Jika anda berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman peribadi Agrobank ini. Anda boleh mohon secara walk-in dengan hadir di mana-mana cawangan Agrobank berhampiran anda.

    Anda juga boleh membuat permohonan online melalui laman sesawang Agrobank di sini www.agrobank.com.my.

     

    Akhir kata

    Sekian sahaja informasi mengenai pinjaman peribadi Agrobank yang dapat kami kongsikan kepada anda. Di harapkan dengan maklumat yang diberikan ini dapat serba sedikit membantu meringankan beban kewangan anda pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

    Namun begitu, jika anda telah mendapat kelulusan permohonan. Jangan lupa untuk bayar semula pinjaman ini mengikut jadual yang ditetapkan supaya urusan anda akan lebih lancar di kemudian hari.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply