What's Hot

    Salah satu bank di Malaysia yang menyediakan pinjaman ASB adalah AmBank. Bagi anda yang berminat membuat pinjaman untuk pelaburan, anda boleh cuba mohon pinjaman ASB AmBank ini. Namun, untuk memastikan permohonan anda berjalan lancar, kami telah menyediakan beberapa maklumat yang anda perlu tahu mengenai pinjaman ini terlebih dahulu.

    Tujuan kami adalah supaya anda membuat semakan dan persiapan awal sebelum mengemukakan sebarang permohonan pinjaman ASB oleh AmBank ini. Jadi, mari ketahuinya melalui artikel kami.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman ASB AmBank

    Berikut merupakan jenis produk ASB yang ditawarkan oleh AmBank.

    1. Pembiayaan Berjangka-i Dijamin Dengan Sijil ASB/ASB2

    Untuk anda yang inginkan pinjaman yang patuh syariah, produk ini adalah sesuai untuk anda. Produk pinjaman ASB ini adalah berlandaskan syariah yang dijamin oleh sijil ASB dengan menggunakan konsep Tawarruq. Melalui pembiayaan ini, anda boleh membuat pinjaman berjumlah minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

    Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah dari 5 tahun sehingga mencecah 40 tahun atau sehingga mencapai umur persaraan. Tempoh pinjamannya adalah bergantung kepada yang mana lebih awal. Di samping itu, margin pembiayaan adalah sehingga 100% dan boleh meningkat kepada 5% lagi daripada pembiayaan RTT.

    Seterusnya, kadar keuntungan pula adalah serendah kadar asas yang ditambah dengan 0.90% setahun.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Berjangka-i Dijamin Dengan Sijil ASB/ASB2 ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar keuntungan Serendah kadar asas + 0.90% setahun
    Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 40 tahun
    Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000

    Margin pembiayaan

    100% + 5%

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur minimum 18 tahun hingga 65 tahun

    Kategori pinjaman

    Pembiayaan islamik

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Individu warganegara Malaysia.
    • Berstatus bumiputera Malaysia.
    • Had umur minimum 18 tahun sehingga 65 tahun.
    • Mempunyai pendapatan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Salinan penyata mini ASB.
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
    • Salinan penyata pendapatan 6 bulan terkini jika bekerja sendiri.

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Berjangka-i Dijamin Dengan Sijil ASB/ASB2?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ASB AmBank ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ASB AmBank ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan AmBank berhampiran anda.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web AmBank.

     

    2. Pinjaman ASB AmBank (Pinjaman Bertempoh ASB/ASB2)

    Pembiayaan ini adalah pinjaman konvensional tidak bercagar yang menawarkan pinjaman berjumlah RM10,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga maksimum 40 tahun. Untuk pengetahuan anda, tempoh pinjaman ini boleh dilanjutkan sehingga mencapai persaraan atau yang mana lebih awal.

    Selain itu, pinjaman ini mengenakan margin pembiayaan tinggi sehingga 100% dan boleh meningkat kepada 5% lagi atas pembiayaan DTA. Kadar faedah yang dikenakan pula adalah serendah kadar asas yang ditambah 0.90% untuk setahun.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Pinjaman Bertempoh ASB/ASB2 ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah Serendah kadar asas + 0.90% setahun
    Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 40 tahun
    Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000

    Margin pembiayaan

    100% + 5%

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Minimum umur 18 tahun hingga maksimum 65 tahun

    Kategori pinjaman

    Pembiayaan konvensional

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Bumiputera Malaysia.
    • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun.
    • Mempunyai pendapatan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

    • Borang permohonan.
    • Borang persetujuan untuk “Semakan Kelayakan”.
    • Borang cadangan DTA.
    • 3 salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
    • Slip gaji 3 bulan terkini.
    • Penyata mini ASB/ASB2.

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Bertempoh ASB/ASB2?

    Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ASB ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ASB AmBank ini?

    Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ASB AmBank ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan AmBank berdekatan anda.

    Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web AmBank di sini ambank.com.my.

     

    Akhir kata

    Sekian sahaja informasi yang dapat kami berikan kepada anda mengenai pinjaman ASB AmBank ini. Diharapkan dengan perkongsian kami ini dapat memberikan anda lebih banyak pilihan untuk membuat pinjaman ASB. Yang penting, pastikan anda fikir dahulu masak-masak sebelum buat keputusan untuk mohon pinjaman ASB.

    Sekadar makluman, selain daripada pinjaman ASB. Pinjaman peribadi AmBank turut ditawarkan untuk anda yang nak dapat pinjam duit dengan segera.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply