What's Hot

    Mari melabur untuk masa depan kewangan yang lebih baik dengan pinjaman ASB BSN. Untuk anda yang masih tidak tahu di bank mana satu hendak membuat pinjaman pelaburan. Maka, anda bolehlah cuba mohon pinjaman ASB oleh BSN ini.

    Namun, sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam unit ASB ini, pastikan anda berkemampuan. Bukan apa, bimbang nanti anda sendiri yang akan terbeban. Orang kata ‘ukur baju di badan sendiri’.

    Melalui penulisan kali ini, kami telah menyediakan beberapa maklumat yang anda perlu tahu mengenai pinjaman ASB BSN. Jika anda memang berminat untuk membuat pinjaman ini. Anda harus memastikan beberapa keperluan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman ASB BSN

    Berikut merupakan jenis pinjaman ASB yang ditawarkan oleh BSN.

    BSN MyRinggit ASB

    Untuk pengetahuan anda, produk pinjaman ASB ini adalah pembiayaan peribadi bercagar yang menggunakan pengiraan berdasarkan kadar berubah. Pinjaman yang disediakan ini adalah bertujuan untuk membeli unit Amanah Saham Bumiputera (ASB). Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman sebanyak minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

    Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah dari 5 tahun sehingga 30 tahun dengan kadar faedah serendah kadar asas (KA) iaitu KA+0.85% setahun. Di samping itu, margin pinjaman adalah sehingga 100% dan boleh meningkat kepada 5% lagi termasuk duti setem, kos cagaran dan insurans.

    Walau bagaimanapun, sebarang perubahan maklumat berikutan pinjaman ASB ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak BSN.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai BSN MyRinggit ASB melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah Serendah kadar asas (KA)+0.85% setahun
    Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 30 tahun
    Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000

    Margin pinjaman

    100%+5%

    Kelayakan

    • Semua pelabur ASB yang berkelayakan berdasarkan garis panduan ASNB
    • Had umur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun

    Kategori pinjaman

    Pembiayaan konvensional

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Semua pelabur ASB yang berkelayakan berdasarkan garis panduan ASNB.
    • Had umur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

    • 1 salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
    • 1 salinan slip gaji 1 bulan terkini (pilihan dan bekerja tetap atau kontrak).
    • Bukti penerimaan gaji bulanan 6 bulan terkini (pilihan dan bekerja tetap atau kontrak).
    • 1 salinan penyata terperinci pelaburan tunai (pilihan).
    • 1 salinan buku ASB (pilihan).
    • Sebarang dokumen berkaitan ASNB atau keahlian pemegang unit ASB (pilihan).
    • Penyata KWSP terkini (jika bekerja tetap atau konrak).
    • Surat pengesahan majikan (jika bekerja tetap atau kontrak).
    • Borang EA/EC dan e-filing terkini (jika bekerja tetap atau kontrak).
    • 1 salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini (jika bekerja sendiri).
    • Slip e-B/e-BT terkini (jika bekerja sendiri).
    • Borang e-filing atau apa-apa dokumen yang disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (jika bekerja sendiri).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan BSN MyRinggit ASB?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh menggunakan kalkulator pinjaman di halaman yang sama untuk mengetahui amaun yang anda perlu bayar setiap bulan.

    Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman menggunakan kaedah arahan tetap BSN.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ASB BSN ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ASB BSN ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web BSN di sini bsn.com.my.

     

    Akhir kata

    Sekian sahaja informasi mengenai pinjaman ASB BSN yang dapat kami berikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan anda panduan dan mempermudahkan urusan pinjaman anda.

    Oh ya! Buat anda yang lebih berminat dengan personal loan. Apa kata anda cuba apply pinjaman peribadi BSN yang didatangkan dengan pelbagai jenis produk pinjaman yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply