Bagi anda yang berfikir untuk memaksimumkan masa depan kewangan ke arah yang lebih baik. Anda mungkin boleh membuat permohon pinjaman ASB Affin Bank sebagai tempat untuk pembiayaan pelaburan anda.

Selain daripada Affin Bank, anda juga boleh mencuba pinjaman ASB AmBank, Hong Leong Bank, CIMB Bank atau Maybank. Manalah tahu kalau-kalau anda memerlukan lebih banyak pilihan untuk membuat perbandingan yang mampu memenuhi keperluan anda.

Walau bagaimanapun, untuk anda yang memang berminat untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai pinjaman ASB Affin Bank. Anda boleh mendapatkannya melalui artikel ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman ASB Affin Bank

Berikut merupakan jenis pelan pinjaman ASB yang ditawarkan.

Pinjaman Amanah Saham Bumiputera Affin

Pelan pembiayaan ini adalah disediakan khusus oleh Affin Bank sebagai salah satu unit pinjaman pelaburan untuk anda yang memerlukan kemudahan kewangan. Terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi melalui pelan ini. Antaranya adalah proses pinjaman yang mudah untuk memaksimumkan pelaburan dan perlindungan insurans.

Namun begitu, pinjaman ini adalah pinjaman bercagar sijil ASB yang memerlukan penjamin untuk menyokong permohonan pinjaman peminjam di mana kriteria peminjam tidak dipenuhi.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman minimum RM5,000 sehingga maksimum RM200,000 dengan tempoh pinjaman bermula dari 5 tahun sehingga mencecah 40 tahun. Untuk pengetahuan anda, tempoh pinjaman boleh diberikan sehingga mencapai usia persaraan atau bergantung yang mana lebih awal.

Selain itu, margin pembiayaan yang diberikan adalah sehingga 100% dan boleh meningkat kepada 105% termasuk Amanah Saham Reducing Term Assurance (ASRTA). Kadar faedah pula adalah serendah kadar asas (KA) + 1.05%.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pinjaman Amanah Saham Bumiputera Affin melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

Serendah kadar asas (KA) + 1.05%

Tempoh pinjaman

5 tahun hingga 40 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 hingga RM200,000

Margin pembiayaan

100% + 105%

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas

Kategori pinjaman

Pembiayaan konvensional

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB Affin Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Individu.
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 70 tahun.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

  • Borang permohonan.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Bukti pendapatan lain, contohnya seperti penyata akaun bank 6 bulan terkini, penyata KWSP terkini.
  • Penyata mini ASB.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Amanah saham Bumiputera Affin?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik dengan mudah menggunakan kaedah pindahan dana automatik iaitu arahan tetap secara bulanan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ASB Affin Bank ini?

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ASB ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Affin Bank berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Affin Bank di sini affinalways.com.

 

Akhir kata

Sekian sahaja maklumat mengenai pinjaman ASB Affin Bank yang dapat kami berikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan anda idea untuk meningkatkan lagi kestabilan kewangan anda di masa akan datang melalui pelaburan.

Namun, pastikan anda memohon sesuatu pembiayaan mengikut kelayakan dan kemampuan anda sendiri. Ini kerana, untuk membuat pinjaman bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia memerlukan masa, usaha dan komitmen yang tinggi untuk berjalan dengan lancar.

Apa-apa pun, kami doakan segala urusan anda akan dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply