Kalau kau nak tahu, Maybank itu bukanlah nama penuh bagi Maybank. Aku tahu, kau mesti cari maklumat ini sebab bila kau nak pilih senarai bank, kau tak jumpa Maybank. Takut-takut salah pilih nanti, transaksi gagal pula.

Jadi, apa nama penuh Maybank?

Nama penuh atau nama syarikat penuh bagi Maybank yang didaftarkan dan tertulis di laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) adalah seperti berikut:

[su_note radius=25] Malayan Banking Berhad [/su_note]

 

Maybank Islamic pula, apa full name?

Kau jangan pandai-pandai letak Malayan Islamic Banking pula. Mengikut laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM), complete name bagi Maybank Islamic adalah seperti berikut:

[su_note radius=25] Maybank Islamic Berhad [/su_note]

 

Kenapa tak sama. Satu nama Maybank, satu lagi Malayan Banking?

Bagi memudahkan lagi pemahaman kau, Maybank atau nama penuhnya Malayan Banking Berhad ialah perbankan konvensional. Manakala Maybank Islamic Berhad pula ialah perbankan Islam.

Jadi, kalau kau nak buka akaun, jangan tersilap buka akaun Maybank konvensional. Pastikan kau bukan Maybank Islamic kerana perbankan Islam itu sudah tentu patuh syariah.

Sama juga dengan pinjaman Maybank. Pastikan kau buat dengan Maybank Islamic bukan Maybank konvensional.

 

Kalau Maybank Investment?

Ini penting bagi yang banyak buat pelaburan dan main saham. Berdasarkan laman web rasmi BNM, nama penuh bagi Maybank Investment adalah seperti berikut:

[su_note radius=25] Maybank Investment Berhad [/su_note]

 

Apa SWIFT Code Maybank?

Ini satu lagi maklumat penting. Kalau kau nak transfer duit ke luar negara, akan ada informasi berkenaan SWIFT code yang dipinta.

Untuk mudah faham, SWIFT Code ini adalah kod yang diberikan dan ditetapkan untuk setiap bank di seluruh dunia. Setiap bank akan mempunyai SWIFT Code tersendiri yang unik dan tidak sama dengan bank-bank lain.

SWIFT Code juga adalah satu format standard Bank Identifier Code (BIC) yang digunakan untuk mengenalpasti bank tersebut dan cawangan-cawangannya yang ada di seluruh dunia. Bagi transaksi antarabangsa samada secara offline dan online, kod-kod ini mesti ditulis dengan betul bagi mengelakkan kegagalan pindahan wang.

Untuk SWIFT code Maybank, kau perlu masukkan maklumat seperti berikut:

[su_note radius=25] MBBEMYKL [/su_note]

 

Akhir kata

Semoga maklumat yang diberikan seperti di atas akan memudahkan lagi urusan anda.

Jangan sampai salah tulis nama penuh Maybank. Takut-takut, duit tak masuk.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply