Berita baik untuk anda yang bekerja di sektor kerajaan dan badan berkanun. Selain daripada memohon pembiayaan peribadi dari bank-bank di Malaysia. Anda juga boleh cuba membuat permohonan pelan pinjaman koperasi KOBETA bagi memenuhi keperluan peribadi anda.
Namun, mungkin ada yang masih belum pasti mengenai koperasi KOBETA ini. Oleh itu, sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Ketahui dahulu serba sedikit tentang persatuan ini.
Apa itu koperasi KOBETA?
Koperasi KOBETA adalah singkatan bagi nama Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad. Persatuan ini mula beroperasi pada tahun 2003 setelah penstrukturan semula organisasi dilakukan.
Untuk pengetahuan anda, koperasi ini telah menyediakan kemudahan kredit dengan menawarkan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun bermula tahun 2004 sehingga kini sebagai perkhidmatan utama mereka.
Tambahan lagi, mereka turut menyediakan beberapa lagi perkhidmatan lain untuk membantu anggota koperasi yang terlibat atau meringankan beban mereka yang memerlukan.
Oleh itu, buat anda yang layak dan berhasrat untuk mengemukakan permohonan pinjaman Koperasi KOBETA ini. Mari ketahui beberapa maklumat yang perlu anda tahu tentang pelan pembiayaan peribadi mereka melalui artikel ini.
Jemput baca perkongsian kami.
Pinjaman koperasi KOBETA
Berikut merupakan jenis produk pinjaman peribadi yang disediakan oleh persatuan ini.
1. Pinjaman KOBETA Cash-i
Produk pinjaman ini adalah bersifat islamik yang tidak bercagar dan tidak memerlukan sebarang penjamin. Apa yang menarik tentang produk ini adalah anda akan menerima rebet ke atas setiap pembayaran awal yang dilakukan.
Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan berjumlah minimum RM2,000 sehingga maksimum RM250,000. Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah dari 2 tahun sehingga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan serendah 6.90% setahun.
Walau bagaimanapun, seperti yang telah kami nyatakan di atas. Produk pinjaman KOBETA ini hanyalah terbuka kepada mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun sahaja.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman KOBETA Cash-i ini melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
Serendah 6.90% setahun |
Tempoh pinjaman |
2 tahun hingga 10 tahun |
Jumlah pinjaman |
RM2,000 hingga RM250,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
7 hari waktu bekerja |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Merupakan kakitangan kerajaan dan badan berkanun.
- Berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 59 tahun.
- Berjawatan tetap.
- Bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan dan ke atas.
- Menerima pendapatan bulanan termasuk elaun RM1,500 ke atas.
- Potongan gaji tidak melebihi 50% dan 60%.
- CTOS tidak melebihi RM20,000 ke atas.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- 3 salinan kad pengenalan (telah disahkan).
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini (telah disahkan).
- Surat pengesahan jawatan dari majikan.
- Bil utiliti (telah disahkan).
- Penyata penyelesaian (jika berkaitan).
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman KOBETA Cash-i?
Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan dan maklumat lanjut yang berkaitan.
Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman dengan menggunakan kaedah potongan gaji melalui perkhidmatan BIRO Perkhidmatan Angkasa (BPA).
Di mana boleh memohon pinjaman Koperasi KOBETA ini?
Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh menghubungi pegawai KOBETA di talian 03-2692 9511 atau mengunjungi mana-mana cawangan KOBETA berhampiran anda.
2. KOBETA Speed-i
Pinjaman ini juga adalah pinjaman islamik yang tidak bercagar dan tidak memerlukan sebarang penjamin untuk disediakan. Kelebihan pinjaman ini juga adalah anda akan menerima rebet ke atas setiap pembayaran awal.
Apa yang perlu anda tahu mengenai pinjaman ini adalah ia menyediakan pinjaman berjumlah RM2,000 sehingga mencecah RM250,000 dengan tempoh pinjaman hanya 10 tahun sahaja. Selain itu, caj kadar keuntungan tahunan yang akan dikenakan ialah serendah 6.90%.
Namun, produk pinjaman ini juga hanyalah ditawarkan untuk mereka yang bekerja di sektor kerajaan atau mana-mana badan berkanun sahaja.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman KOBETA Speed-i melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
Serendah 6.90% setahun |
Tempoh pinjaman |
10 tahun sahaja |
Jumlah pinjaman |
RM2,000 hingga RM250,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
7 hari waktu bekerja |
Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.
Kelayakan untuk memohon
Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan dan badan berkanun.
- Berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 59 tahun.
- Memegang jawatan tetap.
- Bekerja melebihi 6 bulan ke atas.
- Pendapatan bulanan termasuk elaun RM1,500 dan ke atas.
- Potongan gaji tidak melebihi 50% dan 60%.
- Tiada rekod saman CTOS.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- 3 salinan kad pengenalan (telah disahkan).
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini (telah disahkan).
- Surat pengesahan jawatan dari majikan.
- Bil utiliti (telah disahkan).
- Penyata penyelesaian (jika berkaitan).
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman KOBETA Speed-i?
Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan dan maklumat lanjut yang berkaitan.
Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman dengan menggunakan kaedah potongan gaji melalui perkhidmatan BIRO Perkhidmatan Angkasa (BPA).
Di mana boleh memohon pinjaman ini?
Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengemukakan permohonan bagi pinjaman ini. Anda boleh menghubungi pegawai KOBETA di talian 03-2692 9511 atau melawati mana-mana cawangan KOBETA berdekatan anda.
Akhir kata
Kesimpulannya, terdapat pelbagai lagi pilihan untuk membuat personal loan. Walau bagaimanapun, kalau anda bekerja di sektor swasta. Kami sarankan untuk anda cuba pinjaman peribadi Co-opbank Pertama atau Standard Chatered yang sememangnya memberi tumpuan kepada individu yang berkhidmat di sektor swasta.
Sebenarnya, jenis-jenis skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank atau mana-mana persatuan ini tidaklah berbeza sangat. Apa yang penting adalah bagaimana anda membuat keputusan untuk memilih yang mana terbaik untuk masa depan kewangan anda.
Bukan apa, nak buat pinjaman ini bukannya untuk 2 atau 3 hari. Tetapi anda akan terikat untuk jangka masa yang lama. Ada orang yang pada awalnya rasa mampu untuk memberikan komitmen terhadap pinjaman peribadi. Namun akhirnya membebankan diri sendiri. Tak pasal-pasal rekod pinjaman jadi buruk.
Nak buat loan lain selepas itu pun jadi susah.
Tetapi, andai kata anda memang sangat memerlukan dan anda benar-benar mampu. Didiklah diri anda untuk menjadi seorang peminjam yang bertanggungjawab dan berdisplin. Kami juga doakan urusan pinjaman anda jadi lebih mudah.
Diharapkan perkongsian kami mengenai pinjaman koperasi KOBETA ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada anda yang memerlukannya.
Semoga bermanfaat.