Mari capai impian anda dengan pinjaman Koperasi TNB yang menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan khusus untuk anggota koperasi.

Sedikit makluman, Koperasi TNB adalah salah satu pertubuhan atau syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1951. Sejajar dengan perkembangan koperasi ini, ia telah menggalakkan aktiviti jimat cermat dan melaksanakan kemudahan pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan. Walau bagaimanapun, pinjaman ini lebih memberikan keutamaan kepada anggota koperasi mereka sendiri.

Sekiranya anda layak dan ingin memohon pinjaman Koperasi TNB ini. Mari ketahui lebih banyak lagi melalui artikel kami.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman Koperasi TNB

Berikut merupakan jenis produk pinjaman yang disediakan oleh Koperasi TNB yang boleh anda mohon.

1. Pembiayaan Tawarruq

Produk pinjaman dijalankan dengan tujuan utamanya adalah untuk mengadakan kontrak perniagaan melalui skim jualan dan bayaran tertangguh yang patuh syariah.

Selain itu, anda akan memperolehi beberapa kelebihan daripada produk ini. Contohnya seperti dapat melakukan penstrukturan semula hutang kedai, penyelesaian pinjaman di bank atau koperasi lain, permohonan yang mudah dan cepat, tiada deposit dan yuran proses, perlindungan insurans berkelompok, overlapping dibenarkan dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, produk ini mempunyai 3 jenis kategori pinjaman di bawahnya. Antaranya adalah Tawarruq Berjamin, Tawarruq Tanpa Penjamin dan Tawarruq Yuran. Bagi Tawarruq Berjamin, jumlah pembiayaan yang diberikan adalah sehingga RM75,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman selama 10 tahun.

Seterusnya, Tawarruq Tanpa Penjamin menyediakan jumlah maksimum pinjaman sehingga RM15,000 dengan tempoh bayaran balik ansuran di antara 4 tahun. Bagi Tawarruq Yuran pula, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga 90% dari jumlah yuran dengan tempoh bayaran balik pinjaman selama 10 tahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Tawarruq melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah Tidak dinyatakan
Tempoh pinjaman Minimum 4 tahun sehingga maksimum 10 tahun
Jumlah pinjaman Minimum RM15,000 sehingga maksimum RM75,000 atau 90% dari jumlah yuran
Sektor pekerjaan Anggota Koperasi TNB
Kelayakan
  • Menyediakan sekurang-kurangnya 3 orang penjamin (Tawarruq Berjamin)
  • Anggota wajib mencarum takaful atau insurans berkelompok bulanan minimum RM20.00 (Tawarruq Tanpa Penjamin)
Tempoh kelulusan 5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman Koperasi TNB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Terbuka kepada anggota Koperasi TNB sahaja.
  • Menyediakan sekurang-kurangnya 3 orang penjamin (Tawarruq Berjamin).
  • Anggota wajib mencarum takaful atau insurans berkelompok bulanan minimum RM20.00 (Tawarruq Tanpa Penjamin).

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Semakan CCRIS.
  • Borang permohonan.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Tawarruq?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk fail PDF di laman web rasmi mereka sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membayar balik pinjaman ini menggunakan kaedah potongan gaji bulanan.

 

Di manakah boleh memohon pinjaman Koperasi TNB ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh mohon secara manual dengan melawati Pejabat Koperasi TNB.

Di samping itu, anda juga boleh melayari laman web Koperasi TNB di sini koptnb.com atau terus menghubungi talian 03-2282 4660 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 

2. Pinjaman Koperasi TNB (Pembiayaan Qard)

Pembiayaan Qard ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kewangan bagi anggota-anggotanya ketika di dalam kecemasan. Selain itu, pinjaman ini tidak memerlukan penjamin dan tidak mengenakan sebarang caj kadar perkhidmatan terhadap peminjam.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman berjumlah minimum RM1,000 sehingga maksimum RM5,000. Tempoh bayaran balik ansuran pula adalah minimum dari 1 tahun dan ke atas bergantung kepada jumlah pinjaman yang diberikan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Qard ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

Tidak dinyatakan

Tempoh pinjaman

Minimum dari 1 tahun dan ke atas 

Jumlah pinjaman

Minimum RM1,000 sehingga maksimum RM5,000

Sektor pekerjaan

Anggota Koperasi TNB

Kelayakan

  • Jumlah yuran hendaklah melebihi 10 % ikatan dengan pembiayaan
  • Anggota mempunyai jumlah yuran melebihi jumlah pembiayaan yang dipohon
  • Mengemukakan permohonan kepada Koperasi TNB menggunakan borang rasmi

Tempoh kelulusan

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman Koperasi TNB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Terbuka kepada semua anggota Koperasi TNB sahaja.
  • Jumlah yuran hendaklah melebihi 10 % ikatan dengan pembiayaan.
  • Anggota mempunyai jumlah yuran melebihi jumlah pembiayaan yang dipohon.
  • Mengemukakan permohonan kepada Koperasi TNB menggunakan borang rasmi.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Borang permohonan pinjaman rasmi.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Qard?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membayar balik pinjaman ini menggunakan kaedah potongan gaji bulanan.

 

Di manakah boleh memohon pinjaman Koperasi TNB ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi Pejabat Koperasi TNB.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman web Koperasi TNB di sini koptnb.com atau terus menghubungi talian 03-2282 4660 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 

Akhir kata

Sekian sahaja maklumat tentang pinjaman Koperasi TNB yang dapat kami berikan kepada anda. Selain daripada Koperasi TNB, terdapat banyak lagi koperasi di Malaysia yang menyediakan pembiayaan kepada anggotanya. Antaranya adalah pinjaman Koperasi UKHWAH, pinjaman Koperasi KOBETA dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, jangan pula lupa yang pinjaman daripada koperasi itu bukan seperti pinjaman dari bank. Ini kerana, bukan semua orang layak untuk mohon.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan faedah kepada pembacanya.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply