What's Hot

    Adakah anda perlukan kemudahan kewangan untuk perusahaan kecil-kecilan anda? Jika ya, mari mulakan dengan pinjaman mikro BSN. Mungkin ia adalah salah satu sumber yang boleh meningkatkan kemajuan perniagaan yang anda inginkan.

    Oleh itu, mari ikuti artikel kami untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang skim-skim pembiayaan mikro yang ditawarkan di BSN.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman mikro BSN

    Berikut merupakan jenis pinjaman mikro BSN yang boleh anda mohon.

    1. Disaster Relief Facility (DRF)

    Skim pembiayaan DRF dilaksanakan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan Perusahaan Mikro atau Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang memerlukan bantuan kerana terjejas dengan bencana seperti banjir.

    Melalui pinjaman ini, perusahaan-perusahaan dalam kategori mikro dapat membaiki atau menggantikan aset yang digunakan untuk berniaga yang mana telah rosak akibat banjir. Selain itu, ia juga diberikan sebagai modal kerja.

    Tambahan lagi, anda boleh memohon pembiayaan berjumlah sehingga RM75,000 daripada skim pinjaman ini dengan tempoh bayaran balik sehingga 5.5 tahun. Namun begitu, caj kadar faedah akan dikenakan serendah 3.50% setahun.

    Seterusnya, anda digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans dan penjamin atau cagaran akan diminta oleh pihak bank sekiranya perlu. Semua tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh BSN.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Disaster Relief Facility “DRF” melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah 3.50% setahun
    Tempoh pinjaman Sehingga 5.5 tahun
    Jumlah pinjaman Sehingga RM75,000
    Sektor pekerjaan
    • Perusahaan Mikro
    • Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS)
    Kelayakan
    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Premis perniagaan yang terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir
    • Perusahaan mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Premis perniagaan yang terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd.
    • Bekerja sendiri termasuk golongan profesional seperti akauntan, doktor dan peguam.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi atau badan profesional (terpakai hanya untuk profesional).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 6 bulan dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Surat pengesahan daripada pegawai daerah, JKKK atau laporan polis berkenaan premis perniagaan yang terjejas.
    • Salinan bil elektrik premis perniagaan yang terjejas.
    • Penyata akaun bank 6 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Disaster Relief Facility (DRF)?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara atas talian di halaman ini bsn.com.my.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    2. Pinjaman mikro BSN (PEMERKASA)

    Program pinjaman ini adalah sebagai modal kerja pembelian aset demi menyokong kelangsungan perniagaan mikro yang memerlukan. Untuk pengetahuan anda, program ini adalah dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi.

    Melalui pembiayaan ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman dalam masa 5.5 tahun. Manakala, kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah sebanyak 3.00% untuk setahun.

    Pinjaman ini juga menggalakkan anda untuk mengambil perlindungan insurans dan perlu menyediakan penjamin atau cagaran jika diminta oleh pihak BSN.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai PEMERKASA melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    3.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd yang berada di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak Covid-19

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd yang berada di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak Covid-19.
    • Perniagaan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Temapatan (PBT).
    • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan PEMERKASA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    3. Pinjaman mikro BSN (PEMERKASA-NITA)

    Pinjaman ini dikhususkan untuk membantu para usahawan mikro yang terdiri daripada wanita demi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka melalui pembelian aset dan modal kerja. Pinjaman ini juga turut berada di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi.

    Dengan adanya pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula adalah serendah 3.00% setahun. Di samping itu, anda juga perlu menyediakan penjamin atau cagaran jika diperlukan oleh pihak bank.

    Perlindungan insurans adalah digalakkan untuk diambil oleh pelanggan.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    3.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro Wanita

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan wanita (sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19)
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan wanita (sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19).
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 6 bulan dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan PEMERKASA-NITA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara atas talian di halaman ini bsn.com.my.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    4. PEMERKASA ISTIMEWA

    Pinjaman PEMERKASA ITIMEWA adalah dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi. Ia dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan perniagaan Perusahaan Mikro dari segi pemberian modal kerja dan pembelian aset demi memulihkan perniagaan mikro kepada usahawan OKU yang memerlukan.

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman berjumlah sehingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah yang dikenakan pula adalah sebanyak 3.00% setahun dengan perlindungan insurans adalah digalakkan untuk diambil oleh pelanggan.

    Tambahan lagi, anda perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin sekiranya diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai PEMERKASA ISTIMEWA melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    3.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro OKU

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perniagaan dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh OKU dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perniagaan dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh OKU dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Kad OKU.
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan PEMERKASA ISTIMEWA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    5. Pinjaman mikro BSN (PEMERKASA MAMPAN)

    Program pinjaman ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan dana bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan sehingga 6 bulan. Antara kos-kosnya adalah gaji, bil utiliti, sewaan untuk 6 bulan dan lain-lain lagi. Dengan adanya pinjaman seperti ini, dapatlah menyokong pemulihan perniagaan mikro.

    Melalui program ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 5.5 tahun. Selain itu, caj kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah sebanyak 3.00% setahun. Anda juga digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans dan wajib memerlukan penjamin atau cagaran jika diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai PEMERKASA MAMPAN melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    3.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro 

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd yang berada di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak Covid-19

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd yang berada di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak Covid-19.
    • Perniagaan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Temapatan (PBT).
    • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 5 tahun.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan PEMERKASA MAMPAN?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara atas talian di halaman ini bsn.com.my.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    6. PEMERKASA BELIA

    Pinjaman PEMERKASA BELIA adalah dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi. Ia dijalankan bertujuan untuk menyokong kelangsungan perniagaan mikro belia melalui kemudahan modal kerja dan pembelian aset.

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman berjumlah sehingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah yang dikenakan pula adalah sebanyak 3.00% setahun dengan perlindungan insurans adalah digalakkan untuk diambil oleh pelanggan.

    Di samping itu, anda juga perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin sekiranya diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai PEMERKASA BELIA melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    3.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro Belia

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Kad OKU.
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan PEMERKASA BELIA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    7. Pinjaman mikro BSN (BSN TEMANIAGA)

    Pinjaman ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu Perusahaan Mikro mengembangkan perniagaan mereka dalam industri perkhidmatan, runcit, pembuatan ataupun borong. Pinjaman ini juga adalah sebagai modal kerja, pembelian aset, ubahsuai premis perniagaan atau pembiayaan semula.

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan berjumlah minimum RM5,000 sehingga maksimum RM50,000 dengan tempoh bayaran balik dari 1 tahun sehingga 5 tahun. Namun begitu, caj kadar faedah akan dikenakan iaitu serendah 6.38% setahun.

    Seterusnya, anda digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans. Penjamin atau cagaran pula akan diminta oleh pihak bank sekiranya perlu.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai BSN TEMANIAGA melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah 6.38% setahun
    Tempoh pinjaman Dari 1 tahun sehingga 5 tahun
    Jumlah pinjaman RM5,000 sehingga RM50,000
    Sektor pekerjaan Perusahaan Mikro:

    • Perkhidmatan
    • Runcit
    • Pembuatan
    • Borong
    Kelayakan
    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd termasuk perniagaan profesional

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd termasuk perniagaan profesional.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau badan profesional (terpakai hanya untuk perniagaan profesional).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 2 tahun dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal atau rakan kongsi.
    • Penyata akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian untuk 2 tahun terkini.
    • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
    • Dokumen disahkan benar seperti borang 9, 24, 44, 49 atau Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A) (syarikat sdn. bhd).
    • Resolusi ahli lembaga pengarah (syarikat sdn. bhd).
    • Penyata kewangan syarikat beraudit atau penyata akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian untuk 2 tahun terkini (syarikat sdn. bhd).
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan BSN TEMANIAGA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan). Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara atas talian di halaman ini bsn.com.my.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    8. PKBC

    Pembiayaan mikro ini adalah tidak bercagar dan ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan kemudahan pinjaman eksklusif kepada penduduk tetap Kampung Baru Cina. Ia juga adalah sebagai modal kerja, pembelian aset atau ubahsuai premis perniagaan.

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan minimum RM5,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh pinjaman dari 6 bulan sehingga 5 tahun. Selain itu, caj kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah sebanyak 4.00% setahun. Anda juga digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans dan wajib memerlukan penjamin atau cagaran jika diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai PKBC melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Dari 6 bulan sehingga 5 tahun

    Jumlah pinjaman

    RM5,000 sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro Penduduk Kampung Baru Cina

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd termasuk perniagaan profesional
    • Pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina dan disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP)

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd termasuk perniagaan profesional.
    • Pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina dan disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau badan profesional berkaitan (terpakai hanya untuk perniagaan profesional sahaja).
    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Pengesahan dari Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang menyatakan pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal atau rakan kongsi.
    • Penyata akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian 2 tahun terkini.
    • Dokumen disahkan benar seperti borang 9, 24, 44, 49 atau Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A) (syarikat sdn. bhd).
    • Resolusi ahli lembaga pengarah (syarikat sdn. bhd).
    • Salinan kad pengenalan semua pengarah, pemegang saham atau penjamin jika ada (syarikat sdn. bhd).
    • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan PKBC?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan). Sila gunakan kalkulator pada halaman ini untuk menganggarkan bayaran bulanan anda.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    9. Pinjaman mikro BSN (SEMARAK)

    Pembiayaan Semarak ialah satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan modal kerja dan pembelian aset.

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah yang dikenakan pula adalah serendah 4.00% setahun. Namun begitu, anda digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans dan menyediakan cagaran atau penjamin sekiranya diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai SEMARAK melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd
    • Bekerja sendiri termasuk golongan profesional seperti akauntan, doktor dan peguam

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd.
    • Bekerja sendiri termasuk golongan profesional seperti akauntan, doktor dan peguam.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi atau badan profesional (terpakai hanya untuk profesional).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 6 bulan dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Salinan bil elektrik dan bil air premis perniagaan.
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan SEMARAK?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara atas talian di halaman ini bsn.com.my.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    10. Pinjaman mikro BSN (SEMARAK SUKAN)

    Pinjaman Semarak Sukan ialah satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga). Ia ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan mereka dari segi modal kerja dan pembelian aset.

    Seterusnya, melalui pembiayaan ini anda layak memohon pinjaman sehingga RM50,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 5.5 tahun. Di samping itu, anda akan dikenakan caj kadar faedah tahunan iaitu sebanyak 4.00% setahun.

    Pinjaman ini juga mengalakkan peminjam untuk mengambil perlindungan insurans dan menyediakan jaminan atau cagaran sekiranya diperlukan oleh pihak BSN.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai SEMARAK SUKAN melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro Fasiliti Sukan

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 6 bulan dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham atau penjamin (jika berkenaan).
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Salinan bil air dan elektrik premis perniagaan.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan SEMARAK SUKAN?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    11. SEMARAK-BELIA

    Pembiayaan ini adalah bertujuan untuk mengembalikan keupayaan perniagaan mikro dengan memberikan bantuan modal kerja dan kemudahan untuk pembelian aset kepada usahawan mikro dalam kalangan belia. Ia juga dijalankan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga).

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula adalah serendah 4.00% setahun. Di samping itu, anda juga digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans.

    Walau bagaimanapun, penyediaan cagaran atau penjamin adalah diperlukan jika diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai SEMARAK-BELIA melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro Belia

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun ke bawah dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia yang berdaftar
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun ke bawah dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia yang berdaftar.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd.
    • Bekerja sendiri termasuk profesional seperti akauntan, doktor dan peguam.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi atau badan profesional (terpakai hanya untuk profesional).
    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Salinan bil air dan elektrik premis perniagaan.
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan SEMARAK-BELIA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    12. Pinjaman mikro BSN (SEMARAK-MULA)

    Pembiayaan ini ialah satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan baru yang memulakan perniagaan.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan modal kerja dan pembelian aset. Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM20,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah yang dikenakan pula adalah serendah 4.00% setahun.

    Namun begitu, anda digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans dan menyediakan cagaran atau penjamin sekiranya diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai SEMARAK-MULA melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM20,000

    Sektor pekerjaan

    • Individu yang kehilangan pekerjaan
    • Graduan baru yang ingin memulakan perniagaan

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 3 bulan dan ke atas

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Individu yang telah kehilangan pekerjaan, graduan universiti atau vokasional yang baru memulakan perniagaan.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 3 bulan dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Penyata KWSP atau bukti kehilangan pekerjaan bagi individu yang telah kehilangan pekerjaan.
    • Sijil akademik bagi graduan universiti atau vokasional.
    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Pelan perniagaan.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham atau penjamin (jika berkenaan).
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Salinan bil air dan elektrik premis perniagaan.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan SEMARAK-MULA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    13. SEMARAK-NITA

    Pembiayaan ini adalah bertujuan untuk mengembalikan keupayaan perniagaan mikro dengan memberikan bantuan modal kerja dan kemudahan untuk pembelian aset. Ia juga dijalankan demi menyokong perniagaan mikro dalam kalangan usahawan wanita.

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula adalah serendah 4.00% setahun. Di samping itu, anda juga digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans.

    Walau bagaimanapun, penyediaan cagaran atau penjamin adalah diperlukan jika diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai SEMARAK-NITA melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM50,000

    Sektor pekerjaan

    Perusahaan Mikro Wanita

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan wanita dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh wanita
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Perniagaan dimiliki oleh usahawan wanita dengan sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh wanita.
    • Perusahaan Mikro yang terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sdn. bhd.
    • Bekerja sendiri termasuk profesional seperti akauntan, doktor dan peguam.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi atau badan profesional (terpakai hanya untuk profesional).
    • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham dan penjamin (jika berkaitan).
    • Salinan bil air dan elektrik premis perniagaan.
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan SEMARAK-NITA?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    14. Pinjaman mikro BSN (SEMARAK-TANI)

    Pembiayaan SEMARAK-TANI ialah satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam atau pasar tani bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM75,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5.5 tahun. Caj kadar faedah yang dikenakan pula adalah serendah 4.00% setahun. Namun begitu, anda digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans dan menyediakan cagaran atau penjamin sekiranya diminta oleh pihak bank.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai SEMARAK-TANI melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM75,000

    Sektor pekerjaan

    Pengusaha perniagaan tradisional

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Pengusaha perniagaan tradisional, pasar malam dan pasar tani

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan 

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Pengusaha perniagaan tradisional, pasar malam dan pasar tani.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 6 bulan dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham atau penjamin (jika berkenaan).
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Salinan bil air dan elektrik premis perniagaan.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan SEMARAK-TANI?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara online di halaman ini bsn.com.my.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    15. Pinjaman mikro BSN (SEMARAK PEDi)

    Pinjaman ini ditawarkan peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan untuk mengembalikan keupayaan perniagaan mereka dari segi modal kerja dan pembelian aset.

    Seterusnya, melalui pembiayaan ini anda layak memohon pinjaman sehingga RM20,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 5.5 tahun. Di samping itu, anda akan dikenakan caj kadar faedah tahunan iaitu sebanyak 4.00% setahun.

    Pinjaman ini juga mengalakkan peminjam untuk mengambil perlindungan insurans dan menyediakan jaminan atau cagaran sekiranya diperlukan oleh pihak BSN.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai SEMARAK PEDi melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    4.00% setahun

    Tempoh pinjaman

    Sehingga 5.5 tahun

    Jumlah pinjaman

    Sehingga RM20,000

    Sektor pekerjaan

    Peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

    Kelayakan

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Peserta yang berdaftar dengan PEDi

    *Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

    Tempoh kelulusan

    Tidak dinyatakan

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro BSN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
    • Peserta yang berdaftar dengan PEDi.
    • Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Perniagaan telah beroperasi minimum 6 bulan dan ke atas.

     

    Dokumen diperlukan

    Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

    • Surat pengesahan daripada PEDi mengenai pendaftaran perniagaan.
    • Pelan perniagaan.
    • Sijil pendaftaran perniagaan di mana-mana agensi berkaitan yang sah.
    • Salinan kad pengenalan pemilik tunggal, rakan kongsi, semua pengarah, pemegang saham atau penjamin (jika berkenaan).
    • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
    • Salinan bil air dan elektrik premis perniagaan.
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika diperlukan oleh pihak bank).

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan SEMARAK PEDi?

    Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

     

    Di mana boleh memohon pinjaman mikro BSN ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara atas talian di halaman ini bsn.com.my.

    Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

     

    Akhir kata

    Sekian sahaja penulisan kami mengenai pinjaman mikro BSN yang dapat kami berikan kepada anda. Jika anda menginginkan lebih banyak lagi maklumat tentang produk pinjaman yang disediakan oleh BSN. Jangan segan untuk terus melawati laman web BSN.

    Di samping itu, selain daripada pembiayaan mikro daripada BSN. Anda juga boleh cuba pinjaman perniagaan TEKUN yang mungkin lebih memenuhi keperluan perniagaan anda. Apa-apa pun kami berharap perkongsian ini dapat memberikan faedah kepada pembacanya dalam apa jua keadaan.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply