Anda orang Selangor dan ingin tahu cara semak no akaun bil Air Selangor anda? Mudah sahaja, mari kami tunjukkan. Sebelum itu, anda sudah tahu yang Air Selangor atau Syabas sudah mengeluarkan aplikasi? Sekarang anda boleh memantau serta buat semakan bil Air Selangor dan membuat pembayaran bil melalui aplikasi Air Selangor.

Dengan aplikasi ini juga, anda boleh membuat penukaran hak milik akaun secara online. Dan yang paling penting, anda boleh tahu di mana kawasan yang terjejas bekalan air dengan lebih senang. Izinkan kami berkongsi.

Cara semak no akaun bil Air Selangor

Untuk menyemak no akaun, apa yang anda perlukan hanyalah bil air anda. Di situ tertera no akaun anda. Tapi macam mana kalau bil anda hilang? Apa yang perlu dibuat senang sahaja.

Hubungi pihak Air selangor di talian 15300 atau hantarkan private message kepada mereka di facebook Air Selangor.

Hantarkan masalah anda bersama no meter, alamat penuh dan no kad pengenalan pemilik akaun. Mereka akan membantu memberikan no akaun anda. Mudah sahaja.

Cara daftar aplikasi Air Selangor

Sekarang dah ada no akaun, lagi senang jika anda ada aplikasi Air Selangor kan? Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar aplikasi Air Selangor:

  1. Muat turun aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store.
  2. Tick I Agree.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Nama penuh
    • Email
    • Nombor telefon
    • Nombor kad pengenalan
  4. Masukkan kata laluan anda.
  5. Tekan Sign Up.
  6. Kod pengesahan akan dihantar pada nombor telefon yang didaftar. Masukkan kod pengesahan tersebut pada ruang yang disediakan.

Selesai. Anda telah mempunyai akaun Air Selangor.

Cara bayar bil Air Selangor online

Terdapat beberapa cara untuk membayar bil air anda secara online. Anda boleh bayar menggunakan aplikasi Air Selangor, Air Selangor Customer Portal dan melalui email e-bil.

Kami akan kongsikan cara bayar bil air anda menggunakan aplikasi Air Selangor. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Login aplikasi bil air Selangor dengan memasukkan email dan kata laluan yang telah didaftar.
  2. Tekan Bill Payment.
  3. Masukkan no akaun bil air anda.
  4. Pilih bank untuk membuat pembayaran.
  5. Masukkan email anda pada Send Receipt To.
  6. Tekan Confirm.
  7. Online banking anda akan terpapar.
  8. Masukkan kod MSOS untuk mengesahkan proses pembayaran.
  9. Proses pembayaran akan dijalankan.
  10. Pembayaran selesai.

Selain itu, anda juga boleh membayar bil air anda di Pos Malaysia, stesen petrol terpilih dan kedai serbaneka 7-Eleven yang terpilih.

Cara bayar bil Air Selangor melalui JomPAY

Pembayaran bil air melalui JomPAY juga mudah. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Login ke akaun bank anda.
  2. Tekan Pay.
  3. Tekan pada JomPAY dan masukkan biller code iaitu 4200.
  4. Pada Ref 1, masukkan no akaun bil air anda.
  5. Masukkan no TAC yang dihantar pada akaun anda. Anda sudah membuat pembayaran bil air anda.

Akhir kata

Sekarang anda sudah tahu cara semak no akaun bil Air Selangor, cara daftar dan membuat pembayaran di Air Selangor. Semoga perkongsian daripada kami bermanfaat.

Selain bil air, bil elektrik juga merupakan salah satu bil yang penting kita kena bayar. Kami ada kongsikan cara bayar bil elektrik online untuk anda.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

43 Comments

  1. Parabagaran on

    I want to pay my bill , got outstanding, but the letter my tenant loss ready. So can you help find my water account number

  2. ZULKIFLI MOHAMAD MOKORI on

    Nak semak account no, rumah baru belum dapat bil
    no meter
    AIS22PA0063720
    AIS22PA0063719

  3. Ng Siew Hong on

    Pls help to check my tenant water bill a/c.no.72229220000
    and I want to register the water bill under my name so that i can monitor. Can I do it online the registration?

  4. Mohamed riswan on

    Mohon dapat no akaun air selangor bagi lot no10-1
    Jln metrowangsa sec 2
    53300 wangsa maju
    Penyewa saya tak buat bayaran
    Pemotongan telah dilakukan
    Mohon kerjasama

  5. Shaharuddin Bin Idris on

    Air telah dipotong. Bill tak pernah dapat dan tak tahu no akaun. Pemilik baru. Mohon bantuan.

    Alamat: B-14-05, Pangsapuri Laguna Biru 2, Jalan Tasik Biru 2,
    Kundang, 48050 RAWANG, Selangor

    No Meter: AIS19PA0140971

  6. Rosli bin Madun on

    Saya ada dua pertanyaan, pertama;
    1. Saya nak semak bil air bulan Jun 2022 untuk no. akaun: 7000053365012
    2. Saya nak semak bil air bulan Jun 2022 untuk no. akaun: 7000081389015

    Pertanyaan kedua;
    Bagaimana cara menukar nama pada bil air dan apakah syarat-syaratnya.

  7. Parimaladevi on

    Request for account no for below meter :-
    SYA15P0076078

    House address:-
    20, lorong dato dagang 5 20/ks7, taman sentosa, 41200 klang selangor

  8. NURAZIA BINTI EDHAM on

    Nk bayar bil air..tapi bil air x sampai2.dh 2 bulan bil air umh sy x sampai2.lot 52 kampung Malaysia raya sg besi 57100 kuala lumpur

  9. NURAZIA BINTI EDHAM on

    Nk bayar bil air..tapi bil air x sampai2.dh 2 bulan bil air umh sy x sampai2.lot 52 kampung Malaysia raya sg besi 57100 kuala lumpur
    ACC NO.9017200000

  10. sila check bil saya bagi bulan Julai, saya telah bayar pada 18/7/22, tapi saya diminta bayar lagi untuk bulan Julai. tq
    No ac: 1434601000

  11. saya penyewa baru… meter dah kena potong tolong check and share bill lot 426, Jalan Jambu, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur 52100

  12. sekarang services air selangor , banyak teruk.
    name isha.tanya macam mana bill tak dapat , ckp kena check sendiri.
    perkerja lain tak macam isha.

  13. I want to pay my bill , got outstanding, but the letter my tenant loss ready. So can you help find my water account number ( meter no : AIS18BA0000379 )

  14. Jika maklumat tak lengkap misalnya kita cuma tahu alamat penuh dan nombor kod pada meter air sahaja, bolehkah saya tetap mendapat maklumat tentang no.akaun nya? (Ini kes rumah sewa sbb tidak tahu siapa pemilik yg daftarkan bekalan/meter air)

Leave A Reply