Bank Muamalat merupakan antara bank yang selalu juga digunakan selain Maybank dan CIMB. Kali ini, kami kongsikan cara untuk semak baki akaun Bank Muamalat bagi pengguna bank ini. Tidak semua orang ingat baki bank mereka kan?
Jadi kalau anda ingin tahu caranya, izinkan kami berkongsi. Untuk panduan dalam Bahasa Inggeris, boleh rujuk check Bank Muamalat balance online.
Semakan baki Bank Muamalat
Semak baki akaun Bank Muamalat Online (https://www.i-muamalat.com.my/)
Berikut adalah cara untuk anda cek baki akaun di laman web Bank Muamalat:
- Layari https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do.
- Masukkan username dan tekan butang Next.
- Gambar semasa anda mendaftar akan terpapar. Tekan Yes, this is my chosen image.
- Masukkan password anda.
- Tekan Login.
- Selepas login, Dashboard atau Home akan terpapar.
- Pilih menu My Account.
- Tekan Account information.
- Maklumat akaun anda akan terpapar dan baki anda akan kelihatan.
Anda sudah berjaya semak baki akaun anda.
Cara semak baki akaun guna aplikasi
Anda juga boleh menggunakan aplikasi i-Muamalat Mobile. Sila muat turun terlebih dahulu di Apple App Store atau Google Play Store. Berikut adalah cara-cara untuk semak baki anda:
- Buka aplikasi anda.
- Masukkan User ID dan Password.
- Skrin anda akan terpapar, Account Summary akan menunjukkan akaun anda.
- Anda boleh lihat Current Balance atau Available Balance mengikut jenis akaun anda.
Selesai. Anda sudah berjaya menyemak baki akaun anda.
Semak baki akaun Bank Muamalat melalui ATM
Sekiranya anda di luar atau tiada kemudahan internet, anda juga boleh cek baki akaun anda di ATM. Ikut sahaja langkah-langkah ini:
- Pergi ke ATM berdekatan.
- Masukkan kad debit Bank Muamalat.
- Pilih bahasa.
- Masukkan no pin ATM.
- Pilih menu Pertanyaan Baki.
- Pilih Maklumat Baki.
- Baki akaun anda akan terpapar.
Selesai. Anda boleh menyalin nombor akaun anda untuk simpanan anda. Senang sedikit selepas ini.
Ada masalah untuk semak baki akaun Bank Muamalat?
Jika anda masih buntu atau ada masalah untuk semak baki, anda boleh menghubungi Customer Service di talian ini:
- 03-2600 5500
Anda juga boleh menghantar Private Message (PM) kepada mereka di Facebook Bank Muamalat.
Akhir kata
Semoga perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Kami juga ada kongsikan cara dapatkan pengesahan akaun bank jika anda pengguna bank lain.
Semoga bermanfaat!