What's Hot

    Sebagai pengguna bank, ada kalanya kita mesti nak menyemak baki akaun kita. Senang sedikit nak rancang perbelanjaan lebih-lebih lagi jika sudah hampir hujung bulan. Bagi pengguna Hong Leong Bank, di sini kami kongsikan cara nak semak baki akaun Hong Leong Bank online anda.

    Izinkan kami berkongsi berkenaan cara untuk semak baki akaun Hong Leong anda. Pastikan anda semak nombor akaun Hong Leong Bank anda terlebih dahulu supaya tidak ada kesilapan dan masalah untuk membuat apa-apa transaksi.

    Cara semak baki akaun Hong Leong Bank online (https://s.hongleongconnect.my/)

    Berikut adalah cara-cara untuk semak baki akaun Hong Leong Bank di HongLeongConnect:

    1. Layari https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/login?t=1&s=220305064545.
    2. Isikan Username.
    3. Tekan Next.
    4. Tick kotak Yes, this is my security phrase.
    5. Isikan Password.
    6. Setelah berjaya masuk, klik Menu.
    7. Klik Overview.
    8. Pilih Account Overview, diikuti dengan Savings Account.
    9. Maklumat baki akaun anda akan terpapar.

    Cara semak baki akaun Hong Leong melalui HLB Connect Mobile Banking App

    Hong Leong turut menyediakan applikasi untuk anda gunakan di telefon bimbit anda. Anda perlu muat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple Play Store.

    Setelah anda mendaftar, ikut langkah-langkah ini untuk semak baki anda:

    1. Masukkan Username anda pada ruangan username.
    2. Klik butang anak panah di sebelah username anda.
    3. Sahkan security picture anda.
    4. Klik butang Yes, it is.
    5. Masukkan Password anda pada ruangan password.
    6. Klik butang anak panah di sebelah password anda.
    7. Klik Login.
    8. Klik Overview setelah anda berjaya masuk ke akaun anda.
    9. Klik Account Overview.
    10. Pilih Savings Account.
    11. Baki akaun anda akan tertera.

    Selesai. Anda sudah berjaya menyemak baki akaun anda.

    Cara semak baki akaun di ATM

    Jika anda berada berdekatan ATM Hong Leong, boleh juga guna cara ini untuk semak baki anda. Setelah tiba di ATM, berikut adalah langkah-langkahnya:

    1. Masukkan kad ATM anda di slot ATM.
    2. Tunggu hingga disahkan.
    3. Pilih bahasa yang diingini.
    4. Sekiranya anda pilih bahasa Melayu, skrin Sila Masuk PIN akan terpapar.
    5. Isikan nombor PIN anda. Tunggu sehingga diproses dan disahkan.
    6. Klik pada Pertanyaan Baki.
    7. Pilih akaun yang anda ingin semak.
    8. Baki akaun anda akan terpapar di skrin.

    Selesai. Anda sudah berjaya menyemak baki akaun anda.

    Semak baki pinjaman kereta Hong Leong Bank

    Untuk anda yang ada membuat pinjaman kereta dengan Hong Leong Bank, berikut adalah cara-cara untuk menyemak baki pinjaman anda:

    1. Layari https://s.hongleongconnect.my
    2. Isikan Username.
    3. Tekan Next.
    4. Tick kotak Yes, this is my security phrase.
    5. Isikan Password.
    6. Setelah berjaya masuk, klik Menu.
    7. Pilih Pay & Transaction.
    8. Pilih Loan / Financing Payment.
    9. Pilih Vehicle Loan.
    10. Baki pinjaman ada akan terpapar di skrin.

    Selain cara ini, anda juga boleh melihat baki pinjaman di My Statement/Invoice.

    Kami ada kongsikan cara bayar hutang kereta dengan cepat untuk anda juga.

    Jika anda peminjam PTPTN, lihat juga cara semak baki pinjaman PTPTN.

    Ada masalah untuk menyemak baki akaun HLB Connect anda?

    Jika anda ada masalah untuk menyemak baki akaun anda, terdapat beberapa cara untuk menghubungi Hong Leong:

    Akhir kata

    Sekian perkongsian kami mengenai cara semak baki akaun Hong Leong bank. Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda.

    Bagi yang ada buat pinjaman, anda boleh semak status loan Hong Leong agar boleh merancang pembayaran bulanan dan baki yang perlu dibayar.

    Jika anda pengguna ASB pula, kami ada kongsikan cara semak baki ASB online.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    4 Comments

    Leave A Reply